17 December 2011

trust your bestfriend more than others...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

"remy, u have bestfriend? what u feel if your bestfriend trust someone else more than you? painful isn't it?"

assalamualaikum...=)

aku dikejutkan dengan mesej macam ni daripada salah seorang kawan lama aku...bunyi macam dia tengah frust dengan bestfriend dia maybe...ouh aku bukan nak menghebohkan masalah dia dengan kawan dia tapi aku macam tertarik dengan masalah dia dan aku macam nak kupas masalah dia dari sudut pandangan aku...tak mengumpat kan?

begini, bila disebut perkataan BESTFRIEND atau kawan rapat ni, tolong lah percaya antara satu sama lain..ouh even though ada yang mengatakan, jangan pernah percayakan sesiapa dalam dunia ni, yess aku pon pegang kata2 tu jugak...tapi at least, u should put some trust to your best friend more than others ryte? for example...

kalau kau rasa kau tu bestfren dia, kenape kau nak percaya cakap belakang kawan kau yang lain yang kata itu ini tentang bestfren kau tu?

kalau kau rasa kawan kau tu bestfren kau, kenapa kau boleh tuduh dia buat itu ini, sedangkan dia tu bestfren kau?

kalau kau rasa dia tu bestfren kau, tak perlu kot bila sesuatu terjadi yang melibatkan maruah kau, kau terfikir bestfren kau yang bocorkan rahsia kau...

kalau kau anggap dia bestfren kau, takkan kau tak reti bezakan ambil berat dengan jaga tepi kain kot?
kalau kau rasa macam budak tu bestfren kau, kau tak tergamak nak putuskan hubungan kawan sebab dengaq cakap orang yang entah dari mana sumbernya...

kalau kau rasa budak tu kawan baik kau, agak2 la kalau dia yang nak bercakap belakang kau, kutuk2 kau, bercerita soal maruah kau ke ape...

itupon kalau kau ada bestfren lah...

haaaa, aku memang pantang kalau jadi kes2 macam ni tahu? stress soal cinta lain..stress soal belajaq lain..stress soal kawan pon lain...masing2 ada tahap masing2...tapi apa je yang aku boleh jawab kat member aku yang mesej aku tu? nak jawab lebih2 kang, nanti tersalah jawab jadi benda lain pulak...aku just jawab ni je...

it's simple dude...assume macam ni lah...if some one ask you, "kamu sedih bila kehilangan kawan baik kamu? sedih bila kawan baik kamu tak percayakan kamu?" simply answer that question like this.."nope...sikit pon tak sedih...aku hanya kehilangan seorang kawan, tapi dia telah kehilangan seorang kawan yang menyanyanginya dan mengambil berat tentangnya..siapa yang harus lagi sedih?"

kesimpulannya, semua orang ada kawan baik...tapi, yang penting jangan mudah percaya kata2 orang lain yang boleh memburukkan persahabatan anda dan kawan baik anda...macam kes kawan aku ni, disebabkan percayakan sumber yang entah dari mana, terus berpecah belah...aku memang pantang kalau dengar cerita dari sebelah pihak...tak salah kalau bertanya, "betul ke aku dengar gini gini gini"...at least, jadilah orang yang adil, mendengar cerita dari kedua dua pihak before simply judge yang boleh kucar kacirkan keadaan...haish...tak susah kan? =)

sedangkan lidah lagi tergigit...biasalah tu, rencah dunia...apa yang aku boleh katakan kat kawan aku, "kau tengok langit tu tinggi ke rendah..satu hari nanti dia akan cari kau balik bila dia tahu keadaan yang sebenar, dan kau tak bersalah...orang benar tak perlu takot...walaupun kau tak salah, tapi kau berhak bersihkan nama kau yang dah tercalit arang...chill.."

p/s: aku tak tahu lah aku membantu atau tak, masalah kawan aku tu..dah la celcom buat hal tadi...aigoo...


