25 February 2012

birthday card 2

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS


assalamualaikum...disebabkan pagi ni macam eh-takde-benda-nak-buat-lah-plus-wifi-laju-ni-bukan-senang-nak-dapat-peluang-ini, muncullah lagi 1 entry fasal birthday card yang kedua...yang ni punya memang yang terbaru dan baru semalam aku bagi kat customer tu...dan seperti biasa, die suke..dan saya pon suke...ecewah...cekidout...








pada mulanya, my customer tu nak card yang ade bunga bungaan dan rama2...dua perkara yang ditekankan...dan katanya, nak yang simple2 je...tapi disebabkan tangan yang membuat ni sangat teruja membuat card, makanya designnye tak jadi jugak simple..tetap crowded, padat dengan bungaan...nasib baik die suke..huh lega ! dalam card ni, aku selitkan 7 kuntum bunga...royal flower dan malaysian flower dengan combination warna merah, pepel, pink dan mustard..ditambah dengan kerawang2 yang menjular dan rimbunan daun daunan yang bersepah untuk membentuk 1 taman...di penjuru kanan terselit 1 ucapan HAPPY BIRTHDAY yang di print menggunakan printer canon...hehe...ade buat efek bakar2 disitu...dan di sebelah atas card, dimasukkan efek rama2 yang berterbangan...untuk membangkitkan kesan ceria, background card dimasukkan element2 kebiruan gituh...suke !

untuk bahagian dalam card, ada disediakan ruangan menulis ucapan dan juga ada tulisan happy birthday yang timbul...dan juga satu bentuk hadiah yang diperbuat dari teknik quilling jugak...tapi maaf ye, gambar card bahagian dalam terlupa nak snap...adeyh !

size: half a4 (mens a4 paper dilipat membentuk 1 card)
colour: black
background colour: light blue
flowers: royal flower + malaysian flower
theme: birthday in garden
price: RM####
so amacam, suke? haha...adios!

p/s: ade lg 1 empahan besday card...tapi buat masa sekarang, tengah siapkan frame gambar..=)


birthday card 1

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

assalamualaikum...

bebal jugak nak boleh connect wifi UTM malam ni...nak kena maki hamun baru nak boleh...kalau macam ni tiap hari memang negatif pahala aku...adeyh...makanya, seperti yang dijanjikan, entry blog ni akan diselitkan dengan hasil jualan kad dan sebagainya menggunakan teknik quilling...gituh...

etcelli, design besday card ni dah lama aku buat, cuma baru ada masa nak masukkan dalam blog...usha2 lah ye...

a) pilihan customer 1



b) pilihan customer 2



size: 10cm x 10cm
background card: hitam
focus luar card: couple of teddy bear and small garden..
focus dalam card: lampu raya and hadiah..

etcelli, dah dua orang customer mintak design ni...nak bagi kat pasangan masing2...walaupun size kecik, tapi designnye agak crowded...pemilihan background card dan juga kaler bunga boleh dipilih sendiri oleh customer...cewah...harganya juga berpatutan...thanx to my beloved customer...! and yang paling takleh blah tu, one of my customer tak jadi bagi kat awek die sebab sayang nak bagi...katanya cute sangat card ni, so die nak simpan sendiri...adeyh...kelakar...=p kesimpulannya, diorang puas hati..itu yang paling menggembirakan..hehe...adios !

p/s: nantikan kemunculan birthday card 2

22 February 2012

bertukar !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

assalamualaikum...

aik, dah tukar kaler dah blog aku? tapi macam pink pulak kan? ke merah? aku nampak macam merah je...ahh lantaklah...

sebelum ni blog ni macam blog peribadi, tapi sejak dua menjak ni rasa macam nak beralih arah pulak...kepada blog bisnes...ecewah...it's all about arts and crafts...based on paper...giteww...buat masa sekarang, bisnes quilling melalui facebook agak memberangsangkan...ada jugak customer suruh masukkan dalam blog, tapi almaklum sajalah, masa tak mengizinkan..lagipon entah kenapa rasa macam dah malas nak berblogging...adeyh...

jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan, bolehlah melalui blog or facebook...hehe...disebabkan sekarang ni baru berjinak je, so takde lagilah nak kena isi form2 bagai kalau nak oder..just nego dalam facebook sudeyh..lagipon part time je kan...kena bahagi masa jugak dengan belajaq nih...final sem kan...sob3...

insyaALLAH, wedding guest book bakal dibuat...teruja nak buat untuk wedding member sendiri...itupon insyaALLAH kalau jadi tempahan ni... =) ouh ya, kalau nak usha my ART n Crafts, boleh klik sini ye...remyART..

okay, ni just beberapa hasil yang orang tempah dan sudah berjaya disiapkan...cekidout..!


oraitte, nak tengok yang lain2, boleh pergi kat link kat atas tu yep...tata... =)

p/s: sementara ada masa free, jangan dibazirkan ye dak...cewah...

