20 October 2011

warna kegemaran mempengaruhi hidup anda

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

assalamualaikum...read this...gitew speaking omputih..bajet kulit putih macam mat gebu...

"omaigad, i want to buy a blue scarf but at last i took the GREEN one..i love GREEN!"

"shit..! ORANGE really suit on me.."

"i love BLACK...black is awesome..!"

"RED is my soul...i can't go to my office if i'm not wearing red...!"

haa, hamik kau...ni antara komen2 dekat salah satu blog yang memperkatakan soal color ataupun warna kalau tak faham omputih...semua orang ada warna kesukaan masing2...ada yang suka 1 kaler saja..ada yang suka sampai 3,4 kaler...warna warni pon ada...yang colourless ade tak? haha tak lawak..

tapi hati2 ye si gadis, fakta mengatakan 

"kalau seseorang itu mengenakan lebih daripada 3 kaler pada badannya pada sesuatu masa, itu adalah gila..!"

jadi, make sure kalau pakai baju tu, jangan sampai melebihi 3 kombinasi warna..betul atau pon tak, aku pon tak pasti...tapi dah nama pon fakta, terima je lah...so, pasni kalau nampak "gadis crayon" berjalan sebelah hampa, kata kat dia gila..haha...

okay, apa warna kegemaran anda? 

merah?
biru?
kuning?
putih?
kelabu taik anjing kurap?
hijau?
hitam?
coklat?
ungu?

ape2 jelah warna anda, semestinya ada maksud tersirat yang boleh melambangkan sifat peribadi anda... (macam serius pulak entry ni kan) jadi, meh kita lihat apakah maksud di sebalik warna anda...betul atau tidak, hanya anda yang tahu..gituh...

MERAH
merah seringkali dikaitkan dengan berani, emosional, tegas, tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang. merah juga dikaitkan dengan seorang yang berwibawa. walaupun seringkali bergaul dan bersosial dengan pihak lawan jenis, anda masih boleh menahan diri. banyak orang meluahkan cinta, tetapi anda selalu berfikir dan berfikir lagi sehinggakan anda termasuk dalam golongan yang sukar jatuh cinta.. dari segi positifnya, merah melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya tetapi dari aspek negatif pulak, pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan serta berkaita rapat dengan TENAGA SEKSUALNYA...hamagad..!

PINK
warna pink sering dikaitkan dengan perempuan dan dikatakan berunsurkan kelembutan dan feminin...warna ini juga mendorong kepada sifat kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan,  keayuan dan kesempurnaan..orang yang menggemari pink kebanyakannya inginkan perhatian dan kasih sayang serta inginkan belaian...tegar untuk dapatkan sesuatu sehinggakan tidak pedulikan orang sekeliling...(hurmm, memang patut pompuan suka kaler pink)

BIRU
omaigod, kepada sesiapa yang sukakan biru, anda tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal...(lampi ke?) anda juga sering dambakan ketenangan dan ketenteraman serta selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan...(sedihnya) dunia percintaan juga bukan milik anda kerana kamu sering menyembunyikan perasaan suci iteww...cewah...tetapi jika anda sudah ada pasangan, anda jenis yang setia pada pasangan anda dan tidak akan curang..(wow, nais lah penggemar kaler biru ni...) anda juga pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas...macam budak baik la kiranya si biru ni...fine..

HIJAU
hijau = PAS...eh?
kepada sesiapa yang sukakan hijau, semestinya anda merupakan makhluk yang menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman...pendek kata, TARZAN la kot..sebab suka dok dalam hutan..eh? anda juga merupakan seorang yang sangat ROMANTIK...!!!! wow..seorang yang selalu memegang pada prinsip. dalam dunia percintaan, anda terlampau mengidamkan teman hidup yang dapat dipercayai dan bertoleransi... orang yang sukakan hijau sering dikaitkan dengan subur, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian dan kadang2 seakan kolot..euuww...kesan positif bagi warna hijau ialah, jika anda sakit, adalah baik untuk memakai warna hijau kerana dipercayai boleh menolong tubuh mengubati diri...(serius ke ni? patutla baju pesakit kad wad kaler hijau..) lastly, warna hijau sering dikaitkan dengan CEMBURU hamikkau...

HITAM
seperti biasa, hitam melambangkan ketakutan dan dukacita..gelap, suram..! tetapi, ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri...orang yang sukakan warna hitam kebanyakannya mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat rendah..(patutlah kalau orang gemuk suka pakai baju hitam sebab tak yakin perut londeh lemak boyot omel2 macam aku) anda juga sangat lincah dalam hal2 tertentu saja tetapi jika anda berada dalam lingkungan orang yang tidak sidukai, anda akan cepat kelihatan murung...(nak kena kaji ni ) TETAPI orang yang sukakan hitam lazimnya ampil menarik dan rapi sehinggakan ramai yang mengejar dan merebut cinta mereka...(ouchhhh...betul ke ni???) positifnya bagi peminat warna hitam ialah, mereka amat prihatin, kuat berfikir, SETIA PADA PASANGAN, baik hati tetapi cepat tersinggung...(tacing lebeyh la ni T__T) 

COKELAT
(teringat cadbury pulak bila sebut cokelat) orang yang gemar warna cokelat ni biasanya sukakan persaingan, tidak suka beralah, kurang toleransi, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan perancangan masa depan...(pergh, apsal macam negatif ja budak cokelat ni) oh ya, anda juga kaya dengan sifat keibuan (giteww), sopan santun dan takut berbuat salah.. COKLAT JUGA MERUPAKAN TANDA BANYAK WANG..!!! (hamagad, kaya kaya kayanyaa...)

