17 December 2011

trust your bestfriend more than others...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

"remy, u have bestfriend? what u feel if your bestfriend trust someone else more than you? painful isn't it?"

assalamualaikum...=)

aku dikejutkan dengan mesej macam ni daripada salah seorang kawan lama aku...bunyi macam dia tengah frust dengan bestfriend dia maybe...ouh aku bukan nak menghebohkan masalah dia dengan kawan dia tapi aku macam tertarik dengan masalah dia dan aku macam nak kupas masalah dia dari sudut pandangan aku...tak mengumpat kan?

begini, bila disebut perkataan BESTFRIEND atau kawan rapat ni, tolong lah percaya antara satu sama lain..ouh even though ada yang mengatakan, jangan pernah percayakan sesiapa dalam dunia ni, yess aku pon pegang kata2 tu jugak...tapi at least, u should put some trust to your best friend more than others ryte? for example...

kalau kau rasa kau tu bestfren dia, kenape kau nak percaya cakap belakang kawan kau yang lain yang kata itu ini tentang bestfren kau tu?

kalau kau rasa kawan kau tu bestfren kau, kenapa kau boleh tuduh dia buat itu ini, sedangkan dia tu bestfren kau?

kalau kau rasa dia tu bestfren kau, tak perlu kot bila sesuatu terjadi yang melibatkan maruah kau, kau terfikir bestfren kau yang bocorkan rahsia kau...

kalau kau anggap dia bestfren kau, takkan kau tak reti bezakan ambil berat dengan jaga tepi kain kot?
kalau kau rasa macam budak tu bestfren kau, kau tak tergamak nak putuskan hubungan kawan sebab dengaq cakap orang yang entah dari mana sumbernya...

kalau kau rasa budak tu kawan baik kau, agak2 la kalau dia yang nak bercakap belakang kau, kutuk2 kau, bercerita soal maruah kau ke ape...

itupon kalau kau ada bestfren lah...

haaaa, aku memang pantang kalau jadi kes2 macam ni tahu? stress soal cinta lain..stress soal belajaq lain..stress soal kawan pon lain...masing2 ada tahap masing2...tapi apa je yang aku boleh jawab kat member aku yang mesej aku tu? nak jawab lebih2 kang, nanti tersalah jawab jadi benda lain pulak...aku just jawab ni je...

it's simple dude...assume macam ni lah...if some one ask you, "kamu sedih bila kehilangan kawan baik kamu? sedih bila kawan baik kamu tak percayakan kamu?" simply answer that question like this.."nope...sikit pon tak sedih...aku hanya kehilangan seorang kawan, tapi dia telah kehilangan seorang kawan yang menyanyanginya dan mengambil berat tentangnya..siapa yang harus lagi sedih?"

kesimpulannya, semua orang ada kawan baik...tapi, yang penting jangan mudah percaya kata2 orang lain yang boleh memburukkan persahabatan anda dan kawan baik anda...macam kes kawan aku ni, disebabkan percayakan sumber yang entah dari mana, terus berpecah belah...aku memang pantang kalau dengar cerita dari sebelah pihak...tak salah kalau bertanya, "betul ke aku dengar gini gini gini"...at least, jadilah orang yang adil, mendengar cerita dari kedua dua pihak before simply judge yang boleh kucar kacirkan keadaan...haish...tak susah kan? =)

sedangkan lidah lagi tergigit...biasalah tu, rencah dunia...apa yang aku boleh katakan kat kawan aku, "kau tengok langit tu tinggi ke rendah..satu hari nanti dia akan cari kau balik bila dia tahu keadaan yang sebenar, dan kau tak bersalah...orang benar tak perlu takot...walaupun kau tak salah, tapi kau berhak bersihkan nama kau yang dah tercalit arang...chill.."

p/s: aku tak tahu lah aku membantu atau tak, masalah kawan aku tu..dah la celcom buat hal tadi...aigoo...


13 December 2011

stress dan busy sebab kerja last minute !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

sungguh tak tipu, aku rasa alahai serabutnya hidup nih...ini lah panahan sebagai final year student gamaknya...dah nak ujung2 semester lagi lah bizi macam kimak...tidoq dah tak tentu hala dah, memang ikot sedap hati ja nak tidoq atas meja study ke atau pon katil...kalau tidoq kat atas katil tu memang besaq rahmat tahu ! sapa2 yang pernah alami kehidupan sebagai final year student engineering insyaALLAH faham maksud aku...cewah, bajet gila walhal budak2 archi lagi bizi...heh?!

minggu ni ! minggu ni memang serabut...jadual planner aku tersangat full...setiap masa ada benda nak kena buat...ni pon curi2 update belog sebab dah tepu kepala otak mengarang discussion thesis...mana taknya dengan submission business plan untuk subjek usahawan lagi...benda last minit punya kerja, gitu lah...sebab tu lah orang dulu-dulu sibuk dok cakap, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...aku pulak jenis terbalik, haaa bersenang senang dahulu, rilex je...last2 baru nak gelabah...nak terberak baru nak gali lubang gitu lah jadinya...

yang nak kena buat bagi siap minggu ni...

1) peer teaching notes expert team plant design
2) power point slide presentation peer teaching plant design in class
3) ASPEN HYSIS untuk project plant design nak kena buat jugak
4) 10 pages report effective communication...
5) business plan punya report yang sepatutnya buat dalam masa 3 bulan, tapi grup aku hebat nak buat dalam masa 3 hari ! terbaek ! pastu mula nak terberak...
6) slide presentation business plan yang nak present ESOK !
7) second draft PSM...discussion buat semula sebab salah..
8) RUN BALIK EXPERIMENT PSM ! baru tahu tadi... T___T

jadual aku minggu ni..

haa, jangan kau..dah susun dah apa yang nak dibuat..sebab tak nak bagi bercelaru...apepon, kerja2 yang di force ni selalunya menjadi...hahaha...

ahad:
siapkan esaimen communication yang bosan tu...
9pm-12tgah malam
peer teaching expert team...discussion sampai tengah malam...

isnin:

pagi- kelas
petang- discussion siapkan report business plan
malam- sambung buat PSM, bersilih ganti dengan report business plan

selasa:

due date assignment communication..
pagi- kelas
petang- discussion report business plan, buat report dan slide presentation sekali...esok present..
malam- meeting group plant design dekat K9...buat ASPEN untuk project methyl ester
tengah malam- buat preparation untuk present esok...kelam kabut sungguh..

rabu:

present business plan...harap2 berjalan lancar sebab cincai punya kerja !
petang- siapkan thesis untuk second draft..nak submit hari khamis bhai ! tak tidoq lagi lah...

khamis: 

kelas sampai petang...due date second draft pukoi 5 petang...harap2 sempat..damn !
malam- buat slide presentation untuk peer teaching Plant Design dalam kelas...damn, dah la tak faham pastu nak kena ajar orang depan kelas pulak..sedeyh !

jumaat:

sepatutnya takde kelas tapi terpaksa buat kelas jugak..motif !
presentation peer teaching plant design...jangan blur sudah sebab tak faham apa yang nak di present kan..huk3...
petang- jumpa supervisor PSM...KENA RUN BALIK EXPERIMENT...!

sabtu:

sepatutnya boleh enjoy, tapi kena stay kat lab untuk rerun experiment...sob3...