13 December 2011

stress dan busy sebab kerja last minute !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

sungguh tak tipu, aku rasa alahai serabutnya hidup nih...ini lah panahan sebagai final year student gamaknya...dah nak ujung2 semester lagi lah bizi macam kimak...tidoq dah tak tentu hala dah, memang ikot sedap hati ja nak tidoq atas meja study ke atau pon katil...kalau tidoq kat atas katil tu memang besaq rahmat tahu ! sapa2 yang pernah alami kehidupan sebagai final year student engineering insyaALLAH faham maksud aku...cewah, bajet gila walhal budak2 archi lagi bizi...heh?!

minggu ni ! minggu ni memang serabut...jadual planner aku tersangat full...setiap masa ada benda nak kena buat...ni pon curi2 update belog sebab dah tepu kepala otak mengarang discussion thesis...mana taknya dengan submission business plan untuk subjek usahawan lagi...benda last minit punya kerja, gitu lah...sebab tu lah orang dulu-dulu sibuk dok cakap, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...aku pulak jenis terbalik, haaa bersenang senang dahulu, rilex je...last2 baru nak gelabah...nak terberak baru nak gali lubang gitu lah jadinya...

yang nak kena buat bagi siap minggu ni...

1) peer teaching notes expert team plant design
2) power point slide presentation peer teaching plant design in class
3) ASPEN HYSIS untuk project plant design nak kena buat jugak
4) 10 pages report effective communication...
5) business plan punya report yang sepatutnya buat dalam masa 3 bulan, tapi grup aku hebat nak buat dalam masa 3 hari ! terbaek ! pastu mula nak terberak...
6) slide presentation business plan yang nak present ESOK !
7) second draft PSM...discussion buat semula sebab salah..
8) RUN BALIK EXPERIMENT PSM ! baru tahu tadi... T___T

jadual aku minggu ni..

haa, jangan kau..dah susun dah apa yang nak dibuat..sebab tak nak bagi bercelaru...apepon, kerja2 yang di force ni selalunya menjadi...hahaha...

ahad:
siapkan esaimen communication yang bosan tu...
9pm-12tgah malam
peer teaching expert team...discussion sampai tengah malam...

isnin:

pagi- kelas
petang- discussion siapkan report business plan
malam- sambung buat PSM, bersilih ganti dengan report business plan

selasa:

due date assignment communication..
pagi- kelas
petang- discussion report business plan, buat report dan slide presentation sekali...esok present..
malam- meeting group plant design dekat K9...buat ASPEN untuk project methyl ester
tengah malam- buat preparation untuk present esok...kelam kabut sungguh..

rabu:

present business plan...harap2 berjalan lancar sebab cincai punya kerja !
petang- siapkan thesis untuk second draft..nak submit hari khamis bhai ! tak tidoq lagi lah...

khamis: 

kelas sampai petang...due date second draft pukoi 5 petang...harap2 sempat..damn !
malam- buat slide presentation untuk peer teaching Plant Design dalam kelas...damn, dah la tak faham pastu nak kena ajar orang depan kelas pulak..sedeyh !

jumaat:

sepatutnya takde kelas tapi terpaksa buat kelas jugak..motif !
presentation peer teaching plant design...jangan blur sudah sebab tak faham apa yang nak di present kan..huk3...
petang- jumpa supervisor PSM...KENA RUN BALIK EXPERIMENT...!

sabtu:

sepatutnya boleh enjoy, tapi kena stay kat lab untuk rerun experiment...sob3...

yeah, semua orang bizi...jadi pandai2 lah susun masa kita dengan betul...kalau x suka bizi, tak payah jadi student kan? apepon, benda2 camni lah yang akan buat kita tersenyum bila fikir balik nanti...dengan stress nya tak fasal2 pergi melantak tengah malam buta...pastu jadi macam orang gila meroyan cakap telefon pon dah tak betul..nak telefon team mates, ter telefon lecturer...heh? aku tak pernah jadi lagi..tapi aku pernah la nak mesej team mates tapi termesej supervisor...ko gile ! nasib baik tak tulis pelik2...haha..sebab biul sangat la tu...oyeah, dah nak pegi discussion oyeah ! selamat berjaya kawan2...=)

serabut kan meja study aku...hik3...

