19 May 2011

entry sebelum tidur, mati adalah pasti..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

yang pergi tetap pergi, yang masih hidup harus teruskan perjalanan tanpa ragu2...tanpa menoleh ke belakang dan menyesali serta meratapi akan pemergian insan tersayang...memang benar, jasad hanyalah suatu benda yang dipinjamkan Allah swt kepada kita...pabila tiba masanya, ia akan dikembalikan...begitulah sinonimnya kita dengan alam kematian, alam yang sememangnya pasti buat kita sebagai benda hidup...benda hidup pasti akan mati, tanpa ragu2 di situ...pabila maut memanggil, terpisahlah roh daripada jasad...suatu yang pasti..!

hari ini, ketika ini, genaplah tiga hari pemergian maksu timah...tiga hari berturut majlis tahlil diadakan di rumah arwah dan tiga hari berturut jualah aku turut serta mengimarahkan majlis tersebut...perasaan sayu masih lagi menyelubungi jiwa...maaflah jika entry2 aku berunsurkan kematian, kesedihan dan sedikit skema cara penulisannya...mungkin dengan cara ini dapat aku kongsikan rasa sedih, sayu dan pilu atas kehilangan seorang insan yang banyak berbakti buatku..dan mungkin dengan cara ini jua dapat ku jadikan pengajaran supaya aku terus ingat akan kematian yang sudah tentu bakal menjemputku jua tapi entah bila masa dan ketika, tanpa diminta dan menyangka...harapanku, doaku, keinginanku, pastinya mati dalam iman yang teguh dan kekal dalam agama islam dan pegangan bahawa Allah jualah tuhan yang esa...amiin..

dalam pemikiranku tidak lain dan tidak bukan hanyalah tentang seorang gadis sunti yang baru kehilangan ibunya dan yang sudah pasti tidak punyai sesiapa, ayah mahupun ibu...seperti entryku yang lepas, aku memikirkan nasib hidupnya, makan minumnya, belajar, kerja, nikah mahupun kehidupannya? semua itu masih lagi di kotak fikiranku...

"eh, ko sape yang nak sibuk hal die? ko abang die kah?"

yep, memang aku orang asing bagi hidup dia..tapi aku punya rasa tanggungjawab serta rasa simpati atas nasib yang menimpa dirinya...tidak salah bagiku untuk memikirkan perihal masa depannya kerana bagiku, dia adalah adik perempuanku, bukan? sekelumit rasa naluri seorang abang menguasai diriku walaupun perbezaan kami hanyalah setahun...perasaan risau menyelubungi jiwa pabila memikirkan keadaan dirinya jika hidup keseorangan, apakah keselamatannya sebagai seorang anak gadis terjamin? semua itu berputar di otak pemikiranku...

esok, aku akan berangkat pergi dari kedah menuju ke destinasi praktikalku, kajang..tapi sebelom itu, aku akan pergi melawat kakak aku di bumi penang...sebenarnya, kami sama2 berada dalam jurusan yang sama...kejuruteraan kimia...aku degree dan dia diploma...masing2 memulakan praktikal di tempat masing2..mulai esok, aku akan meninggalkan dia untuk meneruskan hidup seorang diri...perasaan bimbang menguasai diri...bukan niatku untuk tidak mempercayai kebolehannya menjaga diri sendiri, tetapi dia masih muda untuk lalui semua ini...insyaALLAH, dia tidak akan apa2...

mulai esok, rumahnya akan kembali sunyi...akak, makcik, ipar dan lain2 akan pulang ke tempat masing2 meninggalkan dia seorang diri...pastinya kesunyian kian terasa buat si gadis...dan sudah pasti perasaan sedih teringatkan arwah ibu akan kembali menggelodak jiwa si gadis sunti yang bernama anis...hurm...sabar ye anis...kekuatan harus dibina...bukan menunggu kekuatan untuk datang...ingat, kekuatan harus dibina...u can do it gurl..!

aku pon harus kuatkan semangat untuk menempuhi hari mendatang...aku gembira pabila lihat anis masih boleh tersenyum...senyuman itu indah...dan ingat, u still have me as ur brother...=) cukup untuk entry malam ni, entry yang agak serius sejak dua menjak ni..dan insyaALLAH, lepas ni kembali kepada asal..entry yang tak serius..hehe...lagi satu, aku tak terniat untuk meluahkan hal peribadi dalam belog ni, just perkongsian yang tidak seberapa saja...=))

p/s: mati itu pasti..!!!