yeah, semua orang bizi...jadi pandai2 lah susun masa kita dengan betul...kalau x suka bizi, tak payah jadi student kan? apepon, benda2 camni lah yang akan buat kita tersenyum bila fikir balik nanti...dengan stress nya tak fasal2 pergi melantak tengah malam buta...pastu jadi macam orang gila meroyan cakap telefon pon dah tak betul..nak telefon team mates, ter telefon lecturer...heh? aku tak pernah jadi lagi..tapi aku pernah la nak mesej team mates tapi termesej supervisor...ko gile ! nasib baik tak tulis pelik2...haha..sebab biul sangat la tu...oyeah, dah nak pegi discussion oyeah ! selamat berjaya kawan2...=)

serabut kan meja study aku...hik3...

p/s: aku viva 2 januari nanti..tak sabaq nak habiskan... =)


07 December 2011

review: elite spiky web gravity defying spikes

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

assalamualaikum...

haish, aku ni kan kalau ada barang baru atau produk baru haruslah share dengan korang semua kan..bak kata orang SHARING is SAVING...tak kira lah barang tu bagus ke tidak mesti nak buat review sikit..tapi selalunya yang bagus2 belaka je nak di review, kalau tak bagus baik tak payah review, buat sakit hati je beli tapi tak pakai sebab tak elok...

tapi kali ni lebih kepada barang kelelakian...haish bukan minyak lintah atau tongkat ali tahu ! ouh sebelum tu, aku nak sarankan, kepada kaum adam di luar sana, tak salah kalau nak menjaga penampilan atau nak tampak kemas tambah2 lagi bab2 rambut nih...apa korang ingat rambut tu mahkota perempuan? perempuan dah pakai tudung jadinya mahkota dorang bukan lagi kat rambut ye...jadinya kita kita set lelaki ni lah yang mahkotanya kat rambut tu...

udah, nanti ada yang cakap lelaki sejati tak kisah penampilan kemas ke tak janji macho..jaddahnya, lelaki sekarang dah urban dah, dah maju dah, minyak wangi pon mengalahkan perempuan tahu ! pokoknya, kalau masih ada kawan2 anda yang lelaki yang tak pentingkan penampilan, tegur2 lah ye...first impression yang akan orang nilai kita adalah penampilan...rambutnya kemaskah? berfesyenkah dia? bajunya berkedut tak iron kah? seluarnya busuk kah? berkasut atau selipar kah? semua tu melambangkan siapa diri kita yang sebenar...ouh ya, aku tak kata aku sempurna, aku pon sememeh jugak pakai ikut sedap hati ja...tapi sama samalah kita jaga penampilan ye...

fuhh beletaq panjang pulak...okay kembali kepada barang yang aku nak review...ia adalah ini !

ELITE SPIKY WEB GRAVITY DEFYING SPIKES


sejenis wax rambut bagi jejaka jejaka yang ingin kelihatan seksi berambut spike ! serius best...dulu rambut aku panjang, jadinya wax yang aku guna mostly jenis loose atau jenis messy2 yang holding power dia tak kuat sangat...ouh itu nanti aku buat review lain kalau sesiapa berminat untuk rambut panjang...tapi selepas aku potong rambut ala2 mohawk gitu, haruslah produk rambut beralih arah...jadi, aku pilih produk ELITE ni...

sebelum ni aku pernah pakai GATSBY tapi ya ampun sangat tak best...maaf lah ye, aku tak terniat nak condamn GATSBY mampus aku kalau peminat2 gatsby mengamuk nanti...tapi bagi aku, gatsby punya wax moving rubber tu tak best sebab..

1) die takde easy rinse formula makanya setiap kali aku mandi aku kena shampoo rambut untuk pastikan rambut aku bersih dan cuci kena air...
2) die tak shining sangat, makanya bila pakai rambut nampak macam akar kayu sebab kering...
3) aku pernah pakai kaler pink, pepel and hijau...yang pink tu rubber dia kuat sangat sampaikan ada rambut2 aku gugur kalau aku nak wat spike...sebab terlampau melekat bila aku gonyoh2 atas rambut dengan tapak tangan, habis rambut aku putus2 melekat dekat tapak tangan...

jadi, aku pon beralih arah beli benda alah ni..pada mulanya aku dah aim sebab kaler2 dia comel2 dan the way packaging dia pon ala tomey2 macam boboi !serius cantik dan wangian dia pon best...jom kita review..

pro:

1) kaler dia lawa, ada pink, hijau, biru, oren, hitam..tapi untuk spike gravity defying spikes, aku pilih pink...
2)bau dia sangat wangi rasa macam nak calit dan jilat sampai kenyang...
3) holding effect dia sangat bagus..tak mengecewakan...
4) sangat senang nak guna, amik sikit gonyoh2 usap2 dan tadaaa siap spike anda...
5) tak rosak struktur rambut bila pakai helmet..lepas bukak helmet touch up sikit dengan jari terus jadi macam asal...terbaik !
6) yang paling best senang nak cuci rambut...tak melekit...
7) rambut tak nampak kering, nampak lembap je dan sesuai untuk sapa2 yang mewarnakan rambut..selalunya kalau orang mewarnakan rambut, rambut akan nampak kering..kalau salah pakai wax akan nampak lebih kering..tapi ELITE ternyata mengubah hidupku cewah...
8) MURAH ! nak tahu harga pergi usha sendiri kat kedai2...

cons:

1) .........................................
2) ............................................
3) ................................................

pergh aku sangat berpuas hati dengan produk ni...kalau ada yang berminat, bolehlah pergi beli sekarang...jangan order kat aku pulak, aku bukan duta produk ni =p


ouh, dia ada banyak jenis jugak tao...


BLACK - RUGGED MATTE


GREEN - SHINY WET


ORANGE - AIR WILD


BLUE - WAVY LOOSE


PINK - SPIKY WEB (this is mine)


jadi, apa pilihan anda? =)

p/s: kalau tak silap 15 hengget kot harga dia...murah la tu...


05 December 2011

pandai2 lah jaga hati customer kalau taknak customer lari

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

hye everyone ! ups terlupa pulak, ASSALAMUALAIKUM w.b.t...tak jawab dosa, kalau jawab sayang..heh, tercopy paste trademark Maria Elena pulak...ouh baidewei, she's awesome !

masih belum terlambat kot untuk aku ucapkan salam maal hijrah buat pembaca2 yang beragama islam...jap, bajet macam ade orang cina india baca belog aku kan...apepon, harini sunat puasa kan, sempena hari asyura...tapi aku terlupa makanya tertelan lah nasik plus air bergelen gelen...pergi kelas, nak ajak member lunch same2, tapi hampa dan kecewa sebab semua puasa...jadi apakah? balik bilik terus tidoq +_+'

okay, lets straight to the point...

pernahkan anda terfikir bahawasanya anda adalah seorang pengguna yang betul2 mempraktikkan tanggungjawab anda sebagai pengguna yang baik? 

untuk lebih memahami lagi, 

atau adakah anda seorang pengguna yang mementingkan hak anda sebagai pengguna? 

untuk lebih fokus lagi,

adakah anda seorang pengguna mahupun pelanggan yang mahukan layanan mesra dari tokey2 kedai?

