29 November 2010

~TEATERnatrahTERBAIK,,ToUcHiNg AbEs ~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

assalamualaikum w.b.t wahai rakan blogger sekalian...seperti yg dijanjikan dan seperti yg dirancang, aku dengan beberapa orang rakan seperjuanganku telah pon berjaya menonton persembahan teater hebat pada hari ini...(awat yg ayat aku tibe2 cam nak skema je nih? mungkin sebab terbawa-bawa dari tengok teater tadi kot..arghh, layaannn...zassss) teater yg aku maksudkan 2 ialah.....jeng3....

" T E A T E R N A T R A H "

alaaa, plis jangan cakap entry ni bosan...sesetengah orang, bile dengar je teater, mesti dorang fikir cam bosan je kn...jangan la cam 2...korang kena bukak minda sikit okay...tengok teater lagi best daripada tengok buku..hahaha...2 untuk orang malas baca buku cam aku ni je..haha...okay, kalau korang follow entry aku yg sebelom ni, aku ada mention sikit2 kan fasal NATRAH ni...so, tadi dah terungkailah segala persoalan aku tentang beberapa soalan yg dok main aci ligan kat pala otak aku nih..

1) sape la si NATRAH ni?
2) NATRAH ni anak sapa, orang mana, dia buat apa?
3) kenapa dgn si NATRAH ni sampai boleh orang wat teater khas untuk beliau?
4) dia ni ala2 MAHSURI ka yg nak femes sangat nih...cewah, ayat x leh blah kn..haha..
5) NATRAH ni srikandi ke?

ermm, banyak lg sebenarnya soalan2 matematik, sejarah, geografi, kimia, biologi, fizik dalam benak aku nih...x payah la tulis semua kan..nanti korang ingat nak kena jawab exam lak...ada banyak soalan..huhu...so, macam aku gtao dalam entry lepas la kan, yg pegang watak NATRAH dalam teater ni x lain x bukan seorang wanita anggun cantik jelita ala2 bidadari giteww...

MAYA KARIN
(natrah)

la orangnya...sape lagi yang layak kan..memang tip top la lakonan beliau tadi...okay, antara pelakon2 hebat yg turut menyibuk nak femes dalam teater ni ialah

REMY ISHAK
(mansor adabi)

UMIE AIDA
(che aminah, ibu natrah)

DATIN SOFEA JANE

(natrah poada usia 70-an)

AARON AZIZ
(x ingat nama ape..hehe)

FIZZ FAIRUZ
(x ingat jugak..wink3)

SUSAN LANCASTER
(ibu kandung natrah)

ZIELA JALIL
( ibu mansor adabi)

LIYANA JASMAY

NABILA HUDA


dan ramai lagi yg pegang watak kecik2...nak mention jugak ke? x payah la, korang x kenal pon..ramai sangat...cukup sekadar watak utama je yg difemeskan kt blog nih..hehe...ermm, mesti korang tertanya2 kan, sape la pengarah hebat teater ni? nak tahu? nak tahu? agak2 sape ye? jeng3..mesti la x lain x bukan, seorang wanita hebat di persada seni tanah air iaitu...

.:: E I R M A F A T I M A ::.

memang aku tabik spring la weih kat beliau...boleh hasilkan teater gempak gila "bab 1" buku sejarah ni...(gila babi la 2 maksudnya)...lg 1 yg aku betul2 teruja sampai nak nangis terharu punya pasai, dorang punye PROPS...pergh,,, memang gempak abes la wa cakap sama lu beb..tapi sayang, xleh amik gambo time persembahan dijalankan..kalau x, da lama aku amik gambo sebagai bukti kat sini...alah, korang tahu kan, stage istana budaya kan boleh naik turun..so, no wonder la props dorang boleh gah hebat...dengan ada replika kapal, pintu gerbang yg sangat besar, rumah kampung, bangunan 2 tingkat, rumah teres la, kereta terbakar la, dengan api menyala atas stage, si maya karin tibe2 tukar baju tanpa org perasan la, props yg bergerak masuk keluar turun naik...pergh...memang hebat la tadi..kalah teater TUN MAHATHIR...alaa, layak la kan..penaja untuk kali ni sangat hebat kot...tapi aku dah x ingat sape yg taja teater ni..tapi memang tajaan yg besar la beb...wuuuuuu....

okay, meh aku salin sikit sinopsis citer natrah ni ye..untuk hilangkan kekonpiusan anda...jangan malu2, aku tao, ramai lagi yg kat luar sana still blur tahap berdaki tentang si NATRAH yg cun nih..hehe..

SINOPSIS TEATER NATRAH

" Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louse kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama NATRAH dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.


Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. selepas itu, beliau pulang ke bandung, Jawa dan mencari anaknya NATRAH. NATRAH ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di Padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa NATRAH ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.


Berlaku perebutan hak penjagaan anak antara Che Aminah dan ibu bapa NATRAH di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan NATRAH dikeluarkan daripada York Hill. kerana takut peristiwa berulang, NATRAH dinikahkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seroanggoon Road, Singapura. Ketika itu NATRAH berusia 13 tahun dan Mansur Adabi berusia 22 tahun. Dalam undang-undang syariah islam, perempuan yang telah baligh dibenarkan berkahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.


Jadi, konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Ikutilah kesudahannya..!"

okay, karangan bosan kat atas ni aku salin balik dari pamplet yang aku dapat tadi...jangan risau, aku akan ceriya lebih detail nanti...maybe untuk next entry...nak wat sekarang macam dah x larat je kan..huhu...kita wat sambungan kedua lak ye nanti...maybe post yg akan datang ni, aku bercerita tentang persepsi aku n ikot ayat aku sendiri..tapi jalan cerita still ikot sepertimana dalam teater ni la..huhu...

so, samapi sini dulu untuk kali ni...nantikan kemunculan next entry ye...tentang kehidupan NATRAH...kat bawah ni, ada aku selitkan gamabr2 kitorang..maaf la ye, guna camera enpon murah je..2 yg x mau nak clear sangat...lagipon, da malas nak edit2 dah malam ni...t kite masukkan gambar yg edit ye..so, usha2 la dulu gambo buruk nih..hehe...


.:: NATRAH~cinta, perjuangan dan air mata ::.

.:: see?? aaron aziz kn? aku x tipu k ::.

.:: fizz fairuz berbau rokok..aiyoyo ::.

.:: macam real kan poster 2 ::.

.:: ni la tenaga kreatif NATRAH ::.

.:: watak2 orang Belanda ::.

.:: sempat lagi kan..xleh blah ::.

.:: remySUNBAE bersama REMYishak ::.

.:: aku suka poster ni ::.

.:: romantik gile dorang ni ::.

p/s 1: kan aku da cakap...MAYA KARIN sangat lawa...
p/s 2: tapi aku sayang lisa surihani lagi...haha..

p/s 3: aku sempat bergambar dengan fizz fairuz n aaron aziz je..(T_______T)

3 comments:

~~NuR nAzLiNa sAiMoN~~ said...

nape x ajak aku T_T

iela_fadila alias said...

menarik2..

Remy said...

haah..sangat menark...t aku huraikan citer die ek..huhu