17 May 2011

tuhan lebih sayangkan dia...AL_FAAAATIHAH...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

"anis, sabaq naa...hang kena tabah...tuhan lebih sayangkan dia, sebab tu tuhan ambik dia cepat..."

hanya itu yang mampu aku luahkan pada seorang gadis yg selama ini aku anggap sebagai seorang adik..ANIS namanya...kami membesar sama2...bermain sama2...aku ingat lagi saat kami main masak2 depan rumah..habis periuk belanga maksu timah kami selongkar sampai kena marah...sangat seronok...kami juga sering bergaduh...maksu imah lah yang akan jadi orang tengah antara kami...haish, sangat seronok dan mencuit hati pabila terkenang kisah silam...

"anis, hang bukan seorang diri...hang still ada aku yg hang boleh hang anggap sebagai abang hang...hang ada mami yang boleh hang anggap sebagai mak hang...hang ada pak kob, anis..pak kob pon dah macam abah hang...hang jangan cakap bila mak hang dah pergi, hang akan keseorangan...hang ada kami...kami...!"

sangat sedih dan pilu tatkala melihat wajah suci Anis tatkala pemergian arwah ibunya...kini, Anis sudah menjadi anak yatim piatu...sebak tak terhingga tatkala melihat keringat Anis yang sedaya upaya menahan air mata daripada meleleh ke pipi...ya, Anis memang seorang gadis yang kuat...tidak dapat ku bayangkan keadaanku jika nasib yang sama menimpaku...

adakah aku akan meraung seperti orang gila?
adakah aku akan menyepikan diri?
adakah aku akan tenang dan berlagak selamba sedangkan hati remuk berkecai entah ke mana?
adakah aku tidak merasakan apa2?

nauzubillah...

alhamdulillah, buat masa sekarang aku masih punyai ayah dan ibu..tetapi bagaimana dengan nasib gadis sunti yang bernama Anis? bapanya meninggal tatkala dia masih kecil...susah senang suka duka hanyalah bersama ibu dan kakaknya...tetapi mujurlah kakaknya sudah mendirikan rumah tangga..tiada masalah tanggungan di situ...tetapi Anis?

Anis masih belajar...dari tadi aku memikirkan kehidupan Anis selepas ini..macam mana dengan hari raya nanti? ke mana hala tujunya nanti? ingin pulang ke rumah yang semestinya kosong, sunyi sepi tanpa kewujudan seorang ibu? bagaimana pula dengan majlis konvokesyen diplomanya nanti? bagaimana pula dengan keinginannya ingin menyambung degree nanti? nikahnya si Anis bagaimana pula? urusan peribadinya? bil2 rumah kereta letrik dan sebagainya? kos sara dirinya? ya ALLAH, terlalu muda dan terlalu awal untuk dia harungi semua ini ya ALLAH...

"remy, aku tak tao apa plan aku lepas ni..."

aku rasa sangat pilu mendengar ungkapan Anis...aku faham perasaan Anis...eh, tidak...aku hanya boleh ungkapkan bahawa aku mengerti perasaanya ketika ini...tapi hanya dia yang tahu gelodak jiwanya kerana hanya dia yang alami...memang mudah untuk kita ungkapkan kata SABAR tetapi sangat susah untuk dipraktikkan kerana orang yang sering ungkapkan perkataan sabar itu tidak berada di dalam situasi itu...ya ALLAH, betapa sayunya aku ketika itu...

ketika aku mengarang entry ini, aku membayangkan betapa singkatnya masa berlalu dan betapa ralatnya aku...hubungan keluarga aku dan keluarga Anis sangat rapat...walaupun kami hanyalah jiran bertentangan rumah, tapi kami dah seperti adik beradik...anis memanggil ibuku dengan panggilan MUMMY manakala aku menggelarkan ibu Anis sebagai Maksu Timah...kami memang rapat...sebab itu lah terasa sedikit tempias apabila perginya Maksu Timah buat selamanya...

