~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS
assalamualaikum...
untuk dapatkan rambut lurus menawan, jumpalah pakar rambut YUKO YAMASHITA...
untuk kurangkan rambut gugur macam salji, ketemuilah pakar rambut gugur
REMY YAMASHITA...
okay, ni la yang orang dok kata lawak amir...aku baca pon tak terasa nak gelak, sekian...
ingat lagi entry
INI? dah berminggu minggu baru nak update kan...dasar pemalas, dok rumah bukan buat apa pon, goyang kaki besarkan perut melangut depan fesbuk bukak tv haram tak tengok pon, tu pon tak larat nak update blog...dasar badak malas kan...
so, seperti yang dijanjikan, aku nak buat review satu produk rambut yang aku baru start guna..memang owsem, tak kiralah sapa2 pon boleh guna...gurls out there, yang rasa rambut tak lebat sangat tu, boleh la try beli dan guna ye...jangan risau, kecantikan adalah hak milik setiap insan...
nah, ni produk yang aku maksudkan...tadaaa....
::: SHISEIDO FUENTE MEDICATED VITA VOLTAGE BL 200ML :::
atau dalam bahasa kampungnya
::: HAIR TONIC :::
okay, bagi aku hair tonic ni memang owsem...dan memang aku dari tahun lepas aim benda alah ni nak beli tapi baru sekarang boleh beli sebab benda ni agak mahal you...hahah..tak termampu nak beli guna elaun JPA sebab JPA hanya untuk belajar saja acewah walhal dah macam2 benda merapu aku joli kan...ah abaikan..
bagi sesape yang punyai masalah sama macam aku yakni rambut gugur mahupun "BOTAK" dalam istilah kasar, boleh la guna hair tonic yang sexsy ni kat kepala korang...yaa, di kulit kepala bukan rambut ye...jangan salah faham...benda alah ni korang perlu tuang betul2 dekat kulit kepala yang korang rasa berlobang mahupun bertompok mahupun yang kurang kuantiti rambut di situ...lepastu urut2 sikit dah siap...agak pedih2 sikit bila guna, yela dah nama ubat kan...diingatkan, hair tonic ni bukan untuk dilumur di rambut macam minyak rambut tu, jangan membazir ye sebab mahal...just tuang dua tiga titik di kulit kepala sudah...ingat, mahal..!
ouh sebelum tu, ini description nya...
Medicated Vita Voltage BL
Panax Ginseng Root Extract – an effective new formula to solve problems of graying and thinning hair.
•Panax Ginseng Root extract – a new formula to prevent hair thinning
•Zanthoxylum piper fruit extract prevents outbreak of grey hair.
•Prevents hair loss.
•Dandruff control and prevents itchiness
•Nicotinic Acid Benzyl and Menthol provides a fresh and cooling feeling.
•Floral green fragrance and colour free
Size :200ml
hair tonic ni jugak bukan saja untuk kurangkan rambut gugur, tapi boleh jugak untuk mengurangkan rambut uban or grey hair..nice kan, two in one..kalau korang nak tahu, hair tonic shideido ni memang diiktiraf oleh seluruh rangkaian saloon di seluruh negara...ya, true story, aku tak tipu...dah merata saloon aku lawat dari johor sampai kedah (okay tipu) memang disyorkan jenama ini daripada jenama lain...apalah sangat mahal tu kalau nak dibandingkan dengan kesihatan rambut anda kan? ecewah..so, tunggu apa lagi, try la...
cara penggunaan:
macam aku cakap tadi, senang saja nak guna benda ni...untuk kesan yang lebih tragis, shampoo dulu kepala anda sebelum guna untuk mengelakkan minyak2 yang menyumbat liang rambut kita...lagi satu kepada kaum2 lelaki yang seringkali pakai wax or glue or gel or clay dan macam2 lagi kat rambut tu, pastikan rambut anda free dari benda alah tu dulu sebelum pakai hair tonic ni...
1) shampoo rambut dan kulit kepala dan towel dry rambut anda...
2) kenalpasti part yang ingin dirawat, gunakan sikat untuk belah rambut anda...
3) tuangkan hair tonic di kulit kepala yang sudah dibelah (ouh bahasa mcm salah ja nih) dan pastikan betul2 kena kulit kepala...
4) urutkan sedikit kepala anda untuk meratakan hair tonic tadi..ingat ini bukan minyak rambut..
5) goyang2kan kepala anda sampai berlahak brrrrp...(okay lawak amir sekali lagi, damn..!)
5) siap..! kalau nak pakai tudung pon boleh dah pakai lepas letak benda alah ni okay...
|
::: buat mcm dalam gambo tu ye ::: |
untuk pengetahuan korang jugak, hair tonic shiseido ni ada dua jenis..satu yang biasa punya tanpa ginseng dan satu lagi yang jenis aku beli ni ada ginseng...dan sudah tentu untuk kesan yang lebih ketara, disyorkan ambik yang ada ginseng ni dan bila dah kata lagi berkesan usah tentu harganya pon lagi mahal kan...apepon, bau die agak tidak menyenangkan...true story..!
|
::: macam exclusive ja botol dia kan...brand shiseido memag the best..! ::: |
sebagai info tambahan, kenapa rambut kita boleh gugur? meh aku nak jawab...ouh sebelum tu aku bukan pakar tapi ni berdasarkan apa yang aku belajar dan tanya doktor serta pakar2 rambut di salon professional ya...tapi aku macam taknak jawab sekarang ja, nanti lah aku up entry baru fasal punca2 keguguran...eh, bukan gugur bayi masuk dlm flush lepas heaven romen2 tu, bukan..ini gugur rambut..hehe
apepon, adalah satu perkara normal kalau bangun pagi tengok ada helaian2 rambut di atas bantal karpet mahupun tilam sebab telah dikaji dan dibuktikan bahawa setiap hari manusia akan mengalami keguguran rambut..tetapi adalah tidak normal jika setiap kali anda sikat rambut mahupun mengusap rambut, segumpal rambut terlekat di sikat mahupun jari..ya, itu adalah keguguran rambut yang serius...jangan pandang remeh benda2 macam ni, takkan korang nak botak dalam masa muda? baru umur 30 rambut dah botak tengah..aku taknak, dan sebab tu aku mencegah dari sekarang..dan memang di kawasan tengah kepala aku dah mula kurang rambut..damn..! k bye..!
p/s: harga asal produk ni RM182...meleleh air liur bhai...tapi aku dapat murah..!!! hahaha...