17 May 2011

tuhan lebih sayangkan dia...AL_FAAAATIHAH...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

"anis, sabaq naa...hang kena tabah...tuhan lebih sayangkan dia, sebab tu tuhan ambik dia cepat..."

hanya itu yang mampu aku luahkan pada seorang gadis yg selama ini aku anggap sebagai seorang adik..ANIS namanya...kami membesar sama2...bermain sama2...aku ingat lagi saat kami main masak2 depan rumah..habis periuk belanga maksu timah kami selongkar sampai kena marah...sangat seronok...kami juga sering bergaduh...maksu imah lah yang akan jadi orang tengah antara kami...haish, sangat seronok dan mencuit hati pabila terkenang kisah silam...

"anis, hang bukan seorang diri...hang still ada aku yg hang boleh hang anggap sebagai abang hang...hang ada mami yang boleh hang anggap sebagai mak hang...hang ada pak kob, anis..pak kob pon dah macam abah hang...hang jangan cakap bila mak hang dah pergi, hang akan keseorangan...hang ada kami...kami...!"

sangat sedih dan pilu tatkala melihat wajah suci Anis tatkala pemergian arwah ibunya...kini, Anis sudah menjadi anak yatim piatu...sebak tak terhingga tatkala melihat keringat Anis yang sedaya upaya menahan air mata daripada meleleh ke pipi...ya, Anis memang seorang gadis yang kuat...tidak dapat ku bayangkan keadaanku jika nasib yang sama menimpaku...

adakah aku akan meraung seperti orang gila?
adakah aku akan menyepikan diri?
adakah aku akan tenang dan berlagak selamba sedangkan hati remuk berkecai entah ke mana?
adakah aku tidak merasakan apa2?

nauzubillah...

alhamdulillah, buat masa sekarang aku masih punyai ayah dan ibu..tetapi bagaimana dengan nasib gadis sunti yang bernama Anis? bapanya meninggal tatkala dia masih kecil...susah senang suka duka hanyalah bersama ibu dan kakaknya...tetapi mujurlah kakaknya sudah mendirikan rumah tangga..tiada masalah tanggungan di situ...tetapi Anis?

Anis masih belajar...dari tadi aku memikirkan kehidupan Anis selepas ini..macam mana dengan hari raya nanti? ke mana hala tujunya nanti? ingin pulang ke rumah yang semestinya kosong, sunyi sepi tanpa kewujudan seorang ibu? bagaimana pula dengan majlis konvokesyen diplomanya nanti? bagaimana pula dengan keinginannya ingin menyambung degree nanti? nikahnya si Anis bagaimana pula? urusan peribadinya? bil2 rumah kereta letrik dan sebagainya? kos sara dirinya? ya ALLAH, terlalu muda dan terlalu awal untuk dia harungi semua ini ya ALLAH...

"remy, aku tak tao apa plan aku lepas ni..."

aku rasa sangat pilu mendengar ungkapan Anis...aku faham perasaan Anis...eh, tidak...aku hanya boleh ungkapkan bahawa aku mengerti perasaanya ketika ini...tapi hanya dia yang tahu gelodak jiwanya kerana hanya dia yang alami...memang mudah untuk kita ungkapkan kata SABAR tetapi sangat susah untuk dipraktikkan kerana orang yang sering ungkapkan perkataan sabar itu tidak berada di dalam situasi itu...ya ALLAH, betapa sayunya aku ketika itu...

ketika aku mengarang entry ini, aku membayangkan betapa singkatnya masa berlalu dan betapa ralatnya aku...hubungan keluarga aku dan keluarga Anis sangat rapat...walaupun kami hanyalah jiran bertentangan rumah, tapi kami dah seperti adik beradik...anis memanggil ibuku dengan panggilan MUMMY manakala aku menggelarkan ibu Anis sebagai Maksu Timah...kami memang rapat...sebab itu lah terasa sedikit tempias apabila perginya Maksu Timah buat selamanya...

"bila remy nak balik? dah tak berapa hari lagi la kan dia nak balik sini.."

menurut mak, Maksu Timah selalu bertanya bila aku mahu pulang ke kedah...ya ALLAH ralatnya aku...aku sampai sini dari johor pagi kemarin (15 may)..hendak dijadikan cerita, aku terus demam panas, selesema dan sakit kepala..jadi, seharian aku tidur berehat sementara menunggu kepulangan mak dari kerja..setelah mak pulang, aku terus turun ke ruang tamu untuk bertemu dengan mak..disebabkan aku berasa sangat tidak sihat, aku sambung baring di ruang tamu...dalam lingkungan pukul 6 petang, maksu timah datang ke rumahku...mak cakap, maksu sihat2 aja..cuma biasa la, bila dah tua, sakit sikit2 tu dah menjadi adat katanya...mana taknya, sempat makan buah mempelam dengan mak di dapur..yang jadi ralatnya, aku tertidur ketika itu dan tidak sempat berjumpa maksu timah yang menanti kepulanganku...tetapi, aku bersyukur aku sempat mengangkat dan mengusung keranda dan mengkebumikan di tanah perkuburan islam...alhamdulillah...