"bila remy nak balik? dah tak berapa hari lagi la kan dia nak balik sini.."

menurut mak, Maksu Timah selalu bertanya bila aku mahu pulang ke kedah...ya ALLAH ralatnya aku...aku sampai sini dari johor pagi kemarin (15 may)..hendak dijadikan cerita, aku terus demam panas, selesema dan sakit kepala..jadi, seharian aku tidur berehat sementara menunggu kepulangan mak dari kerja..setelah mak pulang, aku terus turun ke ruang tamu untuk bertemu dengan mak..disebabkan aku berasa sangat tidak sihat, aku sambung baring di ruang tamu...dalam lingkungan pukul 6 petang, maksu timah datang ke rumahku...mak cakap, maksu sihat2 aja..cuma biasa la, bila dah tua, sakit sikit2 tu dah menjadi adat katanya...mana taknya, sempat makan buah mempelam dengan mak di dapur..yang jadi ralatnya, aku tertidur ketika itu dan tidak sempat berjumpa maksu timah yang menanti kepulanganku...tetapi, aku bersyukur aku sempat mengangkat dan mengusung keranda dan mengkebumikan di tanah perkuburan islam...alhamdulillah...

hari ini, adalah hari pertama Anis melapor diri untuk LI..(praktikal)...menurut Anis, dia mendapat berita bahawa ibunya pergi ketika Anis berada dalam sesi taklimat LI..bayangkan perasaannya ketika itu...dia menangis di tempat kejadian...betapa pilunya situasi ketika itu, hanya ALLAH yang tahu...

aku ingat lagi saat aku melelehkan air mata...aku melihat Anis duduk di kerusi hadapan rumah menyambut kedatangan tetamu yang ingin ziarah arwah Maksu Timah...Anis diam saja...tak banyak bercakap...matanya bengkak...Anis memang seorang yang tabah...tetapi, semakin ramai jiran terdekat yang datang, bersalaman dan memeluk anis sambil berkata "SABAR YE NAK, SABAR" semakin sebak Anis...terus menangis di hadapan pintu rumah dalam dakapan seorang jirang yang agak rapat...ya ALLAH, ketika itu aku berasa sangat sayu...dipeluknya erat tubuh Anis ketika itu...akhirnya gugur jua takungan air mata yang ditadah selama ini...


"mie, akak sebak...akak tak dapat bayangkan kalau mak pergi..."
"ish kak nih...jangan cakap bukan2..."

tiba2, jenazah diusung dari dapur setelah dimandikan...bermulalah saat mengkafankan jenazah...ketika ini, selapis demi selapis kain kafan menutupi badan jenazah...hanya muka yang kelihatan...air mata sudah berjujuran di setiap pipi jiran2 termasuk aku...sayu sangat...insan yang sangat baik, sering tolong jiran, dan sangat berbakti di kawasan taman kami sudah pergi meninggalkan kami...sebut saja nama Maksu Timah, pasti semua orang kenal...kini sudah kembali kerahmatullah...