lebih mendalam lagi,

adakah anda akan maki pekerja di sebuah kedai sekiranya dia melayan anda macam anda takdak duit nak beli barang?

lebih kejam lagi,

adakah anda nak fuck tumbuk muka pekerja sebuah kedai yang kurang ajar ketika anda membelek belek barang di kedainya?

ouh aku harap anda dapat tangkap apa yang aku maksudkan... 
adab ketika berurusan jual beli haruslah dipraktikkan... tak kira lah pelanggan tersebut mahu membeli barang di kedai anda atau pun tidak, anda sebagai pekerja sewajarnya melayan kerenah mereka... heh, apasal skema gaban aku ni...

ceritanya begini,

kemarin ke semalam ntah, aku pergi meronda ronda ke GIANT, salah sebuah supermarket yang ala ala PAVILLION dekat area skudai ni...memang port budak2 jejaka gadis UTM menghabiskan duit JPA menonton wayang lah kiranya...heh?

disebabkan hujan yang alahai lebatnya macam nak suruh kami tidoq dalam giant tu, aku dengan member aku pon pusing2 lah sementara nak tunggu hujan reda...disebabkan bosan, kami pon masuk lah dalam salah sebuah kedai yang menjual koleksi2 barang keperempuanan...ada bra, ada inner, tudung, shawl dan macam2 lagi lah kiranya...

aku pon belek2 lah tudung yang tergantung terlipat rapi dekat kedai tu...member aku memang nak beli inner kat kedai tu, plus nak cari tudung jugak lah...tibe2 pekerja tu bersuara...

pekerja yang gila: kak nak cari tudung kaler apa? (ouh indon ghopenye)

member aku: eh tak lah, nak tengok2 je dulu...

pekerja yang gila: dah tak tak beli, jangan lah selerakkan tudung itu...tengok je sudah, jang dipegang2...

damn, aku dengar je minah babi tu cakap macam tu terus aku naik bara...aku senyap je lagi, tetiba ade sorang makcik yang kebetulan belek2 tudung bersuara...

makcik baik: ape cik? cik cakap kat saye ke? (dia terperasan sendiri la sebab dia pon belek tudung)

pekerja yang gila: eh tak lah kak, saya cakap sama itu budak...tak mahu dibeli tapi punggah suka hati...

pergh, aku dengar jelas dia cakap macam tu..member aku cakap nak tengok2 dulu, bukan dia taknak beli...habis tu yang inner 2 helai kat tangan dia tu nak buat lap hingus ka? nak beli la...aku memang tak boleh blah kalau pekerja tak respect pelanggan...aku pon bidas...

aku yang bagus: hey pompuan, ko kata apa tadi?! kasar betoi ayat ko...

makcik baik: agak kasar la makcik dengar dia cakap tadi...pekerja apa macamni...

aku yang bagus: ape ko ingat kami belek2 saja tudung kau? ingat kami takdak duit nak beli? ni yang inner kawan aku pegang ni jaddah apanya, dia nak beli la...awat tak reti nak respect customer ka apa? kalau macam ni cara hang berniaga, memang tak laku lah...

dia tergamam...aku sambung lagi leteran aku...

aku yang bagus: dah lah weyh, jom pi beli kat tempat lain...tak hingin nak bagi duit kat kedai ni...baik makcik pi beli kat kedai lain makcik...biadab punya kedai...

pergh, aku pon tak sedar yang aku berani sampai camtu sekali..amkcik tu pon terkedek kedek keluaq dengan anak2 dia...aku tarik tangan kawan aku keluaq..inner yang dia pegang tadi aku campakkan je kat bakul...

wallaweyh, memang biadab kot minah tu...tak belajar ke adab2 berniaga..setiap pelanggan yang memasuki kedai tu adalah rahmat tahu? ada keberkatan di situ, tak semestinya dia beli baru bawa rahmat...kan tak fasal2 kedai tu rugi, kalau dia layan elok mesti dah untung...

aku bukan apa, kadang2 hak sebagai pengguna tu perlu dititik beratkan...soal makan minum pon satu kes lagi...kalau dah pergi order makanan, kalau dah tak sedap tu jangan terus telan jugak..hellow, kita dah bayaq jadi kita ada hak untuk complain...beranikan diri, pergi ke kaunter tu dan suruh orang tu rasa apa yang dia masak...baru dia boleh improvekan kualiti masakan...

tapi cara teguran tu mesti lah kena betul..nanti takut diletaknya air ludah je ape ke dalam makanan baru tahu...pendek kata, sama2 kena pandai menegur dan menerima teguran...kalau tak, sampai bila2 pon kita tak maju betol tak?

kesimpulannya, gunakanlah hak yang kita ada...peace no war..

p/s: macam nak tampo pon ada jugak muka minah tu...kuang ajo sangat..tapi nasib baik dia pompuan ja...kalau jantan memang kena sekeh dah... cewah bajet gilo !


24 November 2011

ragam ucapan besday

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

uhuk uhuk tersedak sudah..

almaklumlah usia semakin meningkat, 
nafas pon dah semakin tersekat...
nak cakap pon lidah tergeliat...
tunggu kesudahan di akhiraaaaaaaaat...



giteww kau pantun ke syair nih? hantam sajalah...dah lepas 3,4 hari besday baru nak update blog...nampak sangat bukan blogger tegar...nak buat macam mana, masa tak berapa nak ada...tak pasai2 masa dipersalahkan...-_-'

ouh, aku bukan nak cakap fasal besday aku yang membuatkan aku kelihatan semakin tua, bukan...aku nak kupas sedikit demi sedikit tentang ucapan besday yang rata-rata kita guna...jangan ingat nak kupas bawang pulak...bukan apa, kadang2 macam2 ragam cara orang wish kat kita...ada yang cam rajin, yang malas, yang semangat, yang tak tau nak habaq kategori apa pon ada jugak...heh? kadang2 aku gelak sorang2 bila baca post2 ucapan besday kat fesbuk...memang terbaek lah !

1) ucapan harijadi yang cam malas nak ucap...

uih, ade u ols...ni contohnya...

HB !

haa, tu kira rajin jugaklah capslock letak tanda seru bagai...yang lagi malas, gini jadinya..

hb

nah hamikkau, simple kan? tapi apepon, tetap wish dan ingat hari penting itupun sudah memadai...=)

2) ucapan harijadi beserta sekalug doa...boom bakor !

sejuk perut mak mengandung baca post yang cenggini...habis setan iblis terbakar...contohnya..

remy, hepy besday...aku doakan kau blablablablablabla.......................belanja aku...

heh, doa panjang2 mai part last ada suruh belanja pulak....pengeras eh?

3) ucapan harijadi sambil memuji

yang ni bila baca post tu akan terfikir sejenak..."ayat ni perli ke puji"...gini contohnya..

hepy besday remy yang kacak lagi hensem lagi macho macam remy ishak, lagi comel dari ayu OIAM, gagah perkasa, bertenaga ali cafe blablablabla.....dan lagi putih gebu dari salji...

heh putih tu yang tak tahan !

