15 June 2011

sorry berry? ape tu, gula2 getah ke?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
remyTENGOKremyDENGArremyHIDUremyTULIS

assalamualaikum, senyum sikit..! okay, dah..sikit ja..

************************************************************

B: woi, baju aku..!
A: ups, SORRY weyh...SORRY..aku tak sengaja bagi tumpah ayaq kat baju hang tadi..SORRY sangat2..nanti aku basuh baju hang...SORRY wei...
B: okay2, xpa2..

************************************************************

D: adoi, sakit la bongok..!
C: ya Allah, aku x sengaja wei...aku nak baling batu kat kucing tu, tapi terkena konek kepala hang...SORRY weyh...serius SORRY...
D: sakit hang tao dak..! xpa2, x berdarah pon..

************************************************************

F: yang hang bagitao mak aku, aku pi dating tu kenapa? kantoi la bodo...aku usaha cover line cakap aku pi tusyen...haish...
E: la yaka? SORRY weyh...mana aku tao, dah mak hang tanya aku habaq je la apa yang aku tao..hang tak kautim dengan aku dulu tadi...SORRY wei, SORRY ngat..
F: nasib baik aku tak kena lempang...

******************************

haa, cukuplah 3 contoh sebagai mukaddimah kali nih...so, kalau korang perasan apa perkataan yang aku CAPSLOCK kan dalam ketiga-tiga contoh di atas? buta la kalau sapa kata tak nampak..haha..obviously word "S O R R Y" la kan...why??? sebab, kita sebagai manusia memang tak lepas melakukan kesalahan..jadi, sebagai menebus kesalahan, perkataan yang paling sesuai mestilah SORRY or MAAF or MIANNHE kan...so, sentiasalah paku perkataan SORRY kat bibir kalian..gituh...

::: somel la haih pisang ni...makan kang..! :::

sebenarnya senang saja untuk ungkapkan perkataan SORRY bilamana kita melakukan kesilapan...jadi, secara tidak langsung suasana yang teganag akan kendur balik...tapi bagi orang yang tinggi egonya, memang sukarlah untuk keluar kata2 SORRY ni..kau buat la salah macam mana pon, memang takkan keluar word ni..ego punya fasal...

tapi, tak semestinya hanya perkataan SORRY saja kita boleh eratkan kembali hubungan...kadang2, apabila dua orang sahabat itu bergaduh dalam masa yang lama, adalah sukar untuk ungkapkan perkataan SORRY..kita kena faham, kadang2 ego manusia ni setinggi langit...jadi, dengan teguran, senyuman, sapaan, JUGAK boleh dijadikan medium untuk kembali berbaik...korang pernah alami benda ni kan?

sebab tu aku cakap, benda2 remeh, kesalahan2 kecil, memang senang untuk kita lafazkan perkataan SORRY ni, macam contoh di atas tu laa...on the spot say sorry bagai...tapi sesetengah kes, memang sukar...kadang2, bila bergaduh lama, lama tak bertegur, lama kelamaan suasana dan aura itu sendiri akan terasa kelainan...rasa dingin kan..jadi, memang agak sukar untuk terus pergi dan say SORRY...like i said before, there must be a medium untuk menjadi perantaraan sebelom kata2 SORRY itu diungkapkan..yakni dengan saling tegur menegur, saling membalas senyum dan sebagainya..

apabila semua itu berlaku, sebenarnya itu adalah HINT untuk seseorang itu berbaik semula...tidak perlu perkataan SORRY pon sudah cukup untuk membuktikan bahawa perang dunia ke sepuluh ingin ditamatkan...jadi, mungkin lama kelamaan, setelah boleh nak sembang sikit2, barulah perkataan SORRY itu boleh disuarakan..."ape ko ingat senang nak bercakap, tegoq orang yang dah lama ko tak cakap? segan tahu..segan"...so, thats why la kita atur langkah slow2..

jadi, apa yang aku dapat lihat pada majoriti orang termasuk aku sendiri, kita amat senang untuk mintak maaf atas hal yang remeh, tapi bagi hal yang besar, amat sukar sekali...tetapi, apabila tiba HARI RAYA, lidah yang berat itu tadi, seolah2 menjadi ringan untuk memohon ampun maaf kepada saudara mara sahabat handai...see? betapa hebatnya hari raya...pada ketika itulah, mana2 pergaduhan akan termeterai dengan senangnya...tanpa rasa ego, maaf dipinta...

akan tetapi, semua benda teguran, senyuman, sapaan, ini haruslah mendapat feed back daripada pihak yang satu lagi...kita sendiri pon akan faham la kan, dah kalau setahun si mamat tak tegur kau..tiba2 satu hari, si mamat ni dah mula senyum kat kau, tegur kau, tanya kau macam2...mesti kau dapat rasa sesuatu kan..yela, dah sebelom ni harrem tak tegur, tak cakap, tarik muka bagai kan..dah tu, kalau kau nampak die dah lain, mesti la dia dah nak berbaik balik...yang kau buat2 x paham, pastu lagi buat perangai tu ape adehal? 