"anis, pija, cepat cium mak buat kali terakhir..."

kata2 yang sangat menyayat hati...itulah kali terakhir ciuman seorang anak buat ibu yang pergi selamnya...ketika itu, aku dan kakak berada tidak jauh dari Anis...kami memerhatikan gelagat Anis...sangat cool...Anis cium pipi, dahi ibunya...tanpa mengalirkan air mata..tenang rasa...akan tetapi, selepas selesai mencium ibunya buat kali terakhir, Anis terus menangis sepuasnya...kak eda (kakak aku) yang ketika itu berada dekat dengan Anis terus memeluk Anis erat...sama2 menangis...situasi yang sangat sayu dan menyayat hati..,air mataku turut mengalir tanpa henti ketika itu...aku beralih melihat mak, turut menangis...makcik Nani, Makcik Saodah, Makcik Hasnah, Makcik Jah, dan ramai lagi termasuk ayahku mengalirkan air mata sayu...selamat tinggal Maksu...semoga Maksu ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh dan solehah..amiin...

"Anis...hang jangan bimbang...hang bukan seorang diri, Anis...hang ada kami semua...bak kata Nurul, hang still ada Pak Ya dengan Makcik Lela...Nurul dah cakap apa salahnya berkongsi emak dan ayah...kita kan dah macam sedara...dah lupe? hang pon still ada Mummy dgn Pak Kob...masih ramai yg ada di sekeliling hang...hang jangan jadikan benda ni sebagai pematah semangat hang...hang mesti tabah, Anis...hang mesti sambung belajaq sampai degree...hang dah berjaya habiskan diploma...kalau hang berjaya, mesti mak hang gembira di sana kelak...Anis, tabah ye...aku sentiasa di sisi hang...=)

p/s: sedekahkan al-Fatihah buat ibunya Nor Hanis Othman yang baru meninggal dunia pagi tadi..(16 may 2011)...AL-FAAAAATIHAH...

04 May 2011

kalau ye pon stress jawab exam, jgn sampai terKENTOT dlm dewan exam ye dak...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

dudududu...sekian lama aku tak hupdate belog rasa rindu bukan main lagi nak mengaktifkan jari jemariku yg lemah lembut beralun menekan papan kekunci komputer riba...ecewah, kemain nak taip fully malay kan, tanak campoq2 english..hakhtuih...rasa cam dah sebulan tak bukak belog yela exam stret 3 hari baq hang...ni pon curi2 hupdate gamak rasa dah tepu kepala hotak aku mengadap buku dan rumus...yezza, esok last day aku exam..yaribba...okay sebelom tu jom kita berpesta pantun sat naa...

niat hati bukan sengaja..
nak menyakat mengata mahupun menghina...
benda dah jadi depan mata...
apa salahnya aku share dengan hampa semua...

ecewah...

ikot suka hampa nak kata apa...
belog aku, aku punya suka la..
gossip pon gossip la nak wat macam mana...
asalkan dapat share lawak tak terhingga...

kemain baq hang...ada lagi...

sekali lagi aku nak kata...
bukan nak sebarkan propaganda..
tapi nak cerita la kat hampa semua..
benda yg buad aku gelak tak hengat donia...
ha ha ha..

macamni cerita sebenaqnya..
kentut memang perkara biasa...
tapi kalau timing tak kena masa...
mesti malu tak terhingga...

okay..dah nak masuk point dah..dah nak masuk point dah...hehe....okay camni la senang cerita...aku ada paper petang tadi....buat kat mesejid sultan ismail...hampa tao dak kat mana mesejid sultan ismail tuh? kalau budak UTM tak tao, meh nak lempang buang 2 3 das baru hampa tao kat mana mesejid tu kan...so, faham2 la kalau buat kat mesejid ni, diharapkan dapat keberkatan la kan...tapi yang slek nya buat exam kat mesejid ni, asa panas sikit sebab xdak air cond kot...pastu suasana sunyiiiiiiiiiii ja...(baca bagi panjang sunyi tu ye)...

so bila suasana sunyi ni baq hang, sekali hang selak kertas tuh kompom2 dengaq sampai hujung telinga...haaa, ni yang nak dijadikan cerita nih...tengah2 leka asyik khusyuk merembes fokus menjawab soalan yg tak berapa susah sangat tadi (seyes senang hampa pi la tanya sapa pon memang senang cuma nak salah kat careless je ececececece kemain), tiba2.....