4) ucapan harijadi sambil nganjeng...

hepy besday MACHA !
besda budak hitam !

okay, terdiam...hahaha

5) ucapan harijadi penuh harapan

harapan setinggi langit nak suruh aku itu ini...insyaallah...

hepy besday remy, aku harap peningkatan umur hang akan membuatkan hang lagi matang, berubah kejalan yang lurus tanpa sebarang dosa..dan aku berharap blablablablab.....

nah hamik...baik nyanyi lagu HARAPAN si fazli zainal je..hehe...

6) ucapan harijadi berserta kata2 semangat

yang ni belungguk...aku suka ! antaranya...

remy hepy besday...semoga apa yang hang nak tercapai...
semoga hang betul2 kurus seperti yang diidamkan...
semoga hang kalahkan JACOB TWILIGHT tu...
semoga lemak goyang hang tu hilang sekelip mata...
blablablaba...

haaa, terharu kan? kah3...

7) ucapan harijadi yang panjang lebaq...

yang ni pon ada...selalunya yang panjang2 ni la yang tacing nih...macam2 nak ditulis...selalunya dalam henset lah dan selalunya orang yang rapat akan mesej ucapan besday yang panjang lebar...ada yang boleh menitiskan air mata pon ada jugak bila baca...gitewww, kerlas kau jah nak tacing bagai...haha...terbaek !

8) ucapan harijadi yang satndard

selalunya mesti ada ayat yang camni...

hepy besday remy, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... NAK KEK !

haaaa, betoi dak betoi dak? yang capslock tu tak tahan tu...

9) ucapan besday yang cam teeeeeeeeeeet -_-''

yang ni ada jugak dapat kat henpon...jenis melawak tak hengat nih...tapi kelakar jugak...

hidup lagi kau...ingatkan dah mati...hepy besday...
patutla harini hari sial aku...rupa2nya hari kau dilahirkan...syialla puih !

damn kan...tapi dah faham jenis melawak kawaq punya orang layan jelah...lain dari yang lain...terbaek !

10) last sekali, ucapan harijadi dari mak abah!

haaa ni yang paling best...ucapan harijadi dari mak dan abah yang gigih talipon dari kampung...dan semestinya disulami dengan nasihat, muhasabah supaya jadi lebih baik...eh tacing lah ! =)

tediaaaa, atcelli banyak lagi jenis2 ucapan yang boleh dikategorikan...tu tak termasuk dengan ucapan yang takdak kaitan pon ada jugak...tapi memang dapat tangkap la nak cakap hepy besday...apapon memang terharulah kalau orang ingat besday...sekarang ni lagi senang, ada fesbuk memang tak payah hafal besday member...memang ada kat tepi notification tu...

cuba hampa try keletong tarikh besday kat fesbuk, tobat ramai yang terpesong...hahaha...

oyeah, baru teringat...ANAK PAPA dah baligh ! dah setahun dah sekarang...comey kan?


amboih kau kemain...nak landing mengalahkan tuan !


tapi kasihan kan? dah luka kat celah kangkang...heh, cam lucah pulak bila tengok gambaq ni...damn ! jangan salah faham k...hehe...actually ni teddy bear hadiah besday aku tahun lepas...kiranya memang dah genap setahun usia dia...dah baligh dah kot budak nih...heh? rasanya kalau tunggu lama2, boleh putus jugak kaki ANAK PAPA ni...kesian...

p/s: orang suruh kawin taknak...kalau ada bini boleh tolong jahit menjahit..hehe..



14 November 2011

henset kena rampas time first day SPM !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

eh harini ke start SPM? wuwuwuwu mesti berdebar debar jantung budak budak yang nak SPM sekarang ni...aku tak amik port sangat pon bila SPM, PMR, UPSR unless ada orang yang berkaitan dengan aku yang ambik exam tu...jadi, memandangkan kebanyakan status kat fesbuk menceritakan fasal SPM, barulah aku tahu yang harini da start SPM...kesian..

bila sebut fasal SPM ja, mesti semua orang ada pengalaman manis mahupun parit di sebaliknya kan? ecewah, tiba tiba aku teringat peristiwa yang macam kimak jugak lah yang terjadi semasa hari first SPM waktu zaman aku dulu...kalau tak silap time tu 2006 kot..cenggini ceriteranya...

okay untuk pengetahuan korang, aku budak SBP dan aku amik aliran sains agama, jadinya paper aku agak awal la dari budak2 yang amik aliran sains biase...makanya, hari first SPM time tu, paper BAHASA ARAB TINGGI yang aku rasa sepatutnya aku dapat A..tapi disebabkan ada peristiwa yang terjadi, aku tak dapat A ko tahu? eh nak salahkan orang lain pulak...damn !

seingat aku, time tu hari khamis, memang last day untuk junior2 aku lah...disebabkan aku ni senior yang DISAYANGI oleh adik2 junior, makanya lepas paper 1 bahasa arab tinggi, junior2 aku yang rapat dengan aku nak jumpa aku untuk say gudbye la kan...kebetulan aku bawak HENPON secara haram...time tu aku baru beli henpon NOKIA ape ntah yang ade camera kat tepi kalau nak amik gambaq kena pusing2 tu...ape eh? sekolah aku memang pantang kalau ada budak bawak henpon, siap la kalau kantoi..memang kena rampas tanpa belas kasihan..ko nangis pujuk rayu melutut bagai pon memang takkan dapat balik sampailah habis SPM nak balik nanti...

lepas dah salam salam bye bye muah muah, aku pon nak la amik gambaq kenang kenangan...time tu kat dalam kelas...junior aku tu form 3 ramai jugak la nak amik gambaq tu...kami pon snap lah gambaq guna henpon aku, sekali usha balik gambaq kat henpon, ade sesuatu yang membuatkana ku terkejut gila babi...memang nak luruh jantung kot...nak tahu ape aku nampak?

MUKA CIKGU DISIPLIN !

boleh pulak kat tengah2 gambaq tu ada sekali muka CIKGU DISIPLIN yang sangat tegas? memang terkejut aku..rupa rupanya dia menyelit sekali time kami nak snap pic, serius tak perasan...lepas tu apa lagi, terus dirampasnya henpon aku...bayangkan, sejam lepas tu aku nak jawab exam paper bahasa arab tinggi 2..omaigod, memang aku nebes gila siap gi merayu rayu kat cikgu tu tapi tak dapat jugak henpon aku...memang lepas habis SPM time nak balik rumah baru dapat balik..syiall laaa !!

dah tu, nak tersenyum senyum lagi? sah sah la kepala hotak aku tengah tensen..bayangkan, nak jawab exam petang tu asyik terbayang henset aku dengan muka cikgu tu...tengok kertas soalan nampak muka cikgu...tengok jam kat dinding nampak henset aku...tengok pen nampak rotan cikgu..memang damn lah kan...stress ko tahu, wat keje kantoi...memang efek exam aku time tu...tapi untuk subjek tu je lah..subjek lain oke jep..haha...

yang lagi kimak kan, lepas aku amik balik henset aku tu kan, aku cek folder gambaq aku...nak tahu ade ape? ade gambaq cikgu tu gi jalan2...ya ampunn memang bara betul aku time tu...dah lah rampas henset aku, pastu buat cam harta sendiri pulak kan...sabor je lah..nasib baik beliau tu cikgu kan...hurmmm...

cool, cool...aku dah share pengalaman aku, anda bagaimana?? ngeh3...bye !

haa, ni la gambar sebelum ada muka cikgu tu...damn !

haha, bile bukak balik folder sekolah, sangat best..meh aku nak share gambaq zaman sekolah yang sememeh hidung berhingus..hahaha malu !

haaa ni last day before balik rumah...sob3...

okay aku sedar aku bulat, buruk time nih ! malu bila tengok balik muka sememeh..!saja botakkan kepala sebab SPM..hahahaha...saya rindu cikgu !!

hehe..tengok budak SBP study sampai tertidoq kat bilik study..rajin kan?

member aku ni dah fly ke jepun dah...

roomate hoi..! ni bilik pengawas...hahahaahha...

eh?? apakah?

antara benda sengal yang terjadi bila stress belajar...

kacak kan mereka? oke, ada orang syahid kat belakang gambaq tu..

haa, ni maskot yang aku buat...jahit tangan oke !

haish tetiba rindu kat kawan2 lama..hehe...

p/s: apepon, benda2 macam ni lah yang jadi pengalaman kan?