UNGU
orang yang sukakan ungu atau pepel ni adalah orang yang luarbiasa.. (supermak? batman? spiderman?) tak pernah ragu2 dalam menghadapi masa depan, pandai mengikuti perkembangan zaman, pemurah, tidak suka diperintah, keinginan tidak meluap luap, bijak tetapi emo..(hahaha, emo rupanya) anda juga merupakan seorang yang kurang teliti tetapi penuh dengan harpan yang positif...dalam bercinta, hanya orang yang kuat mental saja yang boleh menjadi kekasih anda..hahahaha...

KUNING
bagus orang yang suka kuning ni...ia menandakan anda memiliki sifat optimis, periang dan senang bergaul..(mesra alam pon boley) dan tidak memiliki penampilan yang muram..(kuning striking ceria kot, sah2 tak muram...) anda suka tolong orang kerana bagi orang yang sukakan kuning, menolong merupakan suatu kewajipan bagi anda..gituh...anda juga jenis yang tak pernah meremahkan sesiapa jua walaupun orang tu bodoh nak mampus...ouh, orang yang sukakan kuning ni, menyukai ilmu, suka membaca, tekun, cergas dan tabah menghadapi cabaran...

"kuning adalah warna tenaga mental dan berkait rapat dengan penarian intelektual dalam pelbagai bidang...ia adalah warna baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi sesetengah orang ia dianggap warna yang memaksa..ada juga mengatakan kuning dikaitkan dengan sifat PENGECUT...teeettt..."

PUTIH
(overnya si putih ni...) orang yang sukakan putih adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna (mak aiii) banyak orang mengagumi anda kerana sifat anggun dan moral anda yang tinggi...putih sering dikaitkan dengan pembersih dan suci, tak pernah angkuh, senang menolong orang, jujur, rendah hati, sopan santun dan banyak lagi perkara yang baik baik...(angel la konon) orang yang sukakan putih adlah orang yang bersih fikirannya dari prasangka serta hidup bertawakkal...

OREN
warna oren dikaitkan dengan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning..orang yang gemarkan warna oren akan berbaik dengan seseorang kerana bersebab (ouh, memilih member rupanya)...obses terhadap sesuatu yang diminati tetapi akan benci sesungguh hati pada sesuatu yang tidak digemari...peminat setia warna oren juga adalah seorang yang senang melupakan sesuatu setelah memperolehi benda baharu...(ish3, apsal macam banyak buruk2 ja nih)


fuhh...penat haih menaip...ni semua aku huraikan balik apa yang aku baca dan dengar...tak semestinya betul..jangan percaya bulat2 pulak ye...ini hanyalah sekadar kajian sajor...takde kaitan dengan orang yang hidup atau mati...


haa, hamik kau...kalau dah penuh dengan kaler merah kat dalam gambau ni, apa maksudnya? hamagad, kalau ikot tafsiran kat atas tu, tenaga seksual aku tinggi..???!!! wowowowo...ni yang gersang lebey ni..haha...tapi yang tu aku tak sure lagi tunggu ada bini nanti la ye..hahaha...tapi yang lain2 tu macam betul ja...ceyt..psycho betul...so, apa kata anda terhadap warna kegemaran anda? aku punye dah terjawab...adios..!

p/s: lepas ni nak cari awek yang suka kaler biru lah sebab setia...gituh kemain...





5 comments:

miss_jane said...

weh, mana hg dapat fakta ni? fakta k auta ni.. haha

aimie amalina said...

hahahahaha
bes pulak bce
awwwww
suke biru
suke putih
suke hitam
suke kuning
ha
hambek...hehehehe

IQ = Iez Qis said...

bukan lima kombinasi ke remy? klu tiga kaler tpi kaler lbey kurg, xpe ler~~

remySunbae said...

iena: ni fakta dari jabatan kaunseling...alah, kan banyak dah benda ni diperkatakan dan dibincangkan...jgn percaya sgt pon...hahaha...psycho je ni...

aimie: makaih hamikkau..banyaknye...meriah..haha

IQ: tu kalau kaler lebih kurang...tapi dah banyak sumber kate kalau lebih dari 3..kalau 3 xpe lagi...maybe sekadar pandangan kot..tapi mostly skrg ni lebih suka campur kaler kan...nice ape..crayon pon crayon lah..haha

miss_jane said...

remy? ini bukan iena la.. ini nab.. hahahaha