poooooooooooooooooooooooooooooootttttt...!!!!!!!!!

mak aih...!!!! awat x kuat lagi hang semboq??? memang naya sapa yg duduk belakang mamat nih...(ups, tersebut mamat...maknanya laki2 yg kentut ye bukan pompuan...hehe) yang aku ni pulak, elok dengaq ja bunyi kentut yg sekuat guruh tadi terus toleh ke belakang...memang tak sengaja toleh, memang otomatik...bukan aku sorang yang tengok kiri kanan depan belakang, tapi budak2 yang duduk keliling aku pon sama seolah olah nak cari sapa yg terlepas kentut tadi...tiba2, ada sorang mamat ni dengan bangga dan yakinnya menuding jari dekat mamat yg duduk betol2 depan die...maybe die takot orang ingat die yang kentut, so die pon terus tunjuk mamat yang duduk depan die...hahahha...

lepas tu ape lagi, mamat yang kentut tadi mula2 nak cover cam xde benda yg terjadi...tapi disebabkan ramai yg usha die, muke die jadi merah padam dan die tunduk...hahahah memang sah la die yang kentut..damn...!!! alahai, kalau gamak nak kentut tapi xleh tahan, lepas la slow2 ye dak...takkan yg tu pon nak kena ajaq...senget la sikit pungkoq kalau nak kentut slow2 lepastu kemut la...lepas dah kemut, baru try lepaskan angin tu sikit demi sikit...ni kalau pungkoq dok rapat kat kerusi, lepastu main taram ja kentut memang la bunyi kuat ye dak...hahaha...

sumpah aku tahan gelak sampai terketaq ketaq badan aku time jawab exam tadi...buleh aku dok senyum sorang2 sepanjang jawab exam tadi...memang lawak baq hang...kalau hampa ada kat tempat aku memang hampa akan gelak jugak...memang muka cover malu tu toksah dok habaq la baq hang, merah menyala...eh laaa, kalau aku yang jadi macam tu, aku bangun tinggal kertas kat meja aku blah tak amik exam dah...hahaha...gua respek sama lu der sanggup meneruskan perjuangan walaupun malu gila hanjeng...hahhaa...

ecelli aku ada lukis kartun yg tak lawa nak menggambarkan keadaan tadi, tapi aku tertumpahkan air nescafe ais, so lukisan aku mengembang dah takleh nak share dekat hampa...takpa takpa...erm, aku ingat lagi ada org cerita kat aku pasal kentut nih...orang kata kalau kentut bunyi kuat tu maksudnya still VIRGIN..!!! ups...tak lobos lagi la kn...hahahha...eh laaa, awat yg lucah sangat malam ni tatau...dah3, aku nak study...babai...alamak, nak terkentut pulak...teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet...

p/s: muhong kalau hampa kata hampa tak pernah kentut slow2 kat khalayak ramai...tu pon nasib tak bunyi..kalau bunyi, tobat malu baq hang...haha...

01 May 2011

ceq maaaluuuu episod kedua...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

eh awat besaq sungguh keMALUan aku arini??? sungguh tak tipu baq hang...malu ya amat...macam biasa la, aku study kat libry dengan harapan nak dapatkan keberkatan sebelah MESEJID gamaknya la kan...ececece kemain...konon nak bangun awal lepas subuh terus bersiap terpacak depan libry sebelom pegawai libry bukak pintu...dengan harapan pegawai bukak pintu tu akan cakap kat aku...