hari ini, adalah hari pertama Anis melapor diri untuk LI..(praktikal)...menurut Anis, dia mendapat berita bahawa ibunya pergi ketika Anis berada dalam sesi taklimat LI..bayangkan perasaannya ketika itu...dia menangis di tempat kejadian...betapa pilunya situasi ketika itu, hanya ALLAH yang tahu...

aku ingat lagi saat aku melelehkan air mata...aku melihat Anis duduk di kerusi hadapan rumah menyambut kedatangan tetamu yang ingin ziarah arwah Maksu Timah...Anis diam saja...tak banyak bercakap...matanya bengkak...Anis memang seorang yang tabah...tetapi, semakin ramai jiran terdekat yang datang, bersalaman dan memeluk anis sambil berkata "SABAR YE NAK, SABAR" semakin sebak Anis...terus menangis di hadapan pintu rumah dalam dakapan seorang jirang yang agak rapat...ya ALLAH, ketika itu aku berasa sangat sayu...dipeluknya erat tubuh Anis ketika itu...akhirnya gugur jua takungan air mata yang ditadah selama ini...


"mie, akak sebak...akak tak dapat bayangkan kalau mak pergi..."
"ish kak nih...jangan cakap bukan2..."

tiba2, jenazah diusung dari dapur setelah dimandikan...bermulalah saat mengkafankan jenazah...ketika ini, selapis demi selapis kain kafan menutupi badan jenazah...hanya muka yang kelihatan...air mata sudah berjujuran di setiap pipi jiran2 termasuk aku...sayu sangat...insan yang sangat baik, sering tolong jiran, dan sangat berbakti di kawasan taman kami sudah pergi meninggalkan kami...sebut saja nama Maksu Timah, pasti semua orang kenal...kini sudah kembali kerahmatullah...

"anis, pija, cepat cium mak buat kali terakhir..."

kata2 yang sangat menyayat hati...itulah kali terakhir ciuman seorang anak buat ibu yang pergi selamnya...ketika itu, aku dan kakak berada tidak jauh dari Anis...kami memerhatikan gelagat Anis...sangat cool...Anis cium pipi, dahi ibunya...tanpa mengalirkan air mata..tenang rasa...akan tetapi, selepas selesai mencium ibunya buat kali terakhir, Anis terus menangis sepuasnya...kak eda (kakak aku) yang ketika itu berada dekat dengan Anis terus memeluk Anis erat...sama2 menangis...situasi yang sangat sayu dan menyayat hati..,air mataku turut mengalir tanpa henti ketika itu...aku beralih melihat mak, turut menangis...makcik Nani, Makcik Saodah, Makcik Hasnah, Makcik Jah, dan ramai lagi termasuk ayahku mengalirkan air mata sayu...selamat tinggal Maksu...semoga Maksu ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh dan solehah..amiin...

"Anis...hang jangan bimbang...hang bukan seorang diri, Anis...hang ada kami semua...bak kata Nurul, hang still ada Pak Ya dengan Makcik Lela...Nurul dah cakap apa salahnya berkongsi emak dan ayah...kita kan dah macam sedara...dah lupe? hang pon still ada Mummy dgn Pak Kob...masih ramai yg ada di sekeliling hang...hang jangan jadikan benda ni sebagai pematah semangat hang...hang mesti tabah, Anis...hang mesti sambung belajaq sampai degree...hang dah berjaya habiskan diploma...kalau hang berjaya, mesti mak hang gembira di sana kelak...Anis, tabah ye...aku sentiasa di sisi hang...=)

p/s: sedekahkan al-Fatihah buat ibunya Nor Hanis Othman yang baru meninggal dunia pagi tadi..(16 may 2011)...AL-FAAAAATIHAH...

2 comments:

Anonymous said...

alfatihah untuk arwah...sedih jugak ble baca...
buat hanis,bykkan bersabar & selalu la sedekahkan bacaan al-quran utk arwah

cookie_lala said...

alfatihah....
sayunya baca....inilah dugaan plg besar buat anis kan? Dia tahu anis kuat,,anis bley lalu suma ni,,,InsyaAllah....kuatkan hati,,,semangat,,diri,,,Sesunnguhnya Dia maha Mengetahui,,perjalanan kita didunia ini..,MAha Mehasihani dan Penyayang...Dia sentiasa ada dgn anis....slalulah igt Dia...dun keep ur self alone ya...suma keliling anis ada utk anis...
remy,,touching gila bila baca especially bila part mengangkat keranda, n time kapan tu....ak dapat imagine perasaan suma time tu...sayu~ :'( semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....amin...