19 January 2012

kraf tangan: quilling flowers dengan sifu !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

ouh damn, dah lama tak hadap blog ni...dan masa cuti ni lah nak aktif semula aktiviti berblog...tetibe rasa sikit kekok nak menaip...ala2 kucing yang malu pulak...ceyt...

assalamualaikum...ouh baidewei, i have a lot of stories yang nak diceritakan tapi tak tahu nak mula dari part mana..terlampau banyak bijik yang nak diluruhkan, tapi kita buat slow2 ya...cuti panjang lagi kan...so, masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat bercuti kepada semua mahasiswa dan mahasiswi setelah bertungkus lumus memerah otak menjawab final exam semester ni...and sudah pasti next semester is my last semester oyeah...! harap2 dapat jadi engineer...ouh nak dapat gaji besau dan kawin..! heh?

lets begin!

memandangkan sekarang ni musim cuti, jadi dah tentu ramai kengkawan yang sibuk mencari kerja kan? yep, daripada buang masa dok rumah, bangun pukoi 12 tengahari, skip brekfest terus lunch, mandi pagi terdelay sampai ke petang, melangut depan tv, tangan pegang henset, mata hadap fesbuk, mulut kunyah jajan, habiskan letrik rumah, bangun tido makan bangun tido makan, semua tu buang masa hokay ! lets do something new like THIS !


ecelli, aku sangat berminat buat benda2 kraftangan ni, so sememangnya masa cuti ni aku nak habiskan dengan belajar buat kraf tangan menggunakan basic kertas...dan sememangnya seronok dan mengasyikkan..tak caye cubalah...untuk pendekkan cerita, petang tadi aku dengan my bestie, SEPET GABRA buat janji temu dengan one of the sifu yang terer gile buat kraf tangan ni, kak NOOR AZLINA ABDUL SAMAD...kami bertapa di food court Giant Alor Star...see?? see?? orang lain tengah sibuk makan2, kami sibuk buat kraf tangan...akak ni memang terbaek sebab sudi ajar kami buat a lot of types bunga guna kertas...macam2 nama ada...

and dah tentu reaksi aku yang paling cam nak over excited terlebih...kalau drama indon tu, kira dah zoom in zoom out muka aku banyak kali lah sebab terkejut daripada sehelai kertas boleh bertukar wajah jadi sekuntum bunga... ! sebagai tanda penghargaan aku, aku nak promote sikit bisnes kak lin ni...hehe...kalau korang nak usha hasil beliau, boleh la usha belog beliau..klik SINI ye...pasti teruja sebab semua kad yang beliau buat memang lawa2...macam2 jenis kad ade..yang pop up, bile bukak tersembul keluar pon ade...try la usha...kot2 nak bagi kat awek ke, boyfren ke, nak bagi kat mak mertua ke...its up to you...yang pasti, semuanya hand made...tak mainlah beli2 ni, semua potong, lekat, gam guna kudrat sendiri tahu ! tabik lah...

oyeah, dalam belog beliau jugak ade macam contest blog giveaway...sape yang bertuah randomly akan dapat hadiah daripada beliau...and i really2 love that cute little quilled lovebirds yang beliau buat...agak2 boleh dapat tak? hehe... tersangat cute macam nak kunyah2...eh? haish, kalau dapat tu, mesti bangga kan? ingat senang ke nak buat..ape pon, pengalaman belajar dengan kak lin tadi sangat best...tak sabar nak try buat esok pagi..cewah...

so, sekali lagi, kalau ade yang berminat nak beli kad, bolehlah berhubung dengan kak lin ye? aku ni amateur lagi...kalau dah terer baru boleh bukak bisnes..ecewah ! buat masa ni nak buat suka2 je..hehe...okaylah jom kita usha gambar... !