"eh awaklah insan cemerlang yg paling awal datang libry..saya kagum dengan semangat awak...erm, saya ade anak gadis yg sangat cantik..oleh kerana awak mempunyai ciri2 lelaki idaman yg sangat rajin dan hawt bersemangat waja untuk mencapai kecemerlangan, saya nak jodohkan awak dengan anak gadis saya yg sangat hawt itu...ade bran?"

okay, melalut...haha...walhal terlebih tidoq baq hang sampai rasa nak melelong kepala aku nih...letih jawab exam engineering economy semalam gamaknya yg letih gila kot...eh sebelom tu nak habaq. "baq hang" tu sebenaqnya "habaq kat hang" or bahasa kay el (KL) nye "nak bagitahu kat ko" atau bahasa kelantan "nak ghoyak ke mu"...eh kalau salah boleh lempang kalau berani..haha...

okay-dah-bab-mukaddimah-yang-sangat-annoying-iteewww-kita-fokos-pada-niat-asal-ye...ecelli, aku nak habaq yg aku rasa sangat keMALUan tadi..damn giler..sesungguhnya sepanjang 3 tahun genap aku kat UTM ni, aku memang tak pernah pinjam buku kat libry nih walaupon boleh dikatakan setiap sem study wik aku bertapa sini...jakun tak jakun tak jakun tak? lagi satu, aku langsung tak pernah fotostat kat libry nih...jakun tak jakun tak jakun tak? tak jakun sangat la kan sebab aku memang tao yg ade kedai fotostat kat aras 5..and memang kena guna kad ala2 kad top up henpon gitew kalau nak fotostat..hampa cucuk kat lobang dia pastu boleh guna...kalau habis duit, top up lagi...canggih tak canggih tak? haha damn.. seyes jakun gak aku...

so...nak dijadikan ceghita, aku nak pi la fotostat nota member aku aku kat aras 5 ni haa...aku pinjam kad member aku yela aku mana ada kad secanggih tu...kad pengenalan ada la, nak? okay, aku pon naik la aras lima lepas tu aku nampak ada sorang gurl nih dok sibuk fotostat nota jugak...tanpa segan silu aku pon mendekati si gadis sunti tersebut  (okay damn ayat nak skema hanjing tanpa short form..)

(maaf aku malas nak melukis arini..so aku wat dlm bentuk dialog je la eh..haha)

aku : kak, fotostat nota ni one set..

gadis : err,,, awak tak pernah datang sini eh?

aku : pernah...saya selalu kat sini...cuma jarang naik aras 4 ni..kenape kak?
gadis : ouh patot la...saya student sini la..bukan akak fotostat..kat sini kan self service...awak cucuk kad pastu awak fotostat sendiri...(damn gile muke pompuan ni tahan gelak)

aku : ouh eh...okay...yeke...(damn aku malu tahap gaban sampai tak tao nak cakap apa) erm, thanx eh...sowry..

gadis : takpe saye faham (damn lagi celaka bile die cakap camni...pastu die blah gi kat member die sambil berbisik..wallaweyh ko ngumpat aku eh...damn malu)

lepas tu dengan perasaan yg sangat malu, aku pon tarik nafas sedalam dalamnya dengan membuka dada bajet tough dan terus menuju ke arah mesin fotostat...ni lagi 1 hal...berapa lama aku dok belek mesin tu aku pon tak tao...damn, jakun lagi sekali...seyesly aku tak reti nak guna mesin tuh...yela kan kena cocok kad pastu nak letak kertas kat mana pon aku tak tao..sebab aku nak fotostat depan belakang..mana aku terer baq hang...


lepas puas aku dok belek2 macam dok belek kereta BMW, barulah brader yg dari tadi memerhatikan gelagat aku datang kat aku...


"meh sini saya tolong...macam ni....bal3...." (dia pon tolong fotostat nota aku sambil membebel..haha...)


so, lepas dah siap urusan fotostat, aku pon terus blah...tak pandang dah kiri kanan...hahaha...malu punya pasai...jakun la katekan...hehehe...so, ni je hikayat remysunbae untuk hari ni...aku nak sambung study lak...babaiii....

p/s: eh laaa...asal aku datang libry ja, mesti ade gossip...haha...rilex la der, dah trade mark belog aku pon tengok dengar hidu tulis...layak la an..haha...adios..!