27 September 2011

bunga konvo yang tak real (origami)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

Assalamualaikum…

Seriously aku cakap aku dah tak sabar nak konvo, nak dapat bunga besau2, patung teddy bear or watsoever yang diliwat dicocok bontotnya yang dikelilingi sejambak bunga wangi2, dapat DUIT sebagai hadiah tamat belajar, dan bila dah habis belajar konvo bagai, baru lah boleh nak fikir soal rumah tangga ye dak? Haa, baru lah boleh kerja nak cari nafkah untuk anak bini nanti…ouh tak sabar eden..hehe…

Dah tu, bila dah cakap soal konvo monvo nih, haruslah bagi bunga dekat kawan2 yang rapat..aku pon tak faham kenapa kalau orang konvo je mesti bagi bunga..bunga betul tahan berapa hari ja, lepas tu dah layu..last2, buang macam tu saja ye dak? Kan membazir amalan syaiton..ecewah...

Kembali ke pangkal jalan..! (sila rujuk tajuk entry)

Okay, sapa2 budak JPA memang akan tahu betapa tragisnya kami tak berduit sepanjang tempoh belajaq nih…budak PTPTN kemain enjoy sakan beli itu ini, kami habuk pon tak dak..ceyt..disebabkan aku ni jenis sedar diri tak berduit, tapi nak jugak bagi sumthing special untuk kawan aku grad, bermacam macamlah idea kreatif yang timbul semata mata taknak hampakan kawan2..gituh ayat tacing…jadi, terciptalah ini…..tadaaa…!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ni lah bunga yang aku buat..sekali lagi nak mention, AKU BUAT SENDIRI…guna kertas lipat sana lipat sini gedebuk jadi bunga..nak kata lawa macam bunga real tu, memang tak lah kan..at least ada la juga iras bunga..haha…

Ate, kalau nak belajar buat bunga ni, nanti aku UP tutorial camna nak buat ye…jimat pon jimat…yang penting bukan harga mahal atau tidak, tapi keikhlasan tahu…kelebihan bunga ni, tak layu..hahaha..okay lah, itu saja…bye..! usha2 lah gambaq kat bawah ni ye…adios..!


okay, yang kad tulisan berdiri2 tuh aku curi idea member aku yang buat komersial kad untuk dijual...sorry ye aku amik idea hang sat...kalau nak usha kad yg lagi cun, klik SINI...


 p/s: kalau aku grad, aku nak kereta sebijik okay x? haha.. bye..!










19 September 2011

expose..! bilik tenang, hati pon tenang...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

Assalamualaikum…haaa kemain susah nak update belog sekarang ni..bukan sebab malas ke hape, tapi almaklumlah aku sem ni duduk dekat ulu2 sikit…tercorok dekat kolej paling hujung sekali…so, faham2 je la ye..nak berpeluang dapat wifi free tu tersangatlah susah tahu…sekali dapat konek connect wifi, pergh tersangatlah macam kera luku..betapa seronoknya tak hengat..tapi dengaq habaq awal bulan 10 ni wifi UTM akan diupgrade secanggih mungkin…oke oke, aku tunggu sejauh mana kelajuan wifi yang bakal aku dapat nanti..jangan indah khabar dari rupa sudahh…

Okay, rindu aku tak? Okay, muntah..!

Disebabkan tersangat lama aku tak berpeluang nak update belog, jadi aku rasa macam nak sekali harung ja semua cerita yang aku pendam selama ni..boleh dak? Tapi nanti jadi tak syioq la pulak kan..takpe2, aku bukak cerita one by one hokay? So, untuk entry kali ni aku nak expose kan keindahan bilik aku yang baru…hey hey hey, azam baru sem ni tahu…kemaskan bilik sekemas kemasnya..! sabaq sat, ada ja gambaq kat bawah ni haa..jangan gelabah sangat..teet…

Sebelum usha bilik aku, aku nak story sikit la macamana aku bersemangat nak mencantikkan bilik aku…pernah dengaq perkataan ini??

HOME SWEET HOME? Atau…

RUMAH ITU SYURGAKU?? Atau…

HATI YANG TENANG AKAN LAHIR DARI PERSEKITARAN (RUMAH/BILIK) YANG TENANG???

Haaa, ini aku dapat dari seorang kaunselor yang baik dekat UTM ni..ouh, aku memang bermasalah sem ni stress kemain, and then aku gi jumpe kaunselor cerita itu ini luahan bagai and aku pon bersedia menerima segala nasihat dan dorongan beliau…haa, kaunselor ni la yang suruh aku cantikkan bilik aku, letak segala pewangi aroma terapi…salah satu cara kurangkan stress katanya…

Dan memang YA..! aku dah tak berapa stress lagi…suke kan? So kawan2, kalau anda berasa stress, jangan malu2 dan segan2 untuk berjumpa dengan kaunselor anda..alah, kalau jumpa kawan2 pon boleh nak cerita masalah anda kan..tapi ingat,,,kena pandai pilih kawan yang kompon boleh dipercayai…eh, korang jangan,,, kawan makan kawan dah semakin ramai sekarang ni tahu..so hati hati ye…peace..!