11 November 2011

11 11 11 dan bas yang cam teeeeeeet !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

eh it's just a number laaa... 11.11.11 tu kan satu number je...jangan lah sampai nak menurun, jampi, buat nombor tikam judi, number ekoq bagai...walaupun numbernya cantik, tapi aku tetap suka 21.11.11 yang bakal menjelma nih.. eh? ceteke-ceteke number apakah itu...tak sabau !

etcelli ade kaitan jugaklah 11.11.11 ni dalam hidup aku...bukan tarikh pertunangan or watsoever, tapi tarikh ni adalah tarikh di mana aku pulang semula ke UTM selepas cuti raya haji... eh, penting sangat ke? takde lah, aku just nak story sikit benda yang cam FUCK kimak terjadi pada tarikh ni..benda tu berkaitan dengan BAS...shit betol laa...

kalau dulu pon aku pernah ada masalah jugak dengan satu bus nih...aku malas nak ulang cerita, just klik SINI kalau tak hengat...alaa, pengalaman aku naik bas GAGAP yang tinggal aku terkontang kanting kat stesen minyak kat nogori sembilan dulu tu...haa, kali ni aku tak kena tinggal, tapi kondisi bas yang aku naik ni yang cam nak marah ni...maaf la ye, aku memang sensitif sikit bab2 bas nih...gile ape, ko bayangkanlah perjalanan dari KEDAH ke JB bukan sejam dua bang oii, ada la dalam 12, 13 jam jugak...mahunya tak besaq juboq aku ni...kebas habis satu badan kalau dah duduk lelame sejuk beku macam peti ais...dah tu, kalau naik bas dalam keadaan tak selesa, mahunya tak pelingkup kepala drebar sekoq2...wuwuwuwu ganas !

haaa, dah nampak dah jalan cerita kan, dah ada intro dah sikit2... =p

"alah, kalau dah beli tiket bas pon lambat, lagi dua tiga hari nak balik baru nak beli tiket, tak payah nak demand2 dapat bas elok.."

ouh yaa, itu kelemahan aku.. aku memang suka beli tiket bas lambat2...yela feeling kalau tiket habis, boleh balik lambat lajak cuti dan bagi alasan pada lecturer tiket saya habis dijual walhal saja beli lambat...teeeet !
tapi takpe, aku dapat jugak tiket bas balik JB...nais jugak lah bas tu, SHAMISHA namanya...aku first time naik bas yang tak glamour ni...selalu naik bas Plus Liner, KKKL yang kimak tu, Durian Burung dan ade lagi yang tak berapa glomour...dan nak dijadikan cerita aku dapat bas dua tingkat..yes, aku suka ! seat pon not bad, tak belakang sangat dan semestinya seat SINGLE... tak suke lah duduk seat DABEL, nanti kalau dapat duduk sebelah penumpang perempuan kang, tak lena aku nanti...astaghfirullah !

okay mari kita senaraikan ketidak puasan hati semasa di dalam bas...

1) janji gerak pukoi 9 tapi pukoi 10 baru terkedek2 gerak..

haaa, ni lah janji melayu...dalam tiket kemain besaq tulis 9pm masa bertolak, tapi pukoi 10 jugak baru nak gerak...aku tak tahu apa masalah drebar tu sampai lajak sejam masa bertolak...kalau sepuluh minit tu boleh consider lagi kot, ni sampai sejam jaddahnya la kan...kesian kat mak dengan abah aku dok lambai2 konon nak babai lah dari luaq tingkap, tapi kalau dah babai sampai sejam, jenoh lenguh tangan..kesimpulannya, bas ni FAIL !

2) jalan sikit behenti, jalan sikit behenti...semput ka?

ni pon satu hal...dah la gerak lambat, lepastu boleh pulak asyik behenti sana behenti sini...kejap isi minyak, lepastu singgah tandas...bab singgah tandas tu aku x amik port sangat, sebab aku pon turun kecing, tapi time aku beli tiket bas tu, orang kaunter tu kata bas ni jenis direct ke JB...dah tak singgah tempat2 lain dah..tapi nampak sangat muhong nya...mula2 singgah sungai petani, lepastu butterwoth..lepastu singgah dekat area pudu kot..jalan duta la, gopeng la, pendek kata bas ni jenis buang amik orang...cakap tak serupa bikin, tu yang nak marah ni...kesimpulannya, bas ni FAIL !

3) bas ni ada sound efect woooo, sampai naik cuak aku...

kalau korang naik bas kan, tetibe bas tu bunyi pelik sangat dan kuat pulak tu, ape korang rase? mesti rasa cam nak keluar dari bas tu cepat2 sebab takot bas tu meletup atau eksident atau terbalik atau ___________ (isi sendiri). bayangkan, bila dah sampai area KL, tetiba bas tu jadi slow, and then bunyi macam tekan minyak dalam dalam tapi bas tak bergerak laju...eh serius aku tak tahu nak gambarkan macamana melalui penulisan..harap korang faham la ye... pokoknya, bas tu membuatkan aku tak boleh tidoq dan melatih aku mengucap tanpa henti...jadi, lagi sekali, bas ni FAIL !

4) dekat seat belakang, ada ROMEO yang sangat kacak macam shah rukh khan...damn!

haaa, yang ni sangat annoying...(eh, aku ni macam serba tak kena pulak, itu salah ini salah...haish) tapi aku tetap tak suka foreigner ni...ada la dalam 3 orang gitu...tak tahu dari negara mana..eh, jangan dok pikiaq depa mengorat aku lak? pisang sama pisang, mana boleh gu.. kebetulan, ada 4 orang pelancong jepun duduk depan dorang dan sebelah seat aku...haa, tunggu lagi, macam kera dapat bunga la gamaknya si foreigner yang mat romeo tadi tu...kejap2 say "HI"..lepastu tak fasal2 "ARIGATOGOZAIMASS" pulak...tak cukup dengan tu, jerit "AISHITERU" kuat2 pulak bajet nak ngorat minah jepun tuh...haish, rimah lah...rimas ! dah lah busuk ketiak ! pendek kata, memang satu bas bau badan busuk dorang...makanya, again...bas ni GAGAL !