::: this is my first quilling flower...nak tergelak pon ada jugak :::

::: just try and error...b4 belajar teknik yang betul :::

::: kak lin gigih ajar kitorang..thanx ye :::

::: sepet gabra yang kretip ! :::

::: yes, itu blog beliau...cekidout ! :::

::: abaikan muka aku yang sememeh...tengah panas memang menyampah ! :::

::: quilling papers, quilling tools, owsem kan? :::

::: ini antara patern yang kami belajar tadi..basic :::

::: ouh love it ! :::

::: seamnag terus buat lepas balik belajar tadi...hehe :::

so, amacam? at least aku ade kerja berfaedah nak dibuat masa cuti ni..anda??

p/s: erm, target aku cuti ni, aku nak buat frame yang penuh dengan bunga2 ni...nak gantung kat dinding rumah aku...amacam? rase2 boleh jadi tak? hehe...

17 December 2011

trust your bestfriend more than others...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

"remy, u have bestfriend? what u feel if your bestfriend trust someone else more than you? painful isn't it?"

assalamualaikum...=)

aku dikejutkan dengan mesej macam ni daripada salah seorang kawan lama aku...bunyi macam dia tengah frust dengan bestfriend dia maybe...ouh aku bukan nak menghebohkan masalah dia dengan kawan dia tapi aku macam tertarik dengan masalah dia dan aku macam nak kupas masalah dia dari sudut pandangan aku...tak mengumpat kan?

begini, bila disebut perkataan BESTFRIEND atau kawan rapat ni, tolong lah percaya antara satu sama lain..ouh even though ada yang mengatakan, jangan pernah percayakan sesiapa dalam dunia ni, yess aku pon pegang kata2 tu jugak...tapi at least, u should put some trust to your best friend more than others ryte? for example...

kalau kau rasa kau tu bestfren dia, kenape kau nak percaya cakap belakang kawan kau yang lain yang kata itu ini tentang bestfren kau tu?

kalau kau rasa kawan kau tu bestfren kau, kenapa kau boleh tuduh dia buat itu ini, sedangkan dia tu bestfren kau?

kalau kau rasa dia tu bestfren kau, tak perlu kot bila sesuatu terjadi yang melibatkan maruah kau, kau terfikir bestfren kau yang bocorkan rahsia kau...

kalau kau anggap dia bestfren kau, takkan kau tak reti bezakan ambil berat dengan jaga tepi kain kot?
kalau kau rasa macam budak tu bestfren kau, kau tak tergamak nak putuskan hubungan kawan sebab dengaq cakap orang yang entah dari mana sumbernya...

kalau kau rasa budak tu kawan baik kau, agak2 la kalau dia yang nak bercakap belakang kau, kutuk2 kau, bercerita soal maruah kau ke ape...

itupon kalau kau ada bestfren lah...

haaaa, aku memang pantang kalau jadi kes2 macam ni tahu? stress soal cinta lain..stress soal belajaq lain..stress soal kawan pon lain...masing2 ada tahap masing2...tapi apa je yang aku boleh jawab kat member aku yang mesej aku tu? nak jawab lebih2 kang, nanti tersalah jawab jadi benda lain pulak...aku just jawab ni je...

it's simple dude...assume macam ni lah...if some one ask you, "kamu sedih bila kehilangan kawan baik kamu? sedih bila kawan baik kamu tak percayakan kamu?" simply answer that question like this.."nope...sikit pon tak sedih...aku hanya kehilangan seorang kawan, tapi dia telah kehilangan seorang kawan yang menyanyanginya dan mengambil berat tentangnya..siapa yang harus lagi sedih?"

kesimpulannya, semua orang ada kawan baik...tapi, yang penting jangan mudah percaya kata2 orang lain yang boleh memburukkan persahabatan anda dan kawan baik anda...macam kes kawan aku ni, disebabkan percayakan sumber yang entah dari mana, terus berpecah belah...aku memang pantang kalau dengar cerita dari sebelah pihak...tak salah kalau bertanya, "betul ke aku dengar gini gini gini"...at least, jadilah orang yang adil, mendengar cerita dari kedua dua pihak before simply judge yang boleh kucar kacirkan keadaan...haish...tak susah kan? =)

sedangkan lidah lagi tergigit...biasalah tu, rencah dunia...apa yang aku boleh katakan kat kawan aku, "kau tengok langit tu tinggi ke rendah..satu hari nanti dia akan cari kau balik bila dia tahu keadaan yang sebenar, dan kau tak bersalah...orang benar tak perlu takot...walaupun kau tak salah, tapi kau berhak bersihkan nama kau yang dah tercalit arang...chill.."

p/s: aku tak tahu lah aku membantu atau tak, masalah kawan aku tu..dah la celcom buat hal tadi...aigoo...


