19 January 2012

kraf tangan: quilling flowers dengan sifu !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

ouh damn, dah lama tak hadap blog ni...dan masa cuti ni lah nak aktif semula aktiviti berblog...tetibe rasa sikit kekok nak menaip...ala2 kucing yang malu pulak...ceyt...

assalamualaikum...ouh baidewei, i have a lot of stories yang nak diceritakan tapi tak tahu nak mula dari part mana..terlampau banyak bijik yang nak diluruhkan, tapi kita buat slow2 ya...cuti panjang lagi kan...so, masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat bercuti kepada semua mahasiswa dan mahasiswi setelah bertungkus lumus memerah otak menjawab final exam semester ni...and sudah pasti next semester is my last semester oyeah...! harap2 dapat jadi engineer...ouh nak dapat gaji besau dan kawin..! heh?

lets begin!

memandangkan sekarang ni musim cuti, jadi dah tentu ramai kengkawan yang sibuk mencari kerja kan? yep, daripada buang masa dok rumah, bangun pukoi 12 tengahari, skip brekfest terus lunch, mandi pagi terdelay sampai ke petang, melangut depan tv, tangan pegang henset, mata hadap fesbuk, mulut kunyah jajan, habiskan letrik rumah, bangun tido makan bangun tido makan, semua tu buang masa hokay ! lets do something new like THIS !


ecelli, aku sangat berminat buat benda2 kraftangan ni, so sememangnya masa cuti ni aku nak habiskan dengan belajar buat kraf tangan menggunakan basic kertas...dan sememangnya seronok dan mengasyikkan..tak caye cubalah...untuk pendekkan cerita, petang tadi aku dengan my bestie, SEPET GABRA buat janji temu dengan one of the sifu yang terer gile buat kraf tangan ni, kak NOOR AZLINA ABDUL SAMAD...kami bertapa di food court Giant Alor Star...see?? see?? orang lain tengah sibuk makan2, kami sibuk buat kraf tangan...akak ni memang terbaek sebab sudi ajar kami buat a lot of types bunga guna kertas...macam2 nama ada...

and dah tentu reaksi aku yang paling cam nak over excited terlebih...kalau drama indon tu, kira dah zoom in zoom out muka aku banyak kali lah sebab terkejut daripada sehelai kertas boleh bertukar wajah jadi sekuntum bunga... ! sebagai tanda penghargaan aku, aku nak promote sikit bisnes kak lin ni...hehe...kalau korang nak usha hasil beliau, boleh la usha belog beliau..klik SINI ye...pasti teruja sebab semua kad yang beliau buat memang lawa2...macam2 jenis kad ade..yang pop up, bile bukak tersembul keluar pon ade...try la usha...kot2 nak bagi kat awek ke, boyfren ke, nak bagi kat mak mertua ke...its up to you...yang pasti, semuanya hand made...tak mainlah beli2 ni, semua potong, lekat, gam guna kudrat sendiri tahu ! tabik lah...

oyeah, dalam belog beliau jugak ade macam contest blog giveaway...sape yang bertuah randomly akan dapat hadiah daripada beliau...and i really2 love that cute little quilled lovebirds yang beliau buat...agak2 boleh dapat tak? hehe... tersangat cute macam nak kunyah2...eh? haish, kalau dapat tu, mesti bangga kan? ingat senang ke nak buat..ape pon, pengalaman belajar dengan kak lin tadi sangat best...tak sabar nak try buat esok pagi..cewah...

so, sekali lagi, kalau ade yang berminat nak beli kad, bolehlah berhubung dengan kak lin ye? aku ni amateur lagi...kalau dah terer baru boleh bukak bisnes..ecewah ! buat masa ni nak buat suka2 je..hehe...okaylah jom kita usha gambar... !

::: this is my first quilling flower...nak tergelak pon ada jugak :::

::: just try and error...b4 belajar teknik yang betul :::

::: kak lin gigih ajar kitorang..thanx ye :::

::: sepet gabra yang kretip ! :::

::: yes, itu blog beliau...cekidout ! :::

::: abaikan muka aku yang sememeh...tengah panas memang menyampah ! :::

::: quilling papers, quilling tools, owsem kan? :::

::: ini antara patern yang kami belajar tadi..basic :::

::: ouh love it ! :::

::: seamnag terus buat lepas balik belajar tadi...hehe :::

so, amacam? at least aku ade kerja berfaedah nak dibuat masa cuti ni..anda??

p/s: erm, target aku cuti ni, aku nak buat frame yang penuh dengan bunga2 ni...nak gantung kat dinding rumah aku...amacam? rase2 boleh jadi tak? hehe...