5) pukoi 4 pagi tiba2 penumpang sebelah pasang lagu kuat ingat dok dalm bilik sorang2 kot...

haaa, ni lah yang paling aku tak boleh blah..memang cannot go betol...kan aku cakap bas ni jenis drop orang, amik orang kan, makanya dalam pukoi 4 pagi, bus ni singgah pudu angkut penumpang baru..kebetulan minah jepun yang duduk sebelah aku tu turun dekat pudu, so ade pemumpang lainlah yang ganti tempat dorang...nak dijadikan cerita, naik pulak dua orang lelaki _______________ (bangsa dirahsiakan demi mengelakkan pergaduhan)...boleh pulak tiba2 bukak lagu kat henpon kuat nak mati...loud speaker kot..mule2 aku ingat die tersalah cucuk earphone sampai tak sedar lagu bunyi kuat, tapi sampai dah masuk lagu kedua pon dia wat bodo je, aku pon cam nak maki lah...penumpang yang duduk depan aku dah mula tutup telinga, ada jugak yang dok pandang2 buat muka tak puas hati...

tapi mamat tu maintain dengan lagak selamba ja siap miming kot lagu yang aku tak faham ketahuan punca tu...damn sungguh...disebabkan aku nak tidoq, dan lagu tu mengganggu aku, aku pon tegurlah cara baik...

aku: excuse me, can u slow down the volume please =) (sambil senyum walaupun dalam keadaan gelap yang memang sah dorang tak nampak)

mamat tu: HAA???

aku: (repeat) i said, can u use your earphone? we want to sleep...it's too loud, sir...please...

mamat tu: HAAA???

memang kimak la kan, sampai dua kali aku cakap dok buat pekak tuli jugak..last2 aku cakap..

PAKAI EARPHONE BOLEH DAK? KAMI NAK TIDOQ..KUAT SANGAT LAGU TU AGAK2 LAH !!!

nahh hamikkau...nak main main sangat dengan aku, kan dah kena...lepas kena sound baru nak terhegeh hegeh tutup lagu tu...lepas tu mungkin dorang tak puas hati gamaknya, mengumpat aku la tu dok cakap bisik2...hahah nampak sangat berprasangka buruk...tension weyh, takkan tak faham bahasa kot naik bas ramai2 takkan nak pentingkan diri sendiri bukak lagu sekuat guruh di langit? sabaq sungguh...sekali lagi, bas ni GAGAL !

erm, tu saje kot...eh, ade lagi...bas ni kerusi tak best, sempit...jarak antara kerusi pon sikit sangat kiranya nak lunjurkan kaki tu memang tak boleh...tak macam bas ape ntah yang aku pernah naik, jarak antara seat tu memang luas..siap boleh lunjurkan kaki dan letak laptop lagi...kerlass kan?? jadi, ini adalah kali terakhir aku naik bas SHAMISHA...adeyh...

alah biase lah, setiap orang ada taste masing2...ade yang suka naik bas KKKL sampai taknak naik bas lain dah...tapi jangan la sampai ade yang kata "kalau nak sempurna, buatlah bas sendiri"...eh, jangan cakap macam tu...kita sebagai pengguna haruslah mempertahankan hak kita...betol tak? jadi, pandai2lah nak hidup...okay, bye !

p/s: minah jepun tu pakai henpon sama macam aku..bunyi mesej pon sama...ada sekali tu mesej aku bunyi, dan die terMALU sebab ingat henpon die dan KAMI TERSENYUM SAME SAME...suwiit kan? =p






09 November 2011

muka hitam nak jadi putih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

ouh masih belum terlambat kalau aku nak ucapkan selamat hari raya qurban kepada semua umat islam di muka bumi ni...dan kepada saudara seislam yang mengerjakan ibadah haji, semoga mendapat haji mabrur hendaknya...amiin...dan kalau dah buat haji tu, pulangnya nanti ke tempat asal jangan jadi seorang yang riak sudah lah ye...nanti ada pulak yang balik ja dari mekah, seminggu dua ja beriman, lepas pada tu wallahua'lam...eh, ade tahu...jangan ingat takde...ade jugak yang jadi lagi teruk lepas mengerjakan haji...makanya, marilah sama2 kita muhasabahkan diri kita agar menjadi lebih baik sempena hari raya haji yang baru beberapa hari sahaja meninggalkan kita..insyaALLAH...

ouch, nice lah...macam ustaz pulak ayat aku...eh?

rasa2 korang, apekah pengorbanan yang korang dah lakukan sempena raya korban ni? tak semestinya korban sembelih lembu saja yang dikategorikan sebagai korban, korban benda2 lain jugak boleh...korban harta, korban masa, korban nafsu, korban jiwa, korban raga, korban awek, korban boifren.. eh??!! ape2 je lah..

bila sebut soal korban2 nih, tiba2 aku terfikir yang aku pon ada melakukan pengorbanan jugak..cewah nak jugak...macam2 aku korbankan termasuklah ini !


bace betol2...kalau ikotkan waktu ni aku dah makan angin kat korea dah tapi apakan daya, ada aral melintang makanya aku menarik diri dari join GOP ni...see?? see?? bukankah ini satu pengorbanan yang aku lakukan semata mata ingin berhari raya bersama keluarga? ecewah...yes, i'm a family man ! family first katenye...=p iyelah, memang lah korea tu negara yang aku idamkan nak pi, tapi takpe... bile aku dah kaya nanti aku nak pi sepuluh kali pon boleh...kerlas kau jah ! apepon, harap2 kawan2ku di sana enjoy lah ye...bak buahtangan sorang satu..hehe

yang kedua adalah ini !


cuba teka apa yang anak sedara aku dok buat kat muka aku? depa dok main mekap2 nak habaq hang mai...adeyh mati laaa... alkisahnya begini...pagi raya tu, Dini (yg pompuan tu) dok usha akak aku mekap...dahtu mestilah teringin nak mekap sama...dah kata pompuan, haruslah ada naluri mekap2, masak2 bagai kan...ate, mangsanya aku lah...yg si adik tu pulak (laki2 tu) pon nak jugak main mekap2 sebab nampak akak dia dok gonyoh bedak kat muka aku...sampai lemas la kira...depa tunggang bedak badan yang carry junior tu, pastu pakat dok tenyeh muka aku bagi putih...lepastu cakap camni...

"kenapa muka pakcik tak putih2 pon..."

teeeeeet.....
haaa, pengorbanan jugak lah tu...demi anak sedara gumbira, aku pon korbankanlah muka aku jadi model mekap...haha tapi memang best main dengan budak2...kalau malam2 je, yg kakak tu nak tidoq dengan aku...almaklumlah, pokcik yang penyayang..auuuw !

jadi, apa pulak pengorbanan anda? kbai...

p/s: perlukan seseorang itu berkorban hatinya semata2 untuk membahagiakan orang lain? korbankan cinta, kekasih hati semata mata memberi ruang untuk orang lain bahagia? perlu kah?

08 November 2011

besday lembu ! moooooo !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

heh, dah masuk 8 november ! serius tak perasan langsung, and terus rasa bersalah sebab tak jadi orang first yang wish besday to my bestie lembu..! ups, sape lembu tu? ouh ekcelli, saje je bagi gelaran lembu sebab lembu comel sangat tambah2 lembu yang kat kedai lovely lace tu...anyonyoh sangat comel tahu..! rasa macam nak peluk ja lembu tu, dahla wangi dengan wangian kedai lovely lace yang cam menyumpah diri untuk tido..eh?

jadinya, entry ini aku tujukan khas untuk si lembu tu lah ye...yelah, dah besday jatuh pada waktu cuti, tak dapat lah nak wat kejutan letrik bagai ye...mahap lah ye...hehe...apepon...