13 December 2011

stress dan busy sebab kerja last minute !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

sungguh tak tipu, aku rasa alahai serabutnya hidup nih...ini lah panahan sebagai final year student gamaknya...dah nak ujung2 semester lagi lah bizi macam kimak...tidoq dah tak tentu hala dah, memang ikot sedap hati ja nak tidoq atas meja study ke atau pon katil...kalau tidoq kat atas katil tu memang besaq rahmat tahu ! sapa2 yang pernah alami kehidupan sebagai final year student engineering insyaALLAH faham maksud aku...cewah, bajet gila walhal budak2 archi lagi bizi...heh?!

minggu ni ! minggu ni memang serabut...jadual planner aku tersangat full...setiap masa ada benda nak kena buat...ni pon curi2 update belog sebab dah tepu kepala otak mengarang discussion thesis...mana taknya dengan submission business plan untuk subjek usahawan lagi...benda last minit punya kerja, gitu lah...sebab tu lah orang dulu-dulu sibuk dok cakap, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...aku pulak jenis terbalik, haaa bersenang senang dahulu, rilex je...last2 baru nak gelabah...nak terberak baru nak gali lubang gitu lah jadinya...

yang nak kena buat bagi siap minggu ni...

1) peer teaching notes expert team plant design
2) power point slide presentation peer teaching plant design in class
3) ASPEN HYSIS untuk project plant design nak kena buat jugak
4) 10 pages report effective communication...
5) business plan punya report yang sepatutnya buat dalam masa 3 bulan, tapi grup aku hebat nak buat dalam masa 3 hari ! terbaek ! pastu mula nak terberak...
6) slide presentation business plan yang nak present ESOK !
7) second draft PSM...discussion buat semula sebab salah..
8) RUN BALIK EXPERIMENT PSM ! baru tahu tadi... T___T

jadual aku minggu ni..

haa, jangan kau..dah susun dah apa yang nak dibuat..sebab tak nak bagi bercelaru...apepon, kerja2 yang di force ni selalunya menjadi...hahaha...

ahad:
siapkan esaimen communication yang bosan tu...
9pm-12tgah malam
peer teaching expert team...discussion sampai tengah malam...

isnin:

pagi- kelas
petang- discussion siapkan report business plan
malam- sambung buat PSM, bersilih ganti dengan report business plan

selasa:

due date assignment communication..
pagi- kelas
petang- discussion report business plan, buat report dan slide presentation sekali...esok present..
malam- meeting group plant design dekat K9...buat ASPEN untuk project methyl ester
tengah malam- buat preparation untuk present esok...kelam kabut sungguh..

rabu:

present business plan...harap2 berjalan lancar sebab cincai punya kerja !
petang- siapkan thesis untuk second draft..nak submit hari khamis bhai ! tak tidoq lagi lah...

khamis: 

kelas sampai petang...due date second draft pukoi 5 petang...harap2 sempat..damn !
malam- buat slide presentation untuk peer teaching Plant Design dalam kelas...damn, dah la tak faham pastu nak kena ajar orang depan kelas pulak..sedeyh !

jumaat:

sepatutnya takde kelas tapi terpaksa buat kelas jugak..motif !
presentation peer teaching plant design...jangan blur sudah sebab tak faham apa yang nak di present kan..huk3...
petang- jumpa supervisor PSM...KENA RUN BALIK EXPERIMENT...!

sabtu:

sepatutnya boleh enjoy, tapi kena stay kat lab untuk rerun experiment...sob3...

yeah, semua orang bizi...jadi pandai2 lah susun masa kita dengan betul...kalau x suka bizi, tak payah jadi student kan? apepon, benda2 camni lah yang akan buat kita tersenyum bila fikir balik nanti...dengan stress nya tak fasal2 pergi melantak tengah malam buta...pastu jadi macam orang gila meroyan cakap telefon pon dah tak betul..nak telefon team mates, ter telefon lecturer...heh? aku tak pernah jadi lagi..tapi aku pernah la nak mesej team mates tapi termesej supervisor...ko gile ! nasib baik tak tulis pelik2...haha..sebab biul sangat la tu...oyeah, dah nak pegi discussion oyeah ! selamat berjaya kawan2...=)

serabut kan meja study aku...hik3...

