14 June 2011

apa elok sangat muka ko nak tarik tak hengat donia?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGARremyHIDUremyTULIS

wah, semangat aku di pagi hari..masuk ofis, bukak laptop benda first nak buat mesti la bukak fesbuk dulu ye dak? alah, jangan nak tipu kalau korang tak bukak fesbuk, majoriti manusia sekarang ni, asal bukak laptop je, mesti bukak fesbuk..walhal bukan ada sign merah notification pon, gigih jugak nak hadap fesbuk..benda sama, bukak home, bukak profile..dok ulang benda sama sampai lebam...kan3...

lepas bukak fesbuk, baru nak mengadap belog, jalan2 baca2 apa yang patot kat belog kawan2, belog pompuan lawa2 harus dijadikan bookmarks ye...haha...pastu singgah dekat belog2 luahan hati perasaan nangis2 bagai, tak lupa kepada belog yang suka kritik tak hengat donia...semua tu dah semestinya santapan aku di pagi hari tatkala boss tak masuk lagi...cemerlang kan? membaca cacian di belog budaya kita..gituh mak jemah kan...

eh laa, rajin bebenor aku hupdate ngadap belog ni...bukan ape, jap lagi bakal ada sesi talk fasal petroleum sub surface facilities kat tempat LI aku ni...so, sekarang memang non ado kerja la bhai...daripada dok melangut korek taik gigi, baik aku hadap belog luah perasaan gak..tak gitu? faedah kan...so, topic harini yang aku nak muntahkan (gituh ayat nak tinggi) ialah fasal...

"eh ko jangan nak tarik muka sangat la haih dengan aku ape ko sorang buleh tarik muke, aku tak buleh? aku pon ade muke jugak lah, ko nak tengok sapa lagi buruk tarik muka? " 

haa toodia, selagi panjang yang mampu aku nak letak tajuk harini...aku bukan nak cakap fasal aku yang kena tarik muka...dak aih...kawan2 aku semua baik2, mana reti tarik muka ni..semua stock penyayang ambik berat macam kapel dah...sebab tu aku sayang sume kawan2 aku ni...gila mengampu kuat...tapi biasa lah, kalau kita tak puas hati, benda pertama yang kita akan tunjukkan ialah tak lain tak bukan mesti lah air muka kita ye dak...mana ada orang tak puas hati buleh tersenyum indah menampakkan gigi kuning perokok tegar yang tersusun berlapis2 serta karat beracaq? tak dak aih..paling baik pon, mesti akan ada yang tarik muka muncung 44 meter hamek kau...tak payah tipu la kalau kau tak pernah tarik muka...aku pon pernah..

tapi cover2 la sikit muka tuh kalau dah menyampah pon kan...tak payah la nak over tunjuk sangat yang kita ni benci tahap nak sepak terajang budak tuh...ni, asal lalu je budak tu, kau nak wat muncung pastu dongak kepala kau macam dah jijik sangat nak hadap tu ape kes? ape kalau ko buat kat orang, orang tak buleh buad kat ko balik? ingat, Allah maha adil...sekali kau buat kat orang, Allah buleh balas sejuta kali..haaa, kecot? kecot? time tu baru nak hengat langit tinggi ke rendah...

xde laa, aku taknak mengata orang bak kata pepatah, "paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih"...sebab tu aku pon nak pesan kat diri aku jugak...kita ni kena la saling hengat menghengat ye dak...aku mengaku, kalau aku dah mula menyampah, aku tarik muka jugak..tapi tak de la sampai nak tunjuk depan batang hidung kan..ni nampak sangat la der...dengan orang lain ko sembang elok, tapi bila budak tu cakap dengan ko, ko layan cam tahik..yelaa, walaupon kot la ko dgn budak tu pernah ade masalah, budak tu dah tegur pon ko sekarang, tp yang ko nak buat ko hebat sangat mendabik dada tunjuk eksyen pastu nak act macam ko tuhan tu pekes? jual mahal sangat sampai nak kena sujud sembah cium kaki ko baru ko nak layan budak tu sepertimana ko layan orang lain...pliss la derr...be matured..!

ups, apahal aku nak emo lak...haha..chill...bukan ape, kadang2 nikmat persahabatan tu senang2 je akan ditarik walaupun atas kesalahan yang sebesar zarah...pabila kesalahan sebesar zarah itu digembar gemburkan menjadi gunung berapi, pabila terhembus keluar, semua kenikmatan itu akan hancur serta merta..mungkin ini analogy yang buleh aku sampaikan...kalau tak faham, sila abaikan...hehe...

so, kadang2 aku terfikir...apakah senang dilupakan segala kenangan manis dahulu kala sebelom pergaduhan tercetus? saat sama2 gelak tawa ria...saat sama2 bergosip makan daging orang hidup2...saat di mana masing2 share masalah nangis2 hiba? saat di mana "eh ko kawan baik aku laaa"...tapi sekarang semua tu dah tiada hanya tinggal TARIK MUKA...damn kan...wei wei wei, kalau aku, aku memang sayang kawan aku kot..kat mulut ja lantang cam nak kena koyak mulut, maki maki jugak tapi hati tetap sayang...sampai mimpi pelok cium kawan2 bagai..haaa ko ade? cewah...

so, kepada kawan2 yang baca entry ni, pliss laaa...jangan nak tarik muka sangat kalau korang terasa hati dengan kawan2 korang..standard la tu, asam garam berkawan...pujangga mengatakan...

"dua orang insan itu tidak akan dikategorikan sebagai sahabat (korang tao kn sahabat adalah rank tertinggi selepas kawan, rakan, taulan n bla3) selagi mereka itu tidak pernah bertelagah bicara, TARIK MUKA, bermasam muka, bergaduh tak hengat donia, caci marba, pukul tak semena dan bla3...TETAPI...gelaran SAHABAT itu akan bertukar menjadi MUSUH tatkala ianya berterusan..."

maksudnya, memang kalau dah nama sahabat tu, akan gadoh jugak sikit2..tapi kalau dah berbulan2 bergaduh tu, dah tak nama sahabat lagi dah la derr..tu dah jadi musuh...ada faham? huh..! okay, sesi talk dah nak start..aku sangat excited nak tao fasal sub surface facilities ni..nanti kalau aku rajin, aku share dengan korang ilmu yg aku dapat harini..SEMANGAT..!

::: hah, sebijik camni kalau tarik muka..! :::

::: haa, kalau tiap hari nak hadap muka gini, memang stok penampo gak la kan :::

::: haa, kalau gamak x puas hati, midddlefingeronyourface dude..! :::

p/s: ada sapa2 terasa? kalau ada, sila amik...haha...

2 comments:

Anonymous said...

hahahaha...ak ad sorg kwn cmni...rase nk share je bg dye, tp nnt jadik gado lah plak, psai org2 yg ske tarik mke ni x leh amik sumting secara tbuka...by da way, ak stuju 120% entry nih...

Anonymous said...

sy suka dh apa y anda tulis. jujur. n kena pd org y nk dtujukn. caya la der~~

WIDELIA TRILOBATA
_^>