HAPPY BESDAY TO YOU ...!!!

semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu...aku saja ja tak mesej hang semalam sebab aku tahu hang mesti tertunggu tunggu besday wish dari aku, so aku sengaja nak siksa batin hang...haha jahat kan? hey, tu kira okay la tu aku wish pagi ni, kalau ikot niat asal, nak wish pukoi 11.59 malam ni..kira nak jadi orang last yang wish lah...kerlass kau lembu !

so, sempena besday hang kali ni, aku dah takde lah nak buat video bagai macam tahun lepas, tak sempat...video yang hang tacing gila lembu tu, sampai nangis2 tu yang hang kata aku sweet tu, dah takde tahun ni..hehe..nanti kalau buat lagi sekali mcm tahun lepas kang, dah tak best pulak kan...jadi basi masam pulak kan...so, dah tak tahu nak buat ape dah...hehe..

nak bagi teddy bear, dah bagi yang sebesar besar alam dah time konvo aritu...nak bagi bunga, dah bagi dah time konvo aritu..nak bagi kad, pon dah bagi time konvo aritu...ate, nak bagi apa lagi eh? nak serahkan jiwa raga aku kat hang ke eh? NAK AKU BALUT REBEN TAK??? hahaahaha, ouh mesti hang faham maksud lawak bodoh aku ni...ahai,,,!

kalau aku tanya hang nak apa, mesti hang akan jawab "aku nak hang berubah..."...kan kan kan? insyaALLAH aku akan berubah sempena hari raya korban nih...tapi susah dowh...susah...elok kata nak berubah, tup tup aku dah kaler rambut 3 kali dalam masa 3 hari ! sebab aku tak suka kaler itu, suka kaler ini, eh macam tak kena pulak, last2 3 kali aku tukaq kaler kat rambut aku ni...damn, i love color !

hey3, aku penah cakap kat hang kan, one day i will make u sumthing or bake u a cake or ape2 jelah yang macam special...tapi i have no idea lagi nak buat ape...haha..kalau nak buat cake kang, basi pulak...maybe just balut reben kat pisang oke kot...hahahahaha ouchh ! takpe2, apepon it still have something 4 u...hehe tungguuu !

ouh baidewei, dah 4 tahun kita berkawan n dah 4 tahun aku celebrate besday hang...lepasni kalau aku sambung master (KALAU), boleh lah sambut lagi...tapi kalau aku tak sambung, maknanya ni yang last lah kan..sob3 sedih la pulak kan..hehe...makanya, thanx sebab jadi peneman aku ke sana ke sini, teman aku makan, teman aku shopping baju, shopping kasut, shopping segala serbi lah kira termasuk dengan teman aku shopping spenda jugak lah kira...eh? macam2 benda kita lalui bersama kan? kadang2 boleh tersenyum sorang2...

tapi sejak dua menjak ni aku cam banyak bagi hang sedih kan...hang tak pasai2 menangis sebab aku, tensen sampai paling bear yang aku bagi siap sumbat dalam loker la kira sebab tensen dekat aku...tapi what can i do? i try to understand it ! and i know yang hang sangat concern pasal aku, hang taknak pisang berbuah dua kali ryte? i know it...thanx ye... 

haaa, lupa pulak...lepas balik UTM nanti, aku nak hang pegang balik semua kad bank aku....aku rasa kalau kita buat dari awal benda ni, dah lama kita boleh berjimat cermat kan? hang bayangkan, aku balik cuti ni dah berapa banyak duit aku buang? hamagad, membazir..hehe..thanx weyh bagi kesedaran kat aku yang aku ni adalah pemboros..damn !

eh, terpanjang la pulak aku beleteaq kat hang...haha...ermm, amacam deal kite fasal diet? jangan lupa, aku nak hang kurus menawan...bukan untuk aku, tapi untuk hang jugak...weyh kalau hang kurus mesti hang cantik meletop kebaboom...so, kita teruskan diet kite tao..hehe...

eh, dah la melalut sikit2...jat, aku sayang hang ! =)

p/s: besday aku nanti aku nak hadiah yang hebat ! haha


03 November 2011

aku geram kerusi exam macam kimak!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

geram tahu tak geram...haa sudah, tak boleh nak lepaskan geram dekat fesbuk, lepaskan geram dekat belog pon jadilah ye...

tahukah anda stress lepas jawab test itu tersangatlah dahsyat? gara-gara test Plant Desing atau dalam bahasa melayu "rekabentuk loji" tak fasal-fasal aku telan nasik ayam penyet malam-malam buta gini..hampeh..eh, jangan ingat rekabentuk loji taik lak yang aku maksudkan...bukan ye...

ada banyak sebab aku tensen...bukan sebab tak boleh jawab test, tapi sebab ini...:

KERUSI YANG GAMPANG

tolonglah wahai fakulti kejuruteraan kimia UTM, tolong sediakan meja yang elok sikit boleh dak untuk students jawab test.. aku bukan demand, tapi bayangkanlah nak jawab test kalau setakat pegang kertas dengan pen sebatang aku tak kisah kalau jawab duduk atas kerusi yang meja ngok ngek lipat2 tu... tapi kami ni jawab test OPEN BOOK, dan buku pulak sebesar besar alam...dengan kalkulatornya lagi, pemadam, pen, kertas soalan lagi, buku jawapan lagi...dahtu tang situ lah nak letak buku rujukan, tang situlah nak menulis, tang situ jugaklah nak meraba raba cari pemadam tekan kalkulator bagai...rimas tahu tak rimas ! 

"eh, kan boleh je letak buku rujukan tu atas peha korang, ape yang dibisingkan?"

haa, memanglah letak buku tu kat atas peha, habistu kalau nak selak sana selak sini buku tu, tak ke macam wadafak jugak susahnya...meraba raba jugaklah aku tadi, elok nak selak buku, yang si pen pulak sibuk2 nak terjatuh atas lantai...dahtu nak biaq saja pen tu terjatuh tak mahu ambik? bila nak ambik pen pulak, tiba2 buku pulak terjatuh atas lantai...dahtu tak ke tensen namanya tu? bila sampai part nak menulis pulak, dan dan la kertas soalan nak tercicir celah kangkang masuk bawah kerusi member...haaaa sudah, boleh makan orang jugak kang... pendek kata time test tadi segala serbi benda aku nak jatuh...

almaklumlah aku ni sebesar besar gajah badan aku ni haa..memang sah2 lah tak selesa dalam keadaan macam tu..haishhh...tu belum termasuk soalan test yang macam menguji ketangkasan aku menekan kalkulator...memang lelaju ja aku tekan kalkulator tiba2 eh masa dah nak habis...yang soalan 1 tak siap lagi...damn betul mass balance aku tadi macam hape2 je aku merapu..sepatutnya mass in = mass out..tapi aku buat jadi lintang pukang,,,syialla puih !...dahtu tetibe rasa macam masa menjawab test cepat je berlalu...memang tak sempat dowh walhal dua soalan je tadi smpai nak jawab sejam setengah...ke aku yang lembap jawab soalan...haha...tawakkal je lah test tadi ye...dan tiba2 pulak tulisan aku buruk ya amat tadi, nasiblah wahai Dr yang semak kertas aku, terima jelah tulisan buruk aku tadi...hurmmm...