p/s: aku viva 2 januari nanti..tak sabaq nak habiskan... =)


07 December 2011

review: elite spiky web gravity defying spikes

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

assalamualaikum...

haish, aku ni kan kalau ada barang baru atau produk baru haruslah share dengan korang semua kan..bak kata orang SHARING is SAVING...tak kira lah barang tu bagus ke tidak mesti nak buat review sikit..tapi selalunya yang bagus2 belaka je nak di review, kalau tak bagus baik tak payah review, buat sakit hati je beli tapi tak pakai sebab tak elok...

tapi kali ni lebih kepada barang kelelakian...haish bukan minyak lintah atau tongkat ali tahu ! ouh sebelum tu, aku nak sarankan, kepada kaum adam di luar sana, tak salah kalau nak menjaga penampilan atau nak tampak kemas tambah2 lagi bab2 rambut nih...apa korang ingat rambut tu mahkota perempuan? perempuan dah pakai tudung jadinya mahkota dorang bukan lagi kat rambut ye...jadinya kita kita set lelaki ni lah yang mahkotanya kat rambut tu...

udah, nanti ada yang cakap lelaki sejati tak kisah penampilan kemas ke tak janji macho..jaddahnya, lelaki sekarang dah urban dah, dah maju dah, minyak wangi pon mengalahkan perempuan tahu ! pokoknya, kalau masih ada kawan2 anda yang lelaki yang tak pentingkan penampilan, tegur2 lah ye...first impression yang akan orang nilai kita adalah penampilan...rambutnya kemaskah? berfesyenkah dia? bajunya berkedut tak iron kah? seluarnya busuk kah? berkasut atau selipar kah? semua tu melambangkan siapa diri kita yang sebenar...ouh ya, aku tak kata aku sempurna, aku pon sememeh jugak pakai ikut sedap hati ja...tapi sama samalah kita jaga penampilan ye...

fuhh beletaq panjang pulak...okay kembali kepada barang yang aku nak review...ia adalah ini !

ELITE SPIKY WEB GRAVITY DEFYING SPIKES


sejenis wax rambut bagi jejaka jejaka yang ingin kelihatan seksi berambut spike ! serius best...dulu rambut aku panjang, jadinya wax yang aku guna mostly jenis loose atau jenis messy2 yang holding power dia tak kuat sangat...ouh itu nanti aku buat review lain kalau sesiapa berminat untuk rambut panjang...tapi selepas aku potong rambut ala2 mohawk gitu, haruslah produk rambut beralih arah...jadi, aku pilih produk ELITE ni...

sebelum ni aku pernah pakai GATSBY tapi ya ampun sangat tak best...maaf lah ye, aku tak terniat nak condamn GATSBY mampus aku kalau peminat2 gatsby mengamuk nanti...tapi bagi aku, gatsby punya wax moving rubber tu tak best sebab..

1) die takde easy rinse formula makanya setiap kali aku mandi aku kena shampoo rambut untuk pastikan rambut aku bersih dan cuci kena air...
2) die tak shining sangat, makanya bila pakai rambut nampak macam akar kayu sebab kering...
3) aku pernah pakai kaler pink, pepel and hijau...yang pink tu rubber dia kuat sangat sampaikan ada rambut2 aku gugur kalau aku nak wat spike...sebab terlampau melekat bila aku gonyoh2 atas rambut dengan tapak tangan, habis rambut aku putus2 melekat dekat tapak tangan...

jadi, aku pon beralih arah beli benda alah ni..pada mulanya aku dah aim sebab kaler2 dia comel2 dan the way packaging dia pon ala tomey2 macam boboi !serius cantik dan wangian dia pon best...jom kita review..

pro:

1) kaler dia lawa, ada pink, hijau, biru, oren, hitam..tapi untuk spike gravity defying spikes, aku pilih pink...
2)bau dia sangat wangi rasa macam nak calit dan jilat sampai kenyang...
3) holding effect dia sangat bagus..tak mengecewakan...
4) sangat senang nak guna, amik sikit gonyoh2 usap2 dan tadaaa siap spike anda...
5) tak rosak struktur rambut bila pakai helmet..lepas bukak helmet touch up sikit dengan jari terus jadi macam asal...terbaik !
6) yang paling best senang nak cuci rambut...tak melekit...
7) rambut tak nampak kering, nampak lembap je dan sesuai untuk sapa2 yang mewarnakan rambut..selalunya kalau orang mewarnakan rambut, rambut akan nampak kering..kalau salah pakai wax akan nampak lebih kering..tapi ELITE ternyata mengubah hidupku cewah...
8) MURAH ! nak tahu harga pergi usha sendiri kat kedai2...

cons:

1) .........................................
2) ............................................
3) ................................................

pergh aku sangat berpuas hati dengan produk ni...kalau ada yang berminat, bolehlah pergi beli sekarang...jangan order kat aku pulak, aku bukan duta produk ni =p


ouh, dia ada banyak jenis jugak tao...


BLACK - RUGGED MATTE


GREEN - SHINY WET


ORANGE - AIR WILD


BLUE - WAVY LOOSE


PINK - SPIKY WEB (this is mine)


jadi, apa pilihan anda? =)

p/s: kalau tak silap 15 hengget kot harga dia...murah la tu...


05 December 2011

pandai2 lah jaga hati customer kalau taknak customer lari

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

hye everyone ! ups terlupa pulak, ASSALAMUALAIKUM w.b.t...tak jawab dosa, kalau jawab sayang..heh, tercopy paste trademark Maria Elena pulak...ouh baidewei, she's awesome !

masih belum terlambat kot untuk aku ucapkan salam maal hijrah buat pembaca2 yang beragama islam...jap, bajet macam ade orang cina india baca belog aku kan...apepon, harini sunat puasa kan, sempena hari asyura...tapi aku terlupa makanya tertelan lah nasik plus air bergelen gelen...pergi kelas, nak ajak member lunch same2, tapi hampa dan kecewa sebab semua puasa...jadi apakah? balik bilik terus tidoq +_+'

okay, lets straight to the point...

pernahkan anda terfikir bahawasanya anda adalah seorang pengguna yang betul2 mempraktikkan tanggungjawab anda sebagai pengguna yang baik? 

untuk lebih memahami lagi, 

atau adakah anda seorang pengguna yang mementingkan hak anda sebagai pengguna? 

untuk lebih fokus lagi,

adakah anda seorang pengguna mahupun pelanggan yang mahukan layanan mesra dari tokey2 kedai?

lebih mendalam lagi,

adakah anda akan maki pekerja di sebuah kedai sekiranya dia melayan anda macam anda takdak duit nak beli barang?

lebih kejam lagi,

adakah anda nak fuck tumbuk muka pekerja sebuah kedai yang kurang ajar ketika anda membelek belek barang di kedainya?

ouh aku harap anda dapat tangkap apa yang aku maksudkan... 
adab ketika berurusan jual beli haruslah dipraktikkan... tak kira lah pelanggan tersebut mahu membeli barang di kedai anda atau pun tidak, anda sebagai pekerja sewajarnya melayan kerenah mereka... heh, apasal skema gaban aku ni...

ceritanya begini,

kemarin ke semalam ntah, aku pergi meronda ronda ke GIANT, salah sebuah supermarket yang ala ala PAVILLION dekat area skudai ni...memang port budak2 jejaka gadis UTM menghabiskan duit JPA menonton wayang lah kiranya...heh?

disebabkan hujan yang alahai lebatnya macam nak suruh kami tidoq dalam giant tu, aku dengan member aku pon pusing2 lah sementara nak tunggu hujan reda...disebabkan bosan, kami pon masuk lah dalam salah sebuah kedai yang menjual koleksi2 barang keperempuanan...ada bra, ada inner, tudung, shawl dan macam2 lagi lah kiranya...

aku pon belek2 lah tudung yang tergantung terlipat rapi dekat kedai tu...member aku memang nak beli inner kat kedai tu, plus nak cari tudung jugak lah...tibe2 pekerja tu bersuara...

pekerja yang gila: kak nak cari tudung kaler apa? (ouh indon ghopenye)

member aku: eh tak lah, nak tengok2 je dulu...

pekerja yang gila: dah tak tak beli, jangan lah selerakkan tudung itu...tengok je sudah, jang dipegang2...