::: tak perlu sampai nak bogel la kan, kalau ye pon nak say SORRY... melampau :::

so, benda ni sebenarnya tak perlu diajar, memang naluri masing2...kalau dah gitu, kau balas la balik senyuman dia...yela, memang kalau kita nak ingat balik kisah silam yang menyakitkan hati, sampai sudah tak berbaik ye dak? tak payah ungkit lagi..nanti bila dah nak rapat balik, maksud aku bila dah boleh nak sembang2, barulah slow2 suarakan ketidak puasan hati dulu2 kala time berselisih faham dulu...baru boleh duduk semeja bukak cerita dan settle elok2...time tu kalau kau nak ungkit hal dalam perut pon boleh, silakan...insyaALLAH, pada ketika itu akan berlaku satu penyelesaian yang baik...dan pada ketika itulah, perkataan SORRY akan diungkapkan...tapi, benda ni tidak boleh kalau hanya sebelah pihak yang terhegeh2 kalau sebelah pihak lagi endah tak endah...

"tapi, macam mana kalau saya dah try nak berbaik, tapi dia wat vodo je?"

soalan bagus kan? takpe, kita cuba lagi..dan terus mencuba...ingat, kita yang mencuba untuk berbaik ni, dah terlepas dari azab ALLAH dik oi...sebab kita dah tegur, kita dah buat macam2...hal dia dengan ALLAH taala tu, biar dia yang settle dik...yang penting kita dah lepas...tapi, bengkek la jugak kalau kita tegur batu setiap hari kan...tahap sabar tu ada limit jugak kan? kalau dah memang nampak macam takde penyelesaian, jawapannya senang je..

"TINGGALKAN DIA, DAN CARI KAWAN BARU...dalam hal ini, kita bukan lagi insan lemah...insan yang kuat adalah insan yang berani merendahkan egonya untuk meminta maaf...kita menang sebenarnya...jadi, jangan risau, kalau atas permit KAWAN yang dia pegang, mintak maaf dik..itu bukan kawan namanya...ramai lagi kawan yang baik di luar sana...oke?"

jadi, aku harap entry ni dapat memberi kesedaran kepada diri aku sendiri dan juga kepada para pembaca sekalian...ingat, SORRY dan SENYUM serta TEGURAN itu adalah keywords untuk bahagia...selamat beramal.. =) jom layan video kat bawah..kot kalau sebut banyak kali perkataan SORRY baru buleh nak amalkan..sapa tao? haha...


p/s: ups sorry wei, aku saja nak bagi ko terasa..! haha..buleh dak camni? =p

7 comments:

shahjiehan said...

hahaha.. hg ni lucah gile~

hatred24 said...

aku penah tak tegur sapa dgn kawan2 aku. aku senyap gila. salah sapa, aku tak nk cakap sbb aku tak tau tu salah spa. tapi, bila tiba satu masa aku rasa tensi gila. so aku up satu status kat Fb.. sumthing like, i say sorry. but still aku xckp dgn diorg. aku pun decide dah malas nk cakap bnyk dgn diorg sbb its better for me to be silent. but kawan aku ni tiba2 tegur "beb, nak bljr !@#$%^&*()". aku tak kisah kalau nak aku ajar itu ini tapi kalau dia bljr tu bkn sbb nak bljr, aku rse cm bengang gle. .
aku bkn supplier diorg.

sorry sebab komen terlalu panjang.

Remy said...

shah jihan: amende yang lucah nye? ish3..

hatred24: err...err...aku tak dapat tangkap apa maksud komen ko nih...serius...

Hatred24 said...

sorry dude. aku menulis komen ketika aku emosi. sorry

Remy said...

ouh, aku ade bace kt blog ko...fasal menjahit kan...hahaha

hatred24 said...

faham pun... :)

Remy said...

hahaha...cool..cool... =)