19 May 2011

entry sebelum tidur, mati adalah pasti..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

yang pergi tetap pergi, yang masih hidup harus teruskan perjalanan tanpa ragu2...tanpa menoleh ke belakang dan menyesali serta meratapi akan pemergian insan tersayang...memang benar, jasad hanyalah suatu benda yang dipinjamkan Allah swt kepada kita...pabila tiba masanya, ia akan dikembalikan...begitulah sinonimnya kita dengan alam kematian, alam yang sememangnya pasti buat kita sebagai benda hidup...benda hidup pasti akan mati, tanpa ragu2 di situ...pabila maut memanggil, terpisahlah roh daripada jasad...suatu yang pasti..!

hari ini, ketika ini, genaplah tiga hari pemergian maksu timah...tiga hari berturut majlis tahlil diadakan di rumah arwah dan tiga hari berturut jualah aku turut serta mengimarahkan majlis tersebut...perasaan sayu masih lagi menyelubungi jiwa...maaflah jika entry2 aku berunsurkan kematian, kesedihan dan sedikit skema cara penulisannya...mungkin dengan cara ini dapat aku kongsikan rasa sedih, sayu dan pilu atas kehilangan seorang insan yang banyak berbakti buatku..dan mungkin dengan cara ini jua dapat ku jadikan pengajaran supaya aku terus ingat akan kematian yang sudah tentu bakal menjemputku jua tapi entah bila masa dan ketika, tanpa diminta dan menyangka...harapanku, doaku, keinginanku, pastinya mati dalam iman yang teguh dan kekal dalam agama islam dan pegangan bahawa Allah jualah tuhan yang esa...amiin..

dalam pemikiranku tidak lain dan tidak bukan hanyalah tentang seorang gadis sunti yang baru kehilangan ibunya dan yang sudah pasti tidak punyai sesiapa, ayah mahupun ibu...seperti entryku yang lepas, aku memikirkan nasib hidupnya, makan minumnya, belajar, kerja, nikah mahupun kehidupannya? semua itu masih lagi di kotak fikiranku...

"eh, ko sape yang nak sibuk hal die? ko abang die kah?"

yep, memang aku orang asing bagi hidup dia..tapi aku punya rasa tanggungjawab serta rasa simpati atas nasib yang menimpa dirinya...tidak salah bagiku untuk memikirkan perihal masa depannya kerana bagiku, dia adalah adik perempuanku, bukan? sekelumit rasa naluri seorang abang menguasai diriku walaupun perbezaan kami hanyalah setahun...perasaan risau menyelubungi jiwa pabila memikirkan keadaan dirinya jika hidup keseorangan, apakah keselamatannya sebagai seorang anak gadis terjamin? semua itu berputar di otak pemikiranku...

esok, aku akan berangkat pergi dari kedah menuju ke destinasi praktikalku, kajang..tapi sebelom itu, aku akan pergi melawat kakak aku di bumi penang...sebenarnya, kami sama2 berada dalam jurusan yang sama...kejuruteraan kimia...aku degree dan dia diploma...masing2 memulakan praktikal di tempat masing2..mulai esok, aku akan meninggalkan dia untuk meneruskan hidup seorang diri...perasaan bimbang menguasai diri...bukan niatku untuk tidak mempercayai kebolehannya menjaga diri sendiri, tetapi dia masih muda untuk lalui semua ini...insyaALLAH, dia tidak akan apa2...

mulai esok, rumahnya akan kembali sunyi...akak, makcik, ipar dan lain2 akan pulang ke tempat masing2 meninggalkan dia seorang diri...pastinya kesunyian kian terasa buat si gadis...dan sudah pasti perasaan sedih teringatkan arwah ibu akan kembali menggelodak jiwa si gadis sunti yang bernama anis...hurm...sabar ye anis...kekuatan harus dibina...bukan menunggu kekuatan untuk datang...ingat, kekuatan harus dibina...u can do it gurl..!

aku pon harus kuatkan semangat untuk menempuhi hari mendatang...aku gembira pabila lihat anis masih boleh tersenyum...senyuman itu indah...dan ingat, u still have me as ur brother...=) cukup untuk entry malam ni, entry yang agak serius sejak dua menjak ni..dan insyaALLAH, lepas ni kembali kepada asal..entry yang tak serius..hehe...lagi satu, aku tak terniat untuk meluahkan hal peribadi dalam belog ni, just perkongsian yang tidak seberapa saja...=))

p/s: mati itu pasti..!!!

No comments: