08 June 2011

penipuan, harus ke tak?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

hai assalamualaikum...again, thanx for viewing my blog...its just a simple blog actually, takde benda sepah2 pon, takde iklan2 bagai kat side bar or mane2...takde nuffnang pon, so takde duit lah kan...hehehe...nanti2 lah aku creat account nuffnang bagai tu, buleh dapat banyak duit katanya macam cik epal kita tuh...kaya raya hanya dengan berbelog..cayalah...i think, blogging is a subjective kan...its depend on blogger la, nak create macam mana pon...nak post entry suka hati mak mentua korang pon boleh...nak buat macam diary pon buleh...

but still, i have no idea about my blog nih...nak dikategorikan sebagai diary pon buleh, ruangan mengata pon buleh la sikit2...gossip pon not bad la kn...tapi kalau bab nak bagi ilmu or pengetahuan tambahan tu, its not me la kot...sebab dah banyak dah blog2 yg memaparkan isu2 semasa, ilmu pengetahuan am dan sebagainya...so, kalau sapa2 nak kata blog aku ni tak berfaedah or tak menarik, its up to u la kan...masing2 punya style...for me, aku lebih kepada santai2 je...tanak beban2...gituh...okay, dah puas berleter malam2 buta gini, kita da buleh masuk bab isi dah kot...mukaddimah panjang2 pon tak berapa best sangat kan..nanti bosan..hahaha...

peeps, have u ever heard about this??

"telling the truth and making someone cry is much2 better than telling a lie and making someone smile" 

kalau tak paham omputeh, meh nak translate...

"memberitahu perkara benar dan membuatkan seseorang itu menitiskan air mata adalah berjuta2 kali ganda lebih baik darpada penipuan yang hanya membuatkan seseorang itu tersenyum"

are u agree with this statement? if u agree, plis varify ur answer...and if not, plis do the same...okay? honestly for me, i'm not agree with dis statement laa...but its not like aku tak setuju 100%, nope..sebab kadang2 ada betulnya jugak kata2 nih...its depends on situation la kan...

actually, kata2 ni aku ambik dari status member aku...macam menarik ja bila baca..so, terasa macam nak bincangkan benda alah ni...nais kan ayat die...tapi bila aku baca2 balik ayat ni, macam tak berapa best pulak...meh aku bagi pendapat aku...haa, before that, pendapat aku ni semestinya takde kaitan dengan sapa2 pon...so, jangan nak emo bagai kalau tak setuju..okayp?

camni lah nak bagi senang cerita, memang la tak pernah ada dalam hukum bahawa tipu itu bagus...dah tentu tipu itu berdosa...dan memang takdak jugak la istilah tipu sunat...tapi masih ramai yang bila terkantoi menipu, senang2 kata itu tipu sunat...ridiculous kan...untuk mengelakkan daripada berlaku kucar-kacir, terus cakap tipu untuk kebaikan...remember, once u ols da menipu, ianya akan terus berlarutan...macam anologi ni laa...

kalau dah sekali korang bunuh orang, untuk mengcover perbuatan bunuh korang tu, korang mesti akan bunuh dan terus membunuh...untuk merahsiakan perbuatan itu, pembunuhan akan terus berlaku atas alasan untuk mematikan segala bukti yang ada, yang boleh sabitkan korang adalah pembunuh...(ouh, aku pon pening bila baca ayat aku nih...hahaha) harap korang faham la aayat ni eh...hehehe...

so, back to our topic here, memang la kadang2 kita terpaksa menipu...yes, aku pon pernah menipu..eleh, dusta sangat kalau sape2 cakap tak pernah menipu...ape ko ingat ko sempurna sampai tak pernah menipu? hakh tuih...dah nama manusia, haruslah pernah melakukan dosa besar mahupun kecil ye dak? so, kadang2, tanpa kita sedar, kita telah menipu walhal kita tak terniat pon untuk menipu...kadang2 kita terpaksa menipu untuk menjaga kemasalahatan bersama...kalau kita tak tipu, akan berlaku kucar kacir dan sebagainya...

sebagai contoh...

situasi pertama:

Bulan dan Bintang (bukan nama sebenar) adalah pasangan yg sangat bahagia...mereka saling mencintai dan bercadang untuk berkahwin tidak lama lagi...masing2 sudah memahami perangai masing2...perangai Bulan (perempuan) yang sering merajuk dan kuat cemburu manakala perangai Bintang (lelaki) yang sangat panas baran dan kuat cemburu jugak...walaupun begitu, mereka amat mencintai dan berkasih sayang...gituh..hendak dijadikan cerita, Bulan keluar ke pusat membeli belah seorang diri untuk membeli BRA dan terserempak dengan kekasih lamanya Matahari...Bulan tahu sangat bahawasanya, Bintang amat benci akan Matahari kerana Matahari adalah bekas kekasih aweknya, Bulan...dalam pertembungan itu, Matahari mengajak Bulan untuk luch bersama di tempat yang bernostalgia bagi mereka...romantik gitu...tapi jauh di sudut hati Bulan sudah tidak ada sedikit pon perasaan sayang pada Matahari kerana cintanya hanyalah untuk Bintang...lalu, oleh kerana sudah lama tidak ketemu, Bulan pon bersetuju untuk lunch together gether dengan Matahari...

tiba2, Bintang yang dari tempat kerja menelefon Bulan untuk mengajaknya lunch bersama...

Bintang: haii sayang...B nii...ayang dah abis shopping? jom lunch sekali nak tak? B nak bawak ayang kat tempat yg paling istimewa...pasti ayang suke kan?


Bulan: erm, ayang tengah lunch sekarang ni...sorry la B...lain kali ye...


Bintang: ouh takpe la gitu...ayang tengah lunch dengan sape ni?


Bulan: err...

(sila isikan jawapan yg paling sesuai...adakah die perlu berterus terang bahawa die sedang menikmati makanan dengan kekasih lamanya yg sudah pasti akan membuatkan Bintang mengamuk dan tercetusnya perang donia ke 10? ataupun die harus MENIPU untuk menjaga hubungannya?

see? kalau korang berada dalam situasi ni, ape yg korang nak buat? bagi aku, mungkin menipu adalah lebih sesuai kot...cuba korang bayangkan kalau Bulan terus terang pada Bintang, mesti mereka bergaduh kan lepas ni? disebabkan Bulan dah tahu perangan baran si Bintang lah, dia bertindak untuk menipu...okay, maybe ade yang akan cakap, macam mana kalau Bintang dapat tahu nanti? kot2 la kalau ade orang yang report...okay, look...

aku pernah pergi ke majlis motivasi satu ketika dulu, penceramah ni kate, kalau seseorang itu melakukan penipuan, jangan biarkan ia kekal dalam situasi penipuan tersebut..seharusnya dia perlu membetulkannya kembali pada masa yang sesuai...berbalik pada contoh tadi, Bulan seharusnya berterus terang jugak bahawa dia telah lunch dengan Matahari pada ketika Bintang dalam keadaan mood yang baik...jangan lah pulak bila mood tengah hangen, baru nak bagi tao..lagi la hangen kan...so, pandai2 la Bulan mengatur strategi supaya takde ape yang berlaku...(okay, ni apa yang aku dengar dari majlis motivasi tu laa..)

sebenarnya banyak lagi situasi di mana kita sering melakukan penipuan...yela, kadang2 kita tak nak pon menipu, tetapi keadaan yang memaksa untuk kita teruskan penipuan...tapi, macam yang aku cakap tadi, kalau boleh elak, sila elakkan daripada terus menipu...memang tak bagus pon menipu...okay? so, pendek kata, sebelom nak menipu tu, better pikir elok2 akibat yang akan ditanggung kelak...sebab orang selalu cakap, sebijak mana pon kita menipu, lambat laun akan terdedah jugak...

eh, apasal aku rasa macam takdak kaitan pon dengan ayat yg kononnya hendak dibincangkan tadi? hahaha...lantak lah...=p actually, banyak lagi contoh2 penipuan tapi aku dah malas nak menaip...ada jugak contoh penipuan yang memang tak patut dibuat...takpe lah, lain kali kalau aku rajin, aku buat entry baru okay? sampai sini dulu, daaa...

p/s: susah sebenarnya untuk berterus terang...kerana kebenaran itu pastinya pahit untuk ditelan... =)

5 comments:

iela_fadila alias said...

pahit tu kdg2 ubat kan, :)
aku setuju dgn statement tu..sbbnya ak dah bgtaw smlm kan,hehe.
mmg xdak sapa smpurna,aku sndiri pun pnah buat bnda yg sama.sbb tu kat contoh tu ak sbut girl/boy.
tapi aku lebih rela aku menangis awal2 bila tawu hal yg betol drpd mnangis bila aku taw kebnaran and bila taw aku kena tipu.aku pun selalu cuba nak elak menipu,sbb ak dah rasa ditipu mcm mana.insyaAllah sama2 try :) hehe.konon2 baik plak ak ni

remySunbae said...

hehehehe....orang yg takot akan sentiasa menipu...yela, mcm hg cakap kn, lebih baik kita tahu kebenaran itu awal2 daripada kita tahu kemudian...yg pastinya menyakitkan...apapon, menipu itu x bagus sebenarnya..klu boleh berterus terang, better berterus terang...chill gurl...heheh

Anonymous said...

hmmm....klo ikot ak lah kan, ak x ske org menipu kat ak....klo mende tu buruk skali pon, ak still nk tau gak ap yg btoinye...klo nipu, kekadang kte sendiri x nmpak salah or kburukkan sendiri...

tp kekdng menipu utk mengelakkan pergaduhan boleh kot...kekadang menipu utk kekalkan sillaturrahim lagi elok dr kte ckp yg btoi, tp memutuskan sillaturrahim org len...btol x...btol x???haa


~adi~

remySunbae said...

betol tu syidaaa...saya setuju....bagus3...hehehe

Anonymous said...

x mau komen da lah pasnih.....