damn, aku dengar je minah babi tu cakap macam tu terus aku naik bara...aku senyap je lagi, tetiba ade sorang makcik yang kebetulan belek2 tudung bersuara...

makcik baik: ape cik? cik cakap kat saye ke? (dia terperasan sendiri la sebab dia pon belek tudung)

pekerja yang gila: eh tak lah kak, saya cakap sama itu budak...tak mahu dibeli tapi punggah suka hati...

pergh, aku dengar jelas dia cakap macam tu..member aku cakap nak tengok2 dulu, bukan dia taknak beli...habis tu yang inner 2 helai kat tangan dia tu nak buat lap hingus ka? nak beli la...aku memang tak boleh blah kalau pekerja tak respect pelanggan...aku pon bidas...

aku yang bagus: hey pompuan, ko kata apa tadi?! kasar betoi ayat ko...

makcik baik: agak kasar la makcik dengar dia cakap tadi...pekerja apa macamni...

aku yang bagus: ape ko ingat kami belek2 saja tudung kau? ingat kami takdak duit nak beli? ni yang inner kawan aku pegang ni jaddah apanya, dia nak beli la...awat tak reti nak respect customer ka apa? kalau macam ni cara hang berniaga, memang tak laku lah...

dia tergamam...aku sambung lagi leteran aku...

aku yang bagus: dah lah weyh, jom pi beli kat tempat lain...tak hingin nak bagi duit kat kedai ni...baik makcik pi beli kat kedai lain makcik...biadab punya kedai...

pergh, aku pon tak sedar yang aku berani sampai camtu sekali..amkcik tu pon terkedek kedek keluaq dengan anak2 dia...aku tarik tangan kawan aku keluaq..inner yang dia pegang tadi aku campakkan je kat bakul...

wallaweyh, memang biadab kot minah tu...tak belajar ke adab2 berniaga..setiap pelanggan yang memasuki kedai tu adalah rahmat tahu? ada keberkatan di situ, tak semestinya dia beli baru bawa rahmat...kan tak fasal2 kedai tu rugi, kalau dia layan elok mesti dah untung...

aku bukan apa, kadang2 hak sebagai pengguna tu perlu dititik beratkan...soal makan minum pon satu kes lagi...kalau dah pergi order makanan, kalau dah tak sedap tu jangan terus telan jugak..hellow, kita dah bayaq jadi kita ada hak untuk complain...beranikan diri, pergi ke kaunter tu dan suruh orang tu rasa apa yang dia masak...baru dia boleh improvekan kualiti masakan...

tapi cara teguran tu mesti lah kena betul..nanti takut diletaknya air ludah je ape ke dalam makanan baru tahu...pendek kata, sama2 kena pandai menegur dan menerima teguran...kalau tak, sampai bila2 pon kita tak maju betol tak?

kesimpulannya, gunakanlah hak yang kita ada...peace no war..

p/s: macam nak tampo pon ada jugak muka minah tu...kuang ajo sangat..tapi nasib baik dia pompuan ja...kalau jantan memang kena sekeh dah... cewah bajet gilo !


24 November 2011

ragam ucapan besday

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

uhuk uhuk tersedak sudah..

almaklumlah usia semakin meningkat, 
nafas pon dah semakin tersekat...
nak cakap pon lidah tergeliat...
tunggu kesudahan di akhiraaaaaaaaat...



giteww kau pantun ke syair nih? hantam sajalah...dah lepas 3,4 hari besday baru nak update blog...nampak sangat bukan blogger tegar...nak buat macam mana, masa tak berapa nak ada...tak pasai2 masa dipersalahkan...-_-'

ouh, aku bukan nak cakap fasal besday aku yang membuatkan aku kelihatan semakin tua, bukan...aku nak kupas sedikit demi sedikit tentang ucapan besday yang rata-rata kita guna...jangan ingat nak kupas bawang pulak...bukan apa, kadang2 macam2 ragam cara orang wish kat kita...ada yang cam rajin, yang malas, yang semangat, yang tak tau nak habaq kategori apa pon ada jugak...heh? kadang2 aku gelak sorang2 bila baca post2 ucapan besday kat fesbuk...memang terbaek lah !

1) ucapan harijadi yang cam malas nak ucap...

uih, ade u ols...ni contohnya...