p/s: aku viva 2 januari nanti..tak sabaq nak habiskan... =)


07 December 2011

review: elite spiky web gravity defying spikes

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

assalamualaikum...

haish, aku ni kan kalau ada barang baru atau produk baru haruslah share dengan korang semua kan..bak kata orang SHARING is SAVING...tak kira lah barang tu bagus ke tidak mesti nak buat review sikit..tapi selalunya yang bagus2 belaka je nak di review, kalau tak bagus baik tak payah review, buat sakit hati je beli tapi tak pakai sebab tak elok...

tapi kali ni lebih kepada barang kelelakian...haish bukan minyak lintah atau tongkat ali tahu ! ouh sebelum tu, aku nak sarankan, kepada kaum adam di luar sana, tak salah kalau nak menjaga penampilan atau nak tampak kemas tambah2 lagi bab2 rambut nih...apa korang ingat rambut tu mahkota perempuan? perempuan dah pakai tudung jadinya mahkota dorang bukan lagi kat rambut ye...jadinya kita kita set lelaki ni lah yang mahkotanya kat rambut tu...

udah, nanti ada yang cakap lelaki sejati tak kisah penampilan kemas ke tak janji macho..jaddahnya, lelaki sekarang dah urban dah, dah maju dah, minyak wangi pon mengalahkan perempuan tahu ! pokoknya, kalau masih ada kawan2 anda yang lelaki yang tak pentingkan penampilan, tegur2 lah ye...first impression yang akan orang nilai kita adalah penampilan...rambutnya kemaskah? berfesyenkah dia? bajunya berkedut tak iron kah? seluarnya busuk kah? berkasut atau selipar kah? semua tu melambangkan siapa diri kita yang sebenar...ouh ya, aku tak kata aku sempurna, aku pon sememeh jugak pakai ikut sedap hati ja...tapi sama samalah kita jaga penampilan ye...

fuhh beletaq panjang pulak...okay kembali kepada barang yang aku nak review...ia adalah ini !

ELITE SPIKY WEB GRAVITY DEFYING SPIKES


sejenis wax rambut bagi jejaka jejaka yang ingin kelihatan seksi berambut spike ! serius best...dulu rambut aku panjang, jadinya wax yang aku guna mostly jenis loose atau jenis messy2 yang holding power dia tak kuat sangat...ouh itu nanti aku buat review lain kalau sesiapa berminat untuk rambut panjang...tapi selepas aku potong rambut ala2 mohawk gitu, haruslah produk rambut beralih arah...jadi, aku pilih produk ELITE ni...

sebelum ni aku pernah pakai GATSBY tapi ya ampun sangat tak best...maaf lah ye, aku tak terniat nak condamn GATSBY mampus aku kalau peminat2 gatsby mengamuk nanti...tapi bagi aku, gatsby punya wax moving rubber tu tak best sebab..

1) die takde easy rinse formula makanya setiap kali aku mandi aku kena shampoo rambut untuk pastikan rambut aku bersih dan cuci kena air...
2) die tak shining sangat, makanya bila pakai rambut nampak macam akar kayu sebab kering...
3) aku pernah pakai kaler pink, pepel and hijau...yang pink tu rubber dia kuat sangat sampaikan ada rambut2 aku gugur kalau aku nak wat spike...sebab terlampau melekat bila aku gonyoh2 atas rambut dengan tapak tangan, habis rambut aku putus2 melekat dekat tapak tangan...

jadi, aku pon beralih arah beli benda alah ni..pada mulanya aku dah aim sebab kaler2 dia comel2 dan the way packaging dia pon ala tomey2 macam boboi !serius cantik dan wangian dia pon best...jom kita review..