dah, aku sangat sokong statement member aku yang dua orang ni...cayalah !

so, apa yang aku boleh kata, aku memang tak puas hati dengan fasiliti yang disediakan untuk menjawab test..TERSANGATLAH TAK SELESA...kami perlukan meja untuk menjawab test bukanlah kerusi yang siap sekali dengan meja yang boleh lipat2 yang kadang2 meja dah jadi senget ke bawah tu..tolonglah...huh, kan dah teremo ni...k lah, nak layang cerita korea lagi best feeling2 berkulit putih main salji..k bai..!

p/s: aku sorang je ke yang tak puas hati ni..ke ade lagi...hahaha =p 


02 November 2011

pesta cokelat...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

taknak cakap banyak, biar gambar mendifinisikan segalanya...gituh kemain...walhal malas nak menaip...


notes:
1) coklat ni sangat sedap !
2) aku habiskan separuh dalam masa beberapa saat sajor (oke tipu, aku tak kebuloq sangat)
3) esok last day pesta cokelat dekat DSI UTM...ada yang sangat comel, boleh beli bagi kat awek atau bagi je kat aku
4) nampak tak tajuk buku tu? study sambil makan cokelat sangat menggembirakan dan mengkhayalkan sampai satu muka surat pon ambil masa sampai setengah jam sebab feeling makan coklat yang sedap..
5) harga? tak mahal sangat.. semua tu sepuluh ringgit..tapi jangan risau, akan berpuas hati sebab sedap...
6) esok nak beli yang tulisan nama2 boleh bungkus bagi kat yang tersayang...aouch ! kbai..
aku nak ambil gambaq coklat yang comel2 tadi, tapi dihalang sebab takut aku curi design coklat dorang..ceyt ! kalau tak dah boleh tunjuk kat korang alahai somel kiut miut...cium kang !

p/s: patut berat tak turun2, makan coklat tak mau2...pffp...

01 November 2011

ulasan kata2 di fesbuk

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

tersangatlah khusyuk study Plant Design, buat sequences distillation column segala, baca Heuristics sampai eh kenapa banyak sangat ni sampai 50 lebih ni, dan last sekali end up dekat fesbuk jugak akhirnya...gitulah jadinya kalau bersemangat waja untuk study tapi laptop bermuka buku berada di depan mata, memang sah sah hanya 10 minit pertama sahaja kepala di bawah mengadap buku, dan 10 minit seterusnya hingga berjam jam kepala beralih arah memandang skrin laptop yang cam gampang dipenuhi luahan perasaan serta suka duka kawan kawan bak kata orang "if u face a problem, don't face it, FACEBOOK IT". kerlass kau jah !

ouh ya, makanya seperti biasa aku sangat suka baca tulisan tulisan yang dekat gambaq yang selalu orang post dekat fesbuk dan kadang2 aku pon share jugak kalau aku rasa macam sedap je bunyiknye ataupun kena dengan batang hidung sendiri.. alah, yg quotes of the day tu... muhong sangat kalau tak perna muncul di wall kalian...

jadi, disebabkan aku terlampau tertarik dengan satu petikan ini, aku pon nak share lah dan mengulasnya mengikut perspektif aku sendiri sebagai seorang insan biasa bak kata orang yang merendah diri ye...


hamboih hamboih hamboih senangnya mulut berbicara sedemikian...faham dak? meh nak translate dalam bahasa yang mudah difahami...

kenapa membuang masa anda untuk disakiti oleh SESEORANG, sedangkan ada lagi ORANG LAIN di luar sana yang tunggu untuk menggembirakan kamu ? 

gituh kau, boleh jadi google translator nih...

okay, bagi pendapat aku, ada pro dan cons ayat ni...ada betul dan ada jugak tidaknya...mari kita lihat...

mungkin senang untuk kita cakap,

"eleh ko, ko nak hadap ape lagi orang tu kalau setiap masa kau menangis sebab dia, setiap masa dia buat ko sedih, lukakan hati kau dan macam2 lagi, kau nak tunggu ape lagi? belah je lah dari hidup die...ade lagi ramai yg boleh bahagiakan kau beb"

haaa, mesti korang pernah cakap camni kan kat kawan korang yang selalu sedih sebab boipren or gelpren dorang yg macam sucks kan? konon nak tenangkan dorang dengan menyuruh dorang cari orang lain atau pergi dekat orang lain yang kononnya boleh bahagiakan dorang kan...tapi cube letakkan diri korang dekat orang yang korang tujukan ayat tu..ape yang korang rasa?

wowowo, ingat senang ke nak tinggalkan orang yang kita sayang..bayangkan berapa banyak kenangan manis yang dibela, tiba2 dah putus, clash...ingat senang ke nak hidup dibayangi semua tu..ecewah kemain ! walaupun kadang2 kita dilayan agak buruk, tapi dah nama atas dasar cinta, telan duri pon sanggup bhai...haa, macam tu lah kesnye.. buruk pon buruk lah...aigoo...

tapi aku pon ada setuju jugak dengan ayat tu..yelah, sampai bile nak bahagia kalau sebelah tangan ja yang bercinta...hey hey hey, cinta takkan berputik kalau sebelah pihak aje...mesti ada toleransi antara kedua dua belah pihak...jadi, kalau dah rasa ketidak serasian wujud, pandai2 lah cari jalan penyelesaiannya...salah satu cara ialah seperti ayat di atas tu lah...

memang la mula2 rasa perit nak tinggalkan orang yang tersayang, yelah berapa banyak masa dihabiskan bersama, berapa banyak duit dah dilaburkan, tu belom kira dengan segala serbi dalaman luaran lagi yang dikongsi, alah konon2 cinta sejati gituh...mula2 je rasa perit...daripada siang malam menangis disakiti hati, sampai result merudum segala, lebih baik sakit terus sekali gus tinggalkan orang tu, dan mulakan hidup baru...iye, memang susah...sangat susah...

aku ada satu kisah yang nak dikongsi...kawan kepada kawan aku ni, punyalah sayang kat boipren die tapi last sekali apa yang dia dapat? kena tendang university sebab gagal...diberi peluang banyak kali pon oleh pihak universiti, tapi tetap nak meroyan jugak...yelah, sedih kemain sebab frust dengan boipren gitulah jadinya..hurmm, jangan jadi macam kisah ini kawan2...

beralih kepada petikan di atas, sebenarnya life is too short to be unhappy my dearest friends ! betul kata2 ayat tu, kalau seorang buat anda sedih, korang kena ingat masih ramai lagi yang boleh buat anda gembira...kawan2, takkan takde kawan2 yang boleh buat kita gelak? mesti lah ade kan...jadi, usah buang masa bersekongkol dengan orang yang selalu menyakiti hati...chill lah..okay?

ouh yaa, tapi kalau ayat ni camne pulak?


okay, saya sangat setuju ! titik...aku malas nak huraikan, sila huraikan sendiri..hahaha kbai... !