17 December 2011

trust your bestfriend more than others...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

"remy, u have bestfriend? what u feel if your bestfriend trust someone else more than you? painful isn't it?"

assalamualaikum...=)

aku dikejutkan dengan mesej macam ni daripada salah seorang kawan lama aku...bunyi macam dia tengah frust dengan bestfriend dia maybe...ouh aku bukan nak menghebohkan masalah dia dengan kawan dia tapi aku macam tertarik dengan masalah dia dan aku macam nak kupas masalah dia dari sudut pandangan aku...tak mengumpat kan?

begini, bila disebut perkataan BESTFRIEND atau kawan rapat ni, tolong lah percaya antara satu sama lain..ouh even though ada yang mengatakan, jangan pernah percayakan sesiapa dalam dunia ni, yess aku pon pegang kata2 tu jugak...tapi at least, u should put some trust to your best friend more than others ryte? for example...

kalau kau rasa kau tu bestfren dia, kenape kau nak percaya cakap belakang kawan kau yang lain yang kata itu ini tentang bestfren kau tu?

kalau kau rasa kawan kau tu bestfren kau, kenapa kau boleh tuduh dia buat itu ini, sedangkan dia tu bestfren kau?

kalau kau rasa dia tu bestfren kau, tak perlu kot bila sesuatu terjadi yang melibatkan maruah kau, kau terfikir bestfren kau yang bocorkan rahsia kau...

kalau kau anggap dia bestfren kau, takkan kau tak reti bezakan ambil berat dengan jaga tepi kain kot?
kalau kau rasa macam budak tu bestfren kau, kau tak tergamak nak putuskan hubungan kawan sebab dengaq cakap orang yang entah dari mana sumbernya...

kalau kau rasa budak tu kawan baik kau, agak2 la kalau dia yang nak bercakap belakang kau, kutuk2 kau, bercerita soal maruah kau ke ape...

itupon kalau kau ada bestfren lah...

haaaa, aku memang pantang kalau jadi kes2 macam ni tahu? stress soal cinta lain..stress soal belajaq lain..stress soal kawan pon lain...masing2 ada tahap masing2...tapi apa je yang aku boleh jawab kat member aku yang mesej aku tu? nak jawab lebih2 kang, nanti tersalah jawab jadi benda lain pulak...aku just jawab ni je...

it's simple dude...assume macam ni lah...if some one ask you, "kamu sedih bila kehilangan kawan baik kamu? sedih bila kawan baik kamu tak percayakan kamu?" simply answer that question like this.."nope...sikit pon tak sedih...aku hanya kehilangan seorang kawan, tapi dia telah kehilangan seorang kawan yang menyanyanginya dan mengambil berat tentangnya..siapa yang harus lagi sedih?"

kesimpulannya, semua orang ada kawan baik...tapi, yang penting jangan mudah percaya kata2 orang lain yang boleh memburukkan persahabatan anda dan kawan baik anda...macam kes kawan aku ni, disebabkan percayakan sumber yang entah dari mana, terus berpecah belah...aku memang pantang kalau dengar cerita dari sebelah pihak...tak salah kalau bertanya, "betul ke aku dengar gini gini gini"...at least, jadilah orang yang adil, mendengar cerita dari kedua dua pihak before simply judge yang boleh kucar kacirkan keadaan...haish...tak susah kan? =)

sedangkan lidah lagi tergigit...biasalah tu, rencah dunia...apa yang aku boleh katakan kat kawan aku, "kau tengok langit tu tinggi ke rendah..satu hari nanti dia akan cari kau balik bila dia tahu keadaan yang sebenar, dan kau tak bersalah...orang benar tak perlu takot...walaupun kau tak salah, tapi kau berhak bersihkan nama kau yang dah tercalit arang...chill.."

p/s: aku tak tahu lah aku membantu atau tak, masalah kawan aku tu..dah la celcom buat hal tadi...aigoo...