So, jangan banyak complain fasal bilik aku ye…usha diam2 sudaa…aku tahu, korang lagi kreatif bab2 nak mencantikkan bilik ni…sekarang kan tak belajar sangat lagi kan, tu yang ada masa nak hias2 bagai nih…selamat mengusha bilik aku…!
.
.
.
.
.

::: ni planner aku lekat kat dinding...senang nampak :::

::: ni side sebelah kanan bilik :::

::: ni lak side sebelah kiri...aku suka ruang ni...ruang santai aku :::

::: pandangan dari depan pintu masuk :::

::: pandangan dari arah jendela.. semak sikit seluar gantung2 :::

::: hand made hokay..! lampu tidoq.. :::

::: teddy bear tu hadiah besday aku...anak papa namanya :::

::: gigih balut kotak kertas A4...merah menawan..! :::

::: ni semua barang2 yg orang bagi... :::

::: koleksi kasut..ada lagi bawah katil... :::

::: wayar sepah2 sume disatukan dalam kotak :::

so amacam? aku suka bilik aku sekarang...biarpun tak seindah mana, tapi aku puas hati..haha...k lah, chow..!

p/s: entah bila pulak aku dapat update belog lagi niii...hurmm...





08 September 2011

kepala ditutup hijab, takkan lengan dada nak terdedah pulak? mangsa fesyen..!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGArremyHIDUremyTULIS

assalamualaikum...

udah udah la tu packing barang yang bertimbun, jom kita luangkan masa baca belog pulak...macam biasa lah, sementara nak lipat baju bagi siap, mesti ada penghalang...ye lah, lipat baju depan tv yang ternganga cerita best2, belakang pulak ada laptop yang dok terbentang fesbuk yang asyik terbit tanda merah yang memanggil manggil aku untuk terjah notification dan membalas tanpa henti...sebelah aku pulak terbaring henset yang tak habis2 dok masuk mesej itu ini...yang aku geram tu, bukan mesej dari awek aku (eh jap, ade awek ke?) tapi mesej bertimbun dari siti Celcom yang tak jemu2 dok hantar mesej nak kapel dengan aku...cam harram kan..udah udah la tu Siti Celcom oii, mesej anda yang nonsense tu memang takkan dilayan...titik..! ate, bilanya nak siap packing barang ni?

hurm, ingatkan dah habis packing barang sumbat dalam MeMok, ghopenye ade lagi baju2 yang aku terlupa nak masukkan...kena la punggah balik susun elok2 bagi muat...takkan nak nganga MeMok pastu sumbat terus je kan, sistematik la sikit derr...dah tu, tak ke dua tiga kali kerja namanya tu..adoilaa...eh, tak kenal ke sape MeMok? kalau tak kenal maka tak chenta...kalau nak chenta jugak, cium LINK ni ye...member aku yang bagi nama Memok ni..cam omel2 kiut miut pulak name MeMok..hehe... 

lupakan hal MeMok ke, Gemok ke, Tomok ke, yang penting kita bahagia..eh, takde kaitan...ouh sebelum terlupa, ingat lagi kisah lucah sadis INI..? kisah di mana aku berkaki ayam selepas pulang dari mesejid..hairan kan, pergi mesejid berkaki manusia, balik mesejid berkaki ayam...nasib baik tak berkaki betina..kalau tak, naya...kalau masih tak ingat, gi bace cerita tu dulu, baru anda faham ye dak?

jadi, petang kemarin aku memasang hajat nak beli sendel baru...dah kena rembat kan, mesti la beli baru..takkan nak rembat kat kedai pulak...macam2 kedai aku pusing..niat di hati nak beli sendel NIKE yang merah2 tu, tapi duit raya tak banyak terpaksa lah aku batalkan niat aku nak bermegah dengan secalit tanda right kat kaki...keluarlah dari butik NIKE dan al-ikhsan tu...naik pulak tingkat atas...tiba2....jeng jeng jeng...
.
.
.
.
.
TIBA TIBA...AKU TERNAMPAK INI...!!!
.
.
.
.
.
ce usha fesyen patung2 ni...





apa yang korang boleh simpulkan? ye, ye tahu, ini patung model kedai baju...tapi cam pelik dan kelakar aku tengok...punya la letak tudung bagai, tapi tak payah la pakaikan baju kat patung tu seksi nampak habis ketiak dada dan macam2 lagi...ada banyak lagi sebenarnya tapi aku malas nak snap banyak2...macam merosakkan imej islam dah aku tengok...kalau nak bogelkan terus patung tu, tak payah la letak hijab kat patung tu kan...nanti kalau orang bukan islam tengok patung ni, boleh disalah faham ajaran islam pulak...

"oooo, orang islam kalau pkai tudung boleh tunjuk lengan, tetek, dada dan macam2 lagi ghopenye..."

haa, tak ke naya kalau disalah ertikan macam tu? hurmm...pendapat aku, kalau nak tutup tu, biarlah kesemuanya ditutup...jangan buat half half..iye, walaupun ini hanyalah sekadar patung yang tak bernyawa, tapi kan ini model untuk menggambarkan fesyen...tak bagus tu...so, selamat beramal..! peace no war...

p/s: aku gelak ja tengok patung2 ni...sabo je laa...




***************************************************

pssst..mintak tolong sat naa...

hai, aku pon nak promote jugak...hehehe...ecelly ni first time aku join contest2 LIKE2 nih...aku tak paksa korang like tao...tapi kalau rasa cam best je gambaq ni, tolong like ye..kaslau x best pon like jugak..hahaha boleh lak camtu...tak susah pon, just sumbang tenaga sikit ja untuk tekan button LIKE...ouchh..!
okey, ni stepnya ya...

1) klik link ni dan LIKE page ni dulu..

2) klik pulak link dan LIKE gambau tersebut ye...


senang je kan? tolong sat naaa... ;)

beg merah? sexsay...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

anyonyonyoh tak sukanya nak balik UTM berpisah dengan mak abah kat rumah ni...berpisah dengan makanan lazat2 enak2 sehingga menjilat jari sampai gemuk, berpisah dengan sifat malas asyik makan tidoq main fesbuk setiap masa...lagi? berpisah dengan keselesaan di rumah...ate, dah balik UTM nanti harus lah kena buat macam2...study itu ini sampai pecah kepala hotak, meeting buat esaimen bagai sampai ke tengah malam, almaklumlah, dah masuk final year ko tahu...haish, dah rasa macam senioritas pulak...kalau gamak dahaga ayaq, suruh ja adik2 junior tolong belikan...ups, aku tak suke buli2 nih..tak baik untuk kecerdasan otak anak2..senior yang baik pasti dapat melekat sorang dua adik junior yang cun..! fakta..!

oyeah, disebabkan aku tak bersemangat nak balik UTM, aku pon pergi lah mencari semangat aku yang merayap entah ke mana..merata corok aku cari tak jumpa jugak..dalam almari takdak, dalam laci pon takdak, dalam seluaq apatah lagi, sah2 tak jumpak...ate, aku pon carilah dekat shopping complex kot2 terjumpa semangat balik UTM...dan baru tadi aku jumpa SEMANGAT aku...nak tengok?
.
.
.
.
.
TADAAAAAAAAAAAAAAA....!!!
.
.
.
.
.
::: FOKOS dekat BEG...bukan dekat B R A :::

motif snap pic dekat kawasan BRA?? abaikan BRA bunga2 itu ye..yang penting, gua dapat beg baru beb..! kaler MEGHAH lagi tuu...brand apa pon tak kisah, asalkan kaler merah...mak gua hadiahkan untuk gua sebab beg gua dah koyak rabak, almaklumlah dah 4 tahun gua guna...(sejak bila aku dok gua gua bagai nih? )

ni la semangat yang aku dapat tadi...dahtu nak tunggu lagi, terus bersemangat la penuhkan barang2 dalam beg ni...jumaat malam dah nak balik UTM...wuwuwuwuwu...sedih nak tinggalkan rumah, tapi ada laling baru, si MERAH yang gemok...(beg tu yang gemok)

aku rasa setakat la ni, aku dah banyak barang kaler merah...yang aku ingat,

moto
bantal peluk
mouse
pensel picit
beg laptop
towel
sweater
t-shirt
kemeja
belt
spender
kasut
stokin
botol perfume
fail kegemaran
sikat pon merah jugak
botol air hinode
.
.
.
yang terbaru, BEG MERAH yang gemuk nih...


maaf la ye, kalau korang nak kata aku gila merah,,ya itu memang betul...hehe...thanx mom belikan beg merah yang gemok ni...love u..!

p/s: sejak arwah nenek aku pergi, ayah aku macam tak sihat je..risau betul nak tinggalkan mak abah kat rumah nih..haish...


***************************************************

pssst..mintak tolong sat naa...

hai, aku pon nak promote jugak...hehehe...ecelly ni first time aku join contest2 LIKE2 nih...aku tak paksa korang like tao...tapi kalau rasa cam best je gambaq ni, tolong like ye..kaslau x best pon like jugak..hahaha boleh lak camtu...tak susah pon, just sumbang tenaga sikit ja untuk tekan button LIKE...ouchh..!
okey, ni stepnya ya...

1) klik link ni dan LIKE page ni dulu..

2) klik pulak link dan LIKE gambau tersebut ye...


senang je kan? tolong sat naaa... ;)