HB !

haa, tu kira rajin jugaklah capslock letak tanda seru bagai...yang lagi malas, gini jadinya..

hb

nah hamikkau, simple kan? tapi apepon, tetap wish dan ingat hari penting itupun sudah memadai...=)

2) ucapan harijadi beserta sekalug doa...boom bakor !

sejuk perut mak mengandung baca post yang cenggini...habis setan iblis terbakar...contohnya..

remy, hepy besday...aku doakan kau blablablablablabla.......................belanja aku...

heh, doa panjang2 mai part last ada suruh belanja pulak....pengeras eh?

3) ucapan harijadi sambil memuji

yang ni bila baca post tu akan terfikir sejenak..."ayat ni perli ke puji"...gini contohnya..

hepy besday remy yang kacak lagi hensem lagi macho macam remy ishak, lagi comel dari ayu OIAM, gagah perkasa, bertenaga ali cafe blablablabla.....dan lagi putih gebu dari salji...

heh putih tu yang tak tahan !

4) ucapan harijadi sambil nganjeng...

hepy besday MACHA !
besda budak hitam !

okay, terdiam...hahaha

5) ucapan harijadi penuh harapan

harapan setinggi langit nak suruh aku itu ini...insyaallah...

hepy besday remy, aku harap peningkatan umur hang akan membuatkan hang lagi matang, berubah kejalan yang lurus tanpa sebarang dosa..dan aku berharap blablablablab.....

nah hamik...baik nyanyi lagu HARAPAN si fazli zainal je..hehe...

6) ucapan harijadi berserta kata2 semangat

yang ni belungguk...aku suka ! antaranya...

remy hepy besday...semoga apa yang hang nak tercapai...
semoga hang betul2 kurus seperti yang diidamkan...
semoga hang kalahkan JACOB TWILIGHT tu...
semoga lemak goyang hang tu hilang sekelip mata...
blablablaba...

haaa, terharu kan? kah3...

7) ucapan harijadi yang panjang lebaq...

yang ni pon ada...selalunya yang panjang2 ni la yang tacing nih...macam2 nak ditulis...selalunya dalam henset lah dan selalunya orang yang rapat akan mesej ucapan besday yang panjang lebar...ada yang boleh menitiskan air mata pon ada jugak bila baca...gitewww, kerlas kau jah nak tacing bagai...haha...terbaek !

8) ucapan harijadi yang satndard

selalunya mesti ada ayat yang camni...

hepy besday remy, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... NAK KEK !

haaaa, betoi dak betoi dak? yang capslock tu tak tahan tu...

9) ucapan besday yang cam teeeeeeeeeeet -_-''

yang ni ada jugak dapat kat henpon...jenis melawak tak hengat nih...tapi kelakar jugak...

hidup lagi kau...ingatkan dah mati...hepy besday...
patutla harini hari sial aku...rupa2nya hari kau dilahirkan...syialla puih !

damn kan...tapi dah faham jenis melawak kawaq punya orang layan jelah...lain dari yang lain...terbaek !

10) last sekali, ucapan harijadi dari mak abah!

haaa ni yang paling best...ucapan harijadi dari mak dan abah yang gigih talipon dari kampung...dan semestinya disulami dengan nasihat, muhasabah supaya jadi lebih baik...eh tacing lah ! =)

tediaaaa, atcelli banyak lagi jenis2 ucapan yang boleh dikategorikan...tu tak termasuk dengan ucapan yang takdak kaitan pon ada jugak...tapi memang dapat tangkap la nak cakap hepy besday...apapon memang terharulah kalau orang ingat besday...sekarang ni lagi senang, ada fesbuk memang tak payah hafal besday member...memang ada kat tepi notification tu...

cuba hampa try keletong tarikh besday kat fesbuk, tobat ramai yang terpesong...hahaha...

oyeah, baru teringat...ANAK PAPA dah baligh ! dah setahun dah sekarang...comey kan?


amboih kau kemain...nak landing mengalahkan tuan !


tapi kasihan kan? dah luka kat celah kangkang...heh, cam lucah pulak bila tengok gambaq ni...damn ! jangan salah faham k...hehe...actually ni teddy bear hadiah besday aku tahun lepas...kiranya memang dah genap setahun usia dia...dah baligh dah kot budak nih...heh? rasanya kalau tunggu lama2, boleh putus jugak kaki ANAK PAPA ni...kesian...

p/s: orang suruh kawin taknak...kalau ada bini boleh tolong jahit menjahit..hehe..