pro:

1) kaler dia lawa, ada pink, hijau, biru, oren, hitam..tapi untuk spike gravity defying spikes, aku pilih pink...
2)bau dia sangat wangi rasa macam nak calit dan jilat sampai kenyang...
3) holding effect dia sangat bagus..tak mengecewakan...
4) sangat senang nak guna, amik sikit gonyoh2 usap2 dan tadaaa siap spike anda...
5) tak rosak struktur rambut bila pakai helmet..lepas bukak helmet touch up sikit dengan jari terus jadi macam asal...terbaik !
6) yang paling best senang nak cuci rambut...tak melekit...
7) rambut tak nampak kering, nampak lembap je dan sesuai untuk sapa2 yang mewarnakan rambut..selalunya kalau orang mewarnakan rambut, rambut akan nampak kering..kalau salah pakai wax akan nampak lebih kering..tapi ELITE ternyata mengubah hidupku cewah...
8) MURAH ! nak tahu harga pergi usha sendiri kat kedai2...

cons:

1) .........................................
2) ............................................
3) ................................................

pergh aku sangat berpuas hati dengan produk ni...kalau ada yang berminat, bolehlah pergi beli sekarang...jangan order kat aku pulak, aku bukan duta produk ni =p


ouh, dia ada banyak jenis jugak tao...


BLACK - RUGGED MATTE


GREEN - SHINY WET


ORANGE - AIR WILD


BLUE - WAVY LOOSE


PINK - SPIKY WEB (this is mine)


jadi, apa pilihan anda? =)

p/s: kalau tak silap 15 hengget kot harga dia...murah la tu...


05 December 2011

pandai2 lah jaga hati customer kalau taknak customer lari

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

hye everyone ! ups terlupa pulak, ASSALAMUALAIKUM w.b.t...tak jawab dosa, kalau jawab sayang..heh, tercopy paste trademark Maria Elena pulak...ouh baidewei, she's awesome !

masih belum terlambat kot untuk aku ucapkan salam maal hijrah buat pembaca2 yang beragama islam...jap, bajet macam ade orang cina india baca belog aku kan...apepon, harini sunat puasa kan, sempena hari asyura...tapi aku terlupa makanya tertelan lah nasik plus air bergelen gelen...pergi kelas, nak ajak member lunch same2, tapi hampa dan kecewa sebab semua puasa...jadi apakah? balik bilik terus tidoq +_+'

okay, lets straight to the point...

pernahkan anda terfikir bahawasanya anda adalah seorang pengguna yang betul2 mempraktikkan tanggungjawab anda sebagai pengguna yang baik? 

untuk lebih memahami lagi, 

atau adakah anda seorang pengguna yang mementingkan hak anda sebagai pengguna? 

untuk lebih fokus lagi,

adakah anda seorang pengguna mahupun pelanggan yang mahukan layanan mesra dari tokey2 kedai?

lebih mendalam lagi,

adakah anda akan maki pekerja di sebuah kedai sekiranya dia melayan anda macam anda takdak duit nak beli barang?

lebih kejam lagi,

adakah anda nak fuck tumbuk muka pekerja sebuah kedai yang kurang ajar ketika anda membelek belek barang di kedainya?

ouh aku harap anda dapat tangkap apa yang aku maksudkan... 
adab ketika berurusan jual beli haruslah dipraktikkan... tak kira lah pelanggan tersebut mahu membeli barang di kedai anda atau pun tidak, anda sebagai pekerja sewajarnya melayan kerenah mereka... heh, apasal skema gaban aku ni...

ceritanya begini,

kemarin ke semalam ntah, aku pergi meronda ronda ke GIANT, salah sebuah supermarket yang ala ala PAVILLION dekat area skudai ni...memang port budak2 jejaka gadis UTM menghabiskan duit JPA menonton wayang lah kiranya...heh?

