07 December 2011

review: elite spiky web gravity defying spikes

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

assalamualaikum...

haish, aku ni kan kalau ada barang baru atau produk baru haruslah share dengan korang semua kan..bak kata orang SHARING is SAVING...tak kira lah barang tu bagus ke tidak mesti nak buat review sikit..tapi selalunya yang bagus2 belaka je nak di review, kalau tak bagus baik tak payah review, buat sakit hati je beli tapi tak pakai sebab tak elok...

tapi kali ni lebih kepada barang kelelakian...haish bukan minyak lintah atau tongkat ali tahu ! ouh sebelum tu, aku nak sarankan, kepada kaum adam di luar sana, tak salah kalau nak menjaga penampilan atau nak tampak kemas tambah2 lagi bab2 rambut nih...apa korang ingat rambut tu mahkota perempuan? perempuan dah pakai tudung jadinya mahkota dorang bukan lagi kat rambut ye...jadinya kita kita set lelaki ni lah yang mahkotanya kat rambut tu...

udah, nanti ada yang cakap lelaki sejati tak kisah penampilan kemas ke tak janji macho..jaddahnya, lelaki sekarang dah urban dah, dah maju dah, minyak wangi pon mengalahkan perempuan tahu ! pokoknya, kalau masih ada kawan2 anda yang lelaki yang tak pentingkan penampilan, tegur2 lah ye...first impression yang akan orang nilai kita adalah penampilan...rambutnya kemaskah? berfesyenkah dia? bajunya berkedut tak iron kah? seluarnya busuk kah? berkasut atau selipar kah? semua tu melambangkan siapa diri kita yang sebenar...ouh ya, aku tak kata aku sempurna, aku pon sememeh jugak pakai ikut sedap hati ja...tapi sama samalah kita jaga penampilan ye...

fuhh beletaq panjang pulak...okay kembali kepada barang yang aku nak review...ia adalah ini !

ELITE SPIKY WEB GRAVITY DEFYING SPIKES


sejenis wax rambut bagi jejaka jejaka yang ingin kelihatan seksi berambut spike ! serius best...dulu rambut aku panjang, jadinya wax yang aku guna mostly jenis loose atau jenis messy2 yang holding power dia tak kuat sangat...ouh itu nanti aku buat review lain kalau sesiapa berminat untuk rambut panjang...tapi selepas aku potong rambut ala2 mohawk gitu, haruslah produk rambut beralih arah...jadi, aku pilih produk ELITE ni...

sebelum ni aku pernah pakai GATSBY tapi ya ampun sangat tak best...maaf lah ye, aku tak terniat nak condamn GATSBY mampus aku kalau peminat2 gatsby mengamuk nanti...tapi bagi aku, gatsby punya wax moving rubber tu tak best sebab..

1) die takde easy rinse formula makanya setiap kali aku mandi aku kena shampoo rambut untuk pastikan rambut aku bersih dan cuci kena air...
2) die tak shining sangat, makanya bila pakai rambut nampak macam akar kayu sebab kering...
3) aku pernah pakai kaler pink, pepel and hijau...yang pink tu rubber dia kuat sangat sampaikan ada rambut2 aku gugur kalau aku nak wat spike...sebab terlampau melekat bila aku gonyoh2 atas rambut dengan tapak tangan, habis rambut aku putus2 melekat dekat tapak tangan...

jadi, aku pon beralih arah beli benda alah ni..pada mulanya aku dah aim sebab kaler2 dia comel2 dan the way packaging dia pon ala tomey2 macam boboi !serius cantik dan wangian dia pon best...jom kita review..

pro:

1) kaler dia lawa, ada pink, hijau, biru, oren, hitam..tapi untuk spike gravity defying spikes, aku pilih pink...
2)bau dia sangat wangi rasa macam nak calit dan jilat sampai kenyang...
3) holding effect dia sangat bagus..tak mengecewakan...
4) sangat senang nak guna, amik sikit gonyoh2 usap2 dan tadaaa siap spike anda...
5) tak rosak struktur rambut bila pakai helmet..lepas bukak helmet touch up sikit dengan jari terus jadi macam asal...terbaik !
6) yang paling best senang nak cuci rambut...tak melekit...
7) rambut tak nampak kering, nampak lembap je dan sesuai untuk sapa2 yang mewarnakan rambut..selalunya kalau orang mewarnakan rambut, rambut akan nampak kering..kalau salah pakai wax akan nampak lebih kering..tapi ELITE ternyata mengubah hidupku cewah...
8) MURAH ! nak tahu harga pergi usha sendiri kat kedai2...

cons:

1) .........................................
2) ............................................
3) ................................................

pergh aku sangat berpuas hati dengan produk ni...kalau ada yang berminat, bolehlah pergi beli sekarang...jangan order kat aku pulak, aku bukan duta produk ni =p


ouh, dia ada banyak jenis jugak tao...


BLACK - RUGGED MATTE


GREEN - SHINY WET


ORANGE - AIR WILD


BLUE - WAVY LOOSE


PINK - SPIKY WEB (this is mine)


jadi, apa pilihan anda? =)

p/s: kalau tak silap 15 hengget kot harga dia...murah la tu...


No comments: