24 August 2011

ragam orang tua, lebih rela lepak kedai kopi dari pi mesejid..!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

assalamualaikum...wah, dimulakan dengan bagi salam...nice kan? so, dah jawab salam blom?

pelik sungguh, selalunya kalau aku free mesti aku nak up entry..sehari 1 entry..tapi semenjak bulan ramadhan ni, aku malas sungguh2 hati sumpah tak tipu...aku lebih suka baca blog gadis2 cun daripada aku menaip entry...oke, tipu..

disebabkan aku malas, aku nak suruh korang fokos pada gambaq kat bawah ni...apa yang korang boleh simpulkan?


see?? see??? see??? ni la yang aku kesal sangat ni...okay, gambaq ni aku ambik semalam...time aku baru balik dari semejid lepas semayang terawih...macam biasa, lepas aku balik teraweh, aku dengan adik aku dahaga teh ais...so, singah la warung ni, dekat la jugak dengan kawasan rumah aku...tapi perasaan kesal dan sedih menguasai diri bila aku tengok ramai pokcik2 yang dah nak mati pakat dok ramai2 lepak buang masa kat warung ni...nampak kan?

kalau nak kata baru balik dari terawih tu lain kira la, tapi ni sah2 tak pi teraweh terus dok lepak kat sini ye dak...haish, dahtu, tak bersalah pulak, main kad...macam remaja remaji dok main tu..gelak kuat2, hisap rokok bagai...aku rasa sungguh sedih bila nampak benda ni...

bukan nak kata aku ni baik, pi semayang terawih...bukan..tapi at least sedar la sikit kan...kalau dah tua tu, bawak2 la bertaubat...pi mesejid tambah amal ibadat yang mana kurang...ajal tak mengenal usia...muda2 pon boleh mati..tapi kalau dah tua, memang sah2 la dah nak mati kan...betoi dak?

selemah lemah iman ialah menegur dengan hati...aku masih muda, takkan aku nak pi tegoq depan2 kan...cukuplah sekadar aku niat dalam hati, aku tak suka perbuatan pakcik2 tu...eh, bukan sejam dua dorang lepak situ derr...sampai ke tengah malam tahu? tu belom kira main nombor ekoq lagi tu...judi..! judi..!haish...moga2, benda ni jadi pengajaran buat kita semua termasuk aku,...

p/s: aku pi beli ayaq kat situ, kira bersubahat sama paaa...lepas ni tobat tak pi beli ayaq kat situ dah...kedai orang tua tak sedaq diri...nauzubillah...bawak2 la bertaubat oi...


1 comment:

h.a.n.g.g.o.k.b.a.s.i said...

hahaha.. x pa.. mereka da puas terawih muda2 dulu.. ><