disebabkan hujan yang alahai lebatnya macam nak suruh kami tidoq dalam giant tu, aku dengan member aku pon pusing2 lah sementara nak tunggu hujan reda...disebabkan bosan, kami pon masuk lah dalam salah sebuah kedai yang menjual koleksi2 barang keperempuanan...ada bra, ada inner, tudung, shawl dan macam2 lagi lah kiranya...

aku pon belek2 lah tudung yang tergantung terlipat rapi dekat kedai tu...member aku memang nak beli inner kat kedai tu, plus nak cari tudung jugak lah...tibe2 pekerja tu bersuara...

pekerja yang gila: kak nak cari tudung kaler apa? (ouh indon ghopenye)

member aku: eh tak lah, nak tengok2 je dulu...

pekerja yang gila: dah tak tak beli, jangan lah selerakkan tudung itu...tengok je sudah, jang dipegang2...

damn, aku dengar je minah babi tu cakap macam tu terus aku naik bara...aku senyap je lagi, tetiba ade sorang makcik yang kebetulan belek2 tudung bersuara...

makcik baik: ape cik? cik cakap kat saye ke? (dia terperasan sendiri la sebab dia pon belek tudung)

pekerja yang gila: eh tak lah kak, saya cakap sama itu budak...tak mahu dibeli tapi punggah suka hati...

pergh, aku dengar jelas dia cakap macam tu..member aku cakap nak tengok2 dulu, bukan dia taknak beli...habis tu yang inner 2 helai kat tangan dia tu nak buat lap hingus ka? nak beli la...aku memang tak boleh blah kalau pekerja tak respect pelanggan...aku pon bidas...

aku yang bagus: hey pompuan, ko kata apa tadi?! kasar betoi ayat ko...

makcik baik: agak kasar la makcik dengar dia cakap tadi...pekerja apa macamni...

aku yang bagus: ape ko ingat kami belek2 saja tudung kau? ingat kami takdak duit nak beli? ni yang inner kawan aku pegang ni jaddah apanya, dia nak beli la...awat tak reti nak respect customer ka apa? kalau macam ni cara hang berniaga, memang tak laku lah...

dia tergamam...aku sambung lagi leteran aku...

aku yang bagus: dah lah weyh, jom pi beli kat tempat lain...tak hingin nak bagi duit kat kedai ni...baik makcik pi beli kat kedai lain makcik...biadab punya kedai...

pergh, aku pon tak sedar yang aku berani sampai camtu sekali..amkcik tu pon terkedek kedek keluaq dengan anak2 dia...aku tarik tangan kawan aku keluaq..inner yang dia pegang tadi aku campakkan je kat bakul...

wallaweyh, memang biadab kot minah tu...tak belajar ke adab2 berniaga..setiap pelanggan yang memasuki kedai tu adalah rahmat tahu? ada keberkatan di situ, tak semestinya dia beli baru bawa rahmat...kan tak fasal2 kedai tu rugi, kalau dia layan elok mesti dah untung...

aku bukan apa, kadang2 hak sebagai pengguna tu perlu dititik beratkan...soal makan minum pon satu kes lagi...kalau dah pergi order makanan, kalau dah tak sedap tu jangan terus telan jugak..hellow, kita dah bayaq jadi kita ada hak untuk complain...beranikan diri, pergi ke kaunter tu dan suruh orang tu rasa apa yang dia masak...baru dia boleh improvekan kualiti masakan...

tapi cara teguran tu mesti lah kena betul..nanti takut diletaknya air ludah je ape ke dalam makanan baru tahu...pendek kata, sama2 kena pandai menegur dan menerima teguran...kalau tak, sampai bila2 pon kita tak maju betol tak?

kesimpulannya, gunakanlah hak yang kita ada...peace no war..

p/s: macam nak tampo pon ada jugak muka minah tu...kuang ajo sangat..tapi nasib baik dia pompuan ja...kalau jantan memang kena sekeh dah... cewah bajet gilo !