05 July 2010

~LuAhAn HaTi KeCiL, tAk SiApA tAhU eRtI bIlA tIaDa~



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

p/s: luahan ini hanyalah rekaan semata-mata...tiada kena mengena dengan sesiapa...hanya idea dimuntahkan, hanya jari memetik tulisan, hanya mata
melirik keinsafan...


bertemu lagi kawan2...sangat indah hari ini...tuhan itu maha kaya...maha kuasa dan segala-galanya...diberinya matahari menyinari alam...diberinya bulan menyerikan malam...diberinya bintang menghiasi kegelapan...diberinya air membasahi bumi menghilangkan kehausan, diberinya akal mengawal pemikiran dan perbuatan, diberinya hati menyayangi insan...itulah antara pemberian yg tak dapat kita bayangkan betapa agungnya kuasa Allah taala...tapi kita alpa...leka dengan semua itu...ya Allah, ampunilah aku...

aku merupakan seorang insan lemah yg inginkan perhatian dan kasih sayang...ingin menyayangi dan disayangi...ingin disapa dan menyapa...ingin ditegur dan menegur...sudah lama kita mengenali, tapi aku tetap tidak terdaya memahamimu...walaupun aku mencuba, amat sukar untuk aku mentafsirkanmu...siapakah kamu yang sebenarnya? adakah kamu berpura-pura di hadapan ku? pelbagai persoalan yang timbul di benak fikiranku...hanya aku yang tahu..

1) adakah satu kesalahan bagiku menyayangi kamu?
2) adakah satu kesalahan merindui kamu?
3) adakah satu kesalahan mengambil tahu akan segala hal kamu?
4) adakah satu bebanan bagi kamu apabila aku menyayangi kamu?
5) adakah aku ini terlalu merimaskan kamu?
6) adakah kewujudan aku merunsingkan kamu?
7) adakah tindakan aku yg terlampau menyayangi kamu membuatkan kamu berubah sebegini rupa?
8) adakah kesetiaanku padamu membuatkan hubungan kita semakin renggang?
9) tidak cukupkah lagi kasih sayangku padamu sehinggakan tergamak kamu menduakan aku?
10) tidak nampak lagikah kamu akan kewujudan aku sehinggakan kamu berpaling kepada yang lain?
11) terlampau jijikkah aku sehinggakan kamu melayan aku seteruk ini?
12) kenapa terlalu banyak halangan yang menimpa kita, sehinggakan ada saja yang tidak kena?
13) kenapa terlalu banyak perkara yang tidak boleh aku lakukan bersamamu?
14) adakah kamu memainkan perasaanku?
15) sedarkah kamu akan dinginnya hubungan ini?

inilah segala persoalan yg timbul di dalam benak fikiranku...hatiku hancur, lebur, luluh, berkecai tatkala tindakan kamu membuang aku jauh dari hidupmu...siapakah aku di matamu? aku hanya insan kerdil yang tidak sedarkan diri..ye saye..!! aku memang bodoh selama ini kerna menyayangi kamu sepenuh jiwaku...tapi kamu perlu tahu, tidak sedikitpon rasa kesal di hatiku yang pernah menyayangimu...

walaupun kamu sudah semakin jauh dariku, namun aku mahu kamu sentiasa tahu, aku sayangkan kamu...aku juga mahu kamu tahu, kamu adalah idolaku, sumber inspirasiku, nyawaku, jantungku, nafasku...aku tak pernah herdik kamu...aku tak pernah duakan kamu...aku tak pernah mengata belakang kamu...walaupun kita pernah terkasar bahasa, bertelagah bicara, mengherdik hina, masam muka, tak bertegur sapa, aku jualah yang membetulkan keadaan, memohon maaf, mengirim kad walaupun bukan salah dariku...adakah itu tidak cukup membuktikan aku memerlukan kamu? adakah itu tidak cukup membuatmu tahu aku sayangkan kamu? dunia ini memang tidak adil...huh, tak perlu aku salahkan dunia...dunia tak bersalah dalam hal ini...aku yang bersalah...

mujurlah ada rakan yang membantuku...ada teman menenangkanku...aku teringat beberapa rangkap lagu gubahan rakanku..sangat terharu dan menepati akan diriku...

Dan ku tak mengerti apa yang terbuku di hatimu

Waktu aku mengejar tak langsung kau berpaling

Tinggal nafas sendiri aku sendiri bayang

Dan aku sendiri

Bila aku tertanya apa yang mmbuat kamu bisu

Ku memberi terbaik tak langsung ada erti

Tinggal rasa sendiri aku sendiri hilang

Dan aku sendiri

Ku tak mengerti apa yg mmbungkam hati

Kau katakanlah semoga

Semoga aku tahu apa aku padamu

Semoga aku tahu kita bagaimana

Bila aku tertanya apa yang mmbuat kamu bisu

Ku mmberi terbaik tak langsung ada erti

Tinggal rasa sendiri aku sendiri hilang

Dan aku sendiri

Ku tak mengerti apa yang membungkam hati

Kau katakanlah semoga

Semoga aku tahu apa aku padamu

Semoga aku tahu kita bagaimana

Semoga aku tahu kita bagaimana

Telah aku cipta cinta

Untuk kamu rasa erti bila tiada

Telah aku gubah lagu

Untuk kamu tahu erti bila tiada

Ku tak mengerti apa yang mmbungkam hati

Kau katakanlah semoga

Semoga aku tahu apa aku padamu

Semoga aku tahu kita bagaimana

Semoga aku tahu kita bagaimana

Semoga engkau tahu erti bila tiada


fuhh...amat touching lagu nih..liriknya amat menyentuh hati..credit to SEPET GABRA..kawan baik aku...amat benar kata2 lagu ini...semoga aku tahu apa aku padamu...semoga aku tahu kita bagaimana...semoga engkau tahu erti bila tiada...

aKu SaYaNg KaMu


3 comments:

aizu manja kamu said...

woi ntah pape ntah..tp ak syg ko gak..luv u my baby..

Mimin said...

ak pun syg hg gakk..hehe..tetibe lk kn..

remySunbae said...

aizu:

gedik...lalalala...

mimin:

aku syg hg gak...